Bola dan Azwan Ismail…

1. Cerita bola sepak

Selagi tak habis Piala Suzuki AFF tahun ini, selagi itulah aku akan terus menulis pasal bola dan bola lagi. Blog ini memang blog carca-marba. Macam-macam aku cerita dalam blog serabai ini. Apa yang penting bagi aku ialah isinya. Baru kena dengan moto blog ini “menulis bukan untuk syok sendiri…”.

Hari Ahad ini, Malaysia sekali lagi akan bertemu lawan tradisi, Indonesia. Kalah dengan jaringan yang agak memalukan pada perlawanan pembukaan 5-1, cukup buat aku dan seluruh peminat bola sepak Malaysia teringin sangat nak tengok pasukan Indonesia rebah di Bukit Jalil. Malah, tersungkur menyembah bumi di Jakarta!

Itu cerita bola sepak. Apa lagi cerita panas selain bola? Mestilah cerita ini…

2. Cerita Azman Ismail.

Cerita si lelaki yang baru sedar dari lamunan selepas hampir 32 tahun memegang status lelaki sejati. Kononnya baru kenal diri. Ingat! Jangan cepat melenting ya. Dah tengok video pengakuan berani “I am gay, I am okay” belum? Kalau belum tengok, pergi tengok dulu ya dan pastikan mulut anda ditampal dengan solutape yang kuat. Pastikan juga minda anda waras dan berfungsi dengan baik. Punya memori yang cukup dan bebas dari virus santa claus. Ok. Pergi tengok dulu di sini.

Dah tengok? Apa pandangan teman semua? Ingat! Jangan marah lebih-lebih di sini ya. Blog ini anti sebarang tulisan@komen yang keji lagi nista…hehe..

Ini 5 pandangan aku selepas tengok klip video cubaan berani mati si Azwan Ismail ini.

  1. Dia sudahpun menjumpai dirinya yang sebenar —-> Kes salah kenali diri@potensi@anggota badan diri sendiri. Agaknya, macam mana dia tahu yang dia gay? Mungkin bila member lelaki dia sentuh ringan-ringan, dia naik seram pelik?
  2. Cuba mengatakan masyarakat majoriti hereroseksual tidak faham dengan gologan gay homoseksual —-> Astaghfirullah. Apa sudah jadi? Fitrah manusia ialah berpasangan lelaki dan perempuan, bukannya lelaki sesama lelaki ‘bola sama bola’!
  3. Dia sudah punya keyakinan dan kekuatan hasil kenal diri sendiri —-> Jangan kerana dia sudah gay, dia cuba pula untuk mengajak mana-mana gay (mungkin termasuk yang masih ragu identiti) yang masih lagi takut-takut untuk mangaku sebagai seorang gay untuk tampil ke depan, mengaku dan mencari kekuatan serta keyakinan dengan identiti baru. Sesat sorang-sorang sudahlah…
  4. Jangan malu mengaku sebagai gay —-> Ini yang aku rasa cukup memalukan. Kita yang normal ini, kalau tiba-tiba kejantanan sperma sejati dipertikaikan sekalipun, kadang-kadang malu untuk mengaku lemah, ini pula yang terang-terang salah dari segi agama dan fitrah manusia.
  5. Cuba mencari tempat untuk golongan gay di Malaysia —-> Memang kalau tulis saja katakunci gay Malaysia, berderet gambar-gambar dan aktiviti kurang senonoh. Sekarang, mungkin mereka lebih berani untuk menuntut hak mereka di bumi Malaysia ini.

Walaupun aku marah dan bengang dengan pengakuan berani ini, aku tetap berdoa, semoga dia dan rakan-rakannya diberi hidayah oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Ingatlah pada sejarah kisah kaum Nabi Luth yang dibinasakan oleh Allah  hanya kerana homoseks ini.

Apakah kita semua bersedia untuk turut ditimpa bala yang sama walaupun kita ini punya kelakian bola sejati?

® hafizmd – harapnya, pihak JAKIM dan kerajaan Malaysia cepat bertindak sebelum ianya benar-benar terliwat terlewat…