Malaysia vs Bahrain & Perpindahan Pemain Liga Malaysia Musim 2014!

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Bahrain Kelayakan Piala Asia 2015. Kalau peminat sejati bola sepak Malaysia, jawapannya mesti sentiasa ADA PELUANG UNTUK MENANG. Bola tu bulat. Macam-macam boleh jadi. Prestasi Bahrain semasa bertemu Malaysia di Shah Alam pastinya bukan prestasi terbaik mereka. Namun, berbekal rekod cukup baik di gelanggang sendiri, Manama membuatkan pasukan Malaysia kelihatan “kerdil” di sana. Ayuh Malaysia, buktikan kita mampu lakukan keajaiban!

Malaysia vs Bahrain 15 November 2013

Tonton Live Streaming Malaysia vs Bahrain & siaran langsung di Astro Arena 801 jam 10.45 malam.

1. Malaysia tewas 0-3 dalam aksi persahabatan vs Kuwait minggu lepas. Sempat tengok ulangan gol Kuwait, memang boleh kata gol mudah juga yang dilepaskan. Nampak macam pemain “penat” dan “buntu” dalam mencari rentak permainan.

2. Senarai pemain yang bakal diturunkan vs Bahrain malam esok, rasanya tak banyak berubah. Aidil mungkin tak turun malam esok. Cedera rasanya. Jadi, barisan pertahanan mungkin banyak berharap kepada kelibat Amiridzwan Taj. Harap dia kental dan main “keras” malam esok. Kalau barisan pertahanan slow, keeper lagilah seksa.

3. Safiq Rahim masih akan terus menjadi pilihan jurulatih. Harap dia buat yang terbaik walaupun nampak tenggelam timbul prestasi dia. Azamuddin Akil (Alex) kena lebih kental dan lari laju sambil kena banyak buat cubaan dari luar kotak penalti. Aku yakin benor, yang kalau dia dapat bola cantik, insyaAllah bola masuk gol.

4. Ini medan terakhir untuk jurulatih Dato Rajagobal. Ramai yang tunggu apa keputusan FAM selepas tamat kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Cerita perpindahan pemain musim 2014

1. Paling sensasi mungkin cerita Norfarhan Mohamad yang buat pusingan “U” selepas tandangan perjanjian ‘tak rasmi’ dengan JDT. Farhan sah balik ke negeri kelahirannya, Terengganu tapi belum pasti samada Terengganu atau T-Team. Ambe tak kisah, janji dia main sungguh-sungguh macam dia main dengan Kelantan. Itu dah kira memang terbaik!

2. Indra Putra turut hijrah ke Felda United. Jurulatih baru Felda United, Irfan Bakti cukup pandai pilih pemain.

3. Hairudin Omar yang juga buat pusingan “U” turut kembali ke pasukan ATM. Kecewa benar nampaknya Irfan Bakti…hohoho.

4. Abdul Hadi Yahya, penyerang profilik bakal kembali ke Selangor. Pernah menjadi top scorer tapi kurang menjadi musim ni. Harap menyinar ni Selangor di bawah jurulatih import, Mehmet Durakovic.

5. Daudsu-S.Subramaniam-Azizi Matt Rose-Izuan Solahuddin-Shakir Shaari-Fadhli Shas-Irfan Fazail. Ini antara nama besar yang membarisi skuad bintang Johor DT. Barisan JDT musim 2014, atas kertas memang nampak cukup berbisa. Pasti peminat Harimau Selatan dah tak sabar nak tengok kelibat mereka termasuk penyerang import Argentina, Pablo Aimar!

6. Pemain Singapura, Harris Harrun (JDT), Baihakki & Shahril Ishak (Johor FA), Patrick Wangai (T-Team). Nama-nama besar Asia turut ada dalam senarai pemain Liga Malaysia 2014. Memang nampak semakin menarik dan meriah!

7. Kelantan. Pasukan paling ramai ‘hilang’ pemain. Dickson Nwakaeme juga dilepaskan selepas gaji yang diminta terlampau tinggi (lebih RM1juta). Forkey Doe dikaitkan akan ke Kelantan. Forkey Doe juga berbisa!

live streaming malaysia vs bahrain 15 november 2013
Comel tak pen ni?

Jangan lupa malam esok, Malaysia vs Bahrain, 10.45 malam!

@hafizmd – Malaysia vs Bahrain. Sempat beli unta sekor kat Bahrain hari tu….hohoho