Bila Hilang Rasa Takut!

Assalamua’laikum.

Takut. Pasti ramai yang kaitkan rasa takut dengan perkara-perkara ghaib. Takut akan benda dan perkara yang kita tak nampak dengan mata kepala. Ada juga yang takutkan ketinggian, kegelapan, gadis cun, suami orang, ahli politik dan macam-macam lagi. Perkataan lain yang sama erti dengan takut ialah gementar, gerun, seriau, berasa segan dan hormat, tidak sedap hati dan pelbagai sinonim lagi. Namun yang paling ambe pasti ialah apa jua perasaannya, semuanya itu adalah kurniaan Allah. Betul tak?

Kita biasanya dihidangkan dengan pelbagai versi dan cara untuk ditakutkan dan menakutkan orang. Contohnya;

  1. Ada ibubapa yang sengaja takutkan anak kecil dengan sesuatu. Contohnya dengan cicak. Kalau tak nak mandi, kita kasi cicak seekor. Nak? Laju jer pergi mandi. Ambe ada juga bela seekor unta untuk digunakan bila perlu…hehehe
  2. Waktu Maghrib. Ada yang takutkan anak-anak dengan hantu jembalang. Takut kena sorok! Bagus taktik ni, tapi buatlah penerangan yang lebih benar. Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”(Riwayat Muslim)
  3. Pemasangan kamera AES. Ada yang setuju dan ramai juga yang bantah. Macam-macam versi yang kita boleh baca. Tujuan pemasangan kamera AES ni hanyalah satu (setakat yang ambe tahu & faham) iaitu untuk mendidik pengguna jalanraya supaya patuh undang-undang jalanraya. Abaikan beberapa isu tambahan yang dipolitikkan! Adakah dengan memasang kamera berteknologi tinggi macam ni mampu mendidik kita atau sekadar kita takut bertempat?
  4. Hukuman jenayah. Kerusi eletrik, penjara seumur hidup dan pelbagai taktik ngeri untuk menghukum dan menakutkan penjenayah. Soalnya, apakah kadar jenayah berkurang atau langsung tak berkesan?

Pokoknya bila kita hilang rasa takut, kita hilang juga rasa malu. Sedangkan malu itu sebahagian daripada cabang iman. Dari sekecil-kecil jenayah seperti menghisap rokok di kawasan terbuka, letak kenderaan di bahu jalan, sehinggalah jenayah besar seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya.

  • Puncanya hanyalah satu ialah takde perasaan takut. Takut kepada siapa? Sudah tentu kepada yang Maha Berkuasa, Allah SWT. Takut itu perasaan hati dan hati kita milik Allah!
  • Kenapa perasaan takut dah takde dalam diri kita? Senang cerita, perasaan takut itu agaknya sudah dicabut oleh Allah. Ia milik Allah, dan Allah boleh ambil bila-bila masa saja.
  • Apa solusinya? Sudah pasti bila hanya acuan dan formula Allah mengambil tempatnya! Pakej ancaman Allah dan Rasul mampu menggerunkan hati kita manusia kerana hatilah tempat jatuhnya pandangan Allah.
  • Ambe kongsikan juga doa ketika diserang rasa takut iaitu;

@hafizmd – Ramai yang berani tak tentu arah sekarang ni…

Rujukan asal: Nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Solusi 21.