Cerita Motivasi Blogger Sepenuh Masa!
Assalamua’laikum. Alhamdulillah.
Dia memang lelaki kacak! Seorang blogger sepenuh masa. Blognya antara blog terawal yang menjadi tempat aku lepak-lepak. Entri-entrinya memang cukup menarik. Kadang-kadang, ada jugak manusia yang kaki dengki kat mamat ni. Biasalah, dia ni selalu jugak tunjuk bukti-bukti kejayaan. Orang yang sentiasa negatif, mesti pandang mamat ni nak menunjuk. Manusia memang suka dengki. Lama jugaklah aku tak ke sana. Semalam sempat jenguk, sekali lelaki kacak blogger sepenuh masa ni dah tayangkan kereta yang baru dia beli.
Apa yang bestnya? Bukan kereta akupun, kan? Tapi, yang mengujakan aku ialah dia beli kereta ni hasil titik peluhnya ketiak sebagai seorang blogger! Siapakah lelaki superb kacak ni?
Kalau aku sebut jer, mesti korang terus ‘ooooo’, kenal-kenal. Dialah pengasas oh!media network. Tak tahu? Ok. Pemilik blog Justkhai.com? Haaa…taukan? Apa yang buat aku teruja malah kagum dengan Bro Khai ni? Beliau ni masih muda, kalau tak silap baru 23 tahun, tapi mampu yakinkan bank untuk beri pinjaman untuk beli kereta yang berharga RM85K. Bukan senang tu!
Pilihan kereta beliau ialah Kia Forte. Eh, Kia je? Jangan wooo…kereta ni antara kereta yang paling smart aku tengok menjalar atas jalanraya sekarang. Tangkap leleh. Aku rembat sekeping gambar kereta Khai ni. Korang tengok sajelah, kalau jumpa, lehla tahan….hehe
Gambar hakmilik:Justkhai.com
Tak leleh lagi? Kalau nak lagi, korang pergi ke blog Khai. Banyak lagi dia kongsikan. Kalau korang nak tau, Khai bayar downpayment RM16,000. Bulan-bulan dalam RM850. Mana tak kacaknya wahai lelaki-lelaki kacak di luar sana? Aku ulang lagi sekali, dia ni blogger sepenuh masa. Memang sensasi dan sumber inspirasi!
Dia buktikan yang kalau ada usaha, tabah dan tau caranya, kita boleh berjaya. Aku petik kata-kata Khai yang ni, “Jika anda seorang blogger, teruskan berkarya sepenuh hati, dan bukan Forte korang dapat beli, tapi Ferrari dan Lambo bukan perkara yang mustahil – Khai”
Korang boleh baca cerita ni termasuk review Khai tentang Kia Forte di entri ini:Ada apa dengan Kia Forte? Korang boleh baca sendiri kenapa Khai pilih Kia Forte.
Kesimpulannya: Kalau kita betul-betul fokus dalam usaha kita, insyaAllah. Ada hasilnya. Barulah kacak luar dan dalam. Setuju?
@hafizmd – masih liat nak bayar pinjaman? Titan dah habis bayarpun. Sorang lagi lelaki kacak pilihan.
Tu baru seronok bila nak blogging ne,kire2 bila la boleh pakai kia forte ne
hehe..kiranya mmg seronok, macam motivasi utk kita jugak…
boleh tu bro…kena tekan minyak kuat sikit.. =)
oooooo..kenal2..hehehe..power tuh..kia forte..aku kancil pon tak lepas lg..huhu
hehe…ni blogger glamer ni…
takpe2, kerja kuat, insyaAllah lambo pun boleh… =)
Tentu pendapatan bulanan dia besar dengan jumlah trafik yang banyak. Beri motivasi untuk saya berusaha dan kerja keras.
Rasanya, projek dia lebih dari setakat blog saje…tapi dia mmg bermula dgn blog peribadi.
mmg cool…agak2nya hasil pendapatan utama bro khai nie drp mana yer?
Mmg hebat!
Rasanya dari projek2 bangunkan laman web dan yg sewaktu dengannya =)
Memang terbaik
Satu motivasi untuk sesiapa yang mahu menjana wang online
Siap pun boleh asal mahu dan rajin cari ilmu
Betul. Ilmu itu asasnya. Ada rasa nak tangkap kia ke cikgu?hehe
Kalau dah kena caranya memang seronok jadi blogger sepenuh masa …. macam denaihati dan ben ashari juga … itu rezeki masing2 mungkin rezeki dan takdir kita bekerja makan gaji … jika ada usaha dan keyakinan boleh juga menjadi seperti mereka …. cuma ukur kemampuan diri dalam blog sebelum terjum secara sepenuh masa … 😀
Setuju tu bang benjy. Namun, blogger sepenuh masa tak seindah yg kita sangkakan. Macam blogger HujanBatu.com. rohaizad.com. Byk jugak jerit perih yg mereka kongsi utk kita buat sempadan dan tauladan.
Terjun bukan sebarang terjun, salah terjun, habis….hehee
baik kita berlatih acara terjun … kot2 boleh menang pingat emas di olimpik …. yer kat ? 😀
@Benjy,bagus jugak tu…tp malu nak pakai spentot….hohohoo
saya pun kagum dgn khai ni…tapi dia masih sembunyikan identiti dia..
hehe…dia malu tu….hohoho
mmg kagum dgn usaha keras dia..
hebat… bukan senang nak mencapai ke tahap ni.. tapi aku masih lagi berblog secara suka suka.. mungkin belum masanya berblog secara serius lagi………
InsyaAllah. Kalau ada usaha lebih sikit, mungkin jugak boleh jadi side income =)
Suka2pun, byk yg bro juga manfaat yg bro kongsikan…tahniah!
terima kasih..
Bro khai memang blogger trhbat malaya.
Setuju. Antara blogger yg mantap!
kagum dgn semangat berblog
membuahkan hasil
jadi pendorong utk kita semua 🙂
setuju. motivasi utk kekal beraksi lebih baik =)
terbaik la…ni baru sorang tunjuk..kalau ikutkan..ramai da memilih untk jadi blogger sepenuh masa skrg ni kan 🙂
Betul tu Chii. Ramai jugak yg jadi full time. conthnya blogger hujanbatu.com.
Assalam..
Dah lama tak ke blog utama khai sejak blognya ditutup dulu..
Wa’alaikumussalam
Sekarang kembali ke justkhai.com..hehe
bgus ade motivasi camni..
kalo aplikasikan kat kerja2 len..pon leh berjaya juga.. 🙂
setuju. tu yg bagusnya. motivasi perlu utk kekal komited =)
mmg cantik keretanya.. kalau anak nampak tgh jalan, konfem dia nak jugak kereta ni..
hehe…kalau kakak tgk…mmg cop kereta dialah…hehe
Salam,
Tu dia.. sekali Kia Forte da.. memang hebat.. ramai jugak blogger sepenuh masa yang hebat2, cuma ramai yang low profile.. apa pun memang memberikan motivasi buat blogger yang lain. Tahniah Khai!
As salam,
Mmg cantik kia ni. Mmg ramai jugak yg full time, dan ramai jugak yg low profile.
Tahniah!
tahniah buat khai…. agar bro mhafiz menyusul nanti…. lepas habis peyment kereta bolehlah cari rumah plak ya… 😀
Ameen. InsyaAllah.
Rumah patutnya no 1 =)
aku boleh je nak angkat ferrari atau kia..tapi..aku tak suka bagi bank banyak-banyak duit tetiap bulan. haha..
biarlah kereta saga blm aje. Tapi aku gembira setiap masa. haha..
cantiklah…ko angkat 1, kita pkat bayar ramai2…hhahhaha
saga blm ko mmg kacak…keras tuh….. =)
Alhamdullilah… tumpang gembira tgk blogger2 Malaysia yg berjaya. well done blogger khai. Next ialah blogger Hafiz…. amacam bro?
Alhamdulillah. Tumpang bangga dgn hasil kerja mereka.
Kawe? Part time dululah…hehe
Memang hebat mamat ni.. Aku keje pun tak mampu pakai Kia Forte tu
huhu…insyaAllah…akan sampai jua masanya….
Ni baru betul blogger kacak…biar jadi contoh pada semua blogger di luar sana..hehe
kalau tak silap, khai ni muda lagi…20an…terer2…salute ah
Betul tu. Muda trang tang tang lg. sama2 kita ambil contoh teladan yg baik…
itulah kehebatan seorang blogger..kerjanya melepak depan laptop aje..tapi hasilnya mengalahkan orang yang melompat kesana sini
bukan senang nak senang bukan susah nak susah …. semua kejayaan bukan datang bergolek 😀
@Benjy,kalau semuanya bergolek…kita jugak senang bergolek =)
hehehe…mmg hebat! tp rasanya khai ni jugak melompat sana sini ngn kia fortenye… =)
kalau jadi pakar hack pun boleh jadi kaya juga OOOooo 😀
pakar hack ek…mungkin jugak…glamer tuh….huuuh
nak dapat cmni, kena ada strategi, disiplin dan teknik yang betul…
Setuju. Gabungan yg cantik tuh! Kalau takde, payah nak capai
boleh..tapi perlukan perancangan yang rapi… kalau nak buat sorang2 macam takda semangat.. khai mempunyai team yang bagus..
Betul! Khai sebagai leader dan ada team yg mmg hebat!
Boleh? Rasanya jauh lagi untuk aku nak tumpukan sepenuh masa pada blog memang tak boleh lagi
Boleh bila kita dah bersedia. Sekarang, akupun camtu jugaklah. Part time blogger..hehe
pernah juga masuk blog dia…kisah masa tu masa dia beli moto kapchai atas hasil blog…la ni bertambah lagi laa…..caya arr!!
mmg terbaiklah…dia mmg byk cara buat duit…sumber motivasi tu!
serius..tngkap leleh..bila la nak merasa dapat pakai kereta tu..huhu =(
huhu…mmg leleh…takpe2…kita ambik jadi motivasi…insyaAllah boleh! yeahhhh
salah satu yang menarik perhatian Don pasal blog Justkhai adalah penulisan beliau yang memang mantap.kejayaan beliau memang patut dijadikan inspirasi kpd lblogger2 ain utk berjaya termasuk Don sendiri. mungkin 5 tahun dari sekarang giliran kita pula bawa kerata besar2 siapa tahu kan..
Penulisan Khai mmg mantap. Setuju.
Betul tu Don. Kalau ada plan, ada usaha…pasti ada hasilnya.
Mungkin giliran Don pulak =)
dh lama tka ke blog sana pergi masa sy mula2 ada blog lama padam sudah haa heee..sb sibuk dg blog sndri..
hehe…saye pun kadang2 singgah sana…sekali singgah…bace semua sekaligus…. =)
berjaya tulah hasil yg d kecapi dari minat dn usaha yg berterusan..teruskan ya.
Sama2 kita ambil jadi motivasi…yaehhhh!
Bersemangat juga dengar budak2 muda skrg ni pandai cari dan buat duit. Macam nilah yg kita mahu sebagai anak Malaysia.
Setuju. Tu yg bangkit semangat lebih jitu utk berblogging dan lain2 usaha…
untuk berjaya mcmni perlukan masa, komitmen dan usaha yg berterusan.
setuju…3 komponen penting =)
Semua orang boleh berjaya, yang penting usaha, syukur dan tawakal… tapi jangan lupa cara mesti diberkati
Terbaik! Usaha, syukur tawakal. InsyaAllah ada hasilnya =)
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada penulis blog, saudara Hafizmd yang sudi menulis tentang diri saya di dalam artikelnya ini. Baru hari ini saya terbaca sebenarnya bila ternampak linkback di blog peribadi saya, Justkhai.
Alhamdulillah, sejuk hati membaca blog ini kerana dipenuhi dengan kuasa positif sahaja di sini. Antara sekumpulan anak-anak melayu yang menyokong antara satu sama lain.
Berkenaan entri ini, Alhamdulillah. Saya harapkan sedikit perkongsian tidak seberapa itu mampu memberi sedikit suntikan semangat untuk kita semua untuk terus maju dalam bidang ini. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak kita kan? Tentunya boleh sahaja. Semoga kita semua berjaya dalam apa yang dilakukan.
Terima kasih 🙂
Wa’laikumussalam Khai,
Terima kasih sudi singgah sini. Apa yang saya tulis berdasarkan permerharian saya sejak saya mula2 kenal apa itu blog. Dan blog justkhai jugaklah yg menjadi tempat saye mencari sumber motivasi dan galakan utk berbelog.
Alhamdulillah, walau kejayaan saye mmg amat jauh nak banding ngn Khai, tapi setidak-tidaknya misi yang saya belajr dari justkhai tentang menulis utk memberi kebaikan tercapai jugak sikit demi sikit. InsyaAllah.
Terima kasih sekali lagi utk Khai sebab sudi berkongsi cerita2 motivasi dan macam2 di justkhai.com.
Terima kasih singgah sini 😀
Sangat kagum dengan Khai. Memang Superb!!!
Mmg makin kagum dgn karier dia yg semakin berkembang. Terbaik!
kalau dapat hasil macam tu hasil blogging,,memang aku blogging sepenuh masa…apapun tahniah khai kerana menjadi blogger berjaya.
Mmg terbaik Khai ni. Sesuai jadi ikon belia =)
Khai memang legend dalam dunia blogger. Sekarang ni dah lama tak follow beliau.