Pelayaran kini bermula

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Proses untuk bertukar hosting dan domain dah bermula. Kiranya macam tengah pungah barang-barang naik kapal, tapi terpaksa tunggu 7 hari untuk selesai urusan pindah domain (dari Godaddy ke NetKL).

Arakian setahun dah berlalu, sepurnama Disember pun berlepas, tiba masanya saya julurkan senarai rakan blogger yang paling mesra dan tak jemu tinggalkan komen di setiap entri di blog picisan ni. Jutaan terima kasih pada semua yang sudi singgah. Tanpa anda, memang takde serinya blog ni. Terimalah….(drum please…)

10 jurukomen paling mesra Disember;

  1. Benjy
  2. Suri
  3. Fiezaradzi
  4. Akubiomed
  5. Chii
  6. Tehr
  7. Yas
  8. Faizul
  9. Titan
  10. Adele

Itu Disember! Siapa pulak yang berjaya bertakhta di puncak carta untuk tahun 2011? Adakah Pn. Suri terus berjaya letakkan namanya di sini juga? Ataupun ada blogger kacak mahupun lebih comel dan lebih muda berjaya ‘merampas’ kedudukan paling atas? Ataupun blogger yang mula tunjukkan belang tarungnya Bang Benjy yang akan berjaya?

Tunggu…nantikan 10 blog wajib terjah dalam entri berikutnya daaa…

® hafizmd – nak p tengok isteri masak apa kat dapur dulu daaa…. =) & top 3 Disember bakal dipaparkan banner mereka di sisi blog ni.