Keputusan Terkini Piala Thomas, SUKMA XVII Perlis & Hoki Piala Dunia 2014

Assalamua’laikum. Keputusan terkini Piala Thomas 2014, SUKMA XVII Perlis & Hoki Piala Dunia 2014. Badminton, Sukma Perlis dan skuad hoki Malaysia di pentas Piala Dunia! Cukup meriah bagi peminat sukan Malaysia!

Keputusan terkini hoki Piala Dunia

  • Malaysia 1 vs Australia 4
  • Malaysia 2 vs Belgium 6

Keputusan terkini Piala Thomas 2014

Tahniah. Malaysia lepas ke suku akhir selepas jadi juara Kumpulan C. Lepas ni lawan samada Thailand, Denmark atau Perancis. Mana-mana pun ok.

1. Sape tengok game petang semalam? Macam biasalah, Dato LCW nampak cukup santai walaupun ada masanya berdebar juga tengok permainan jaring yang tak berapa menjadi semalam. Tapi nyata, ketahanan mental dan fizikal LCW berkelas dunia. Tenang dan memang terbaik!

2. Single kedua  Chong Wei Feng. Nampak tangkas dan bijak juga kawalan gelanggangnya. Boleh pergi jauh lagi dia ni. Harap dia terus diberi ruang untuk jadi wakil negara dalam kejohanan besar lepas ni.

3. Beregu Malaysia best! Walaupun beregu pertama kalah, masih boleh bangkit lagi. Beregu kedua memang best! Lama dah tak tengok pemain beregu Malaysia “bernafsu buas” macam semalam. Garang menyerang!

SUKMA XVII Perlis 2014

Pentas untuk bakat baru ahli sukan Malaysia menonjolkan diri. Ramai atlet pelbagai sukan lahir hasil SUKMA. Terbaiklah!

  • Tarikh: 22 Mei 2014 – 3 Jun 2014
  • Venue: Perlis
  • Sukan: 24 jenis sukan dipertandingkan untuk edisi Sukma Perlis

Anda yang berada sekitar Perlis, ayuh turun padang untuk berikan sokongan padu kepada pasukan pilihan anda! Boleh rujuk jadual di bawah untuk terjah veneu yang berdekatan. Meriahkan SUKMA Perlis!

Keputusan terkini Hoki Piala Dunia di Belanda 2014

1. Skuad hoki lelaki negara berkedudukan ke-13 (#13) dunia. Skuad hoki wanita Malaysia juga hebat di kedudukan ke-21 dunia. Terbaik!!!

Senarai 18 Pemain Hoki Malaysia di Piala Dunia 2014

  1. Roslan Jamaluddin
  2. Sharun Nabil
  3. Razie Abdul Rahim
  4. Hafiz Hanafi
  5. Muhammad Ramadan Rosli
  6. Kevin Lim
  7. Marhan Mohd Jalil
  8. Faizal Saari
  9. Fitri Saari
  10. Shukri Mutalib
  11. Firhan Ashari
  12. Azlan Misron (kapten)
  13. Fiqri Nabil
  14. S. Kumar
  15. Faiz Helmi Jali
  16. Tengku Ahmad Tajuddin
  17. Ismail Abu
  18. Muhammad Shahril Saabah

Jadual hoki Malaysia di Piala Dunia Belanda 2014

  • 31 Mei: Malaysia vs Australia (#1)
  • 2 Jun: Malaysia vs Belgium (#5)
  • 5 Jun: Malaysia vs England (#4)
  • 7 Jun: Malaysia vs India (#8)
  • 9 Jun: Malaysia vs Sepanyol (#10)

2. Pencapaian terbaik skuad hoki Malaysia: Tempat ke-4 tahun 1975 (di Kuala Lumpur). Kita tewas kepada Jerman Barat 0-4 masa tu.

3. Terakhir tahun 2002, Malaysia tewas kepada England 2-3 dan menduduki tempat ke-8. Itu 12 tahun yang lalu.

Walaupun hoki bukan sukan nombor 1 Malaysia, namun peminat hoki tak kurang ramai dan hebatnya! Tengok saja sambutan peminat hoki di Cabaran Juara-Juara di Pahang hari tu. Memang positif. Korang memang terbaik!

jadual lengkap sukma perlis 2014
Selamat berjuang atlet muda negara!

@hafizmd – Doakan kejayaan buat skuad Piala Thomas, untuk atlet SUKMA Perlis dan skuad hoki Malaysia di Piala Dunia Belanda! Settle 3 cerita 1 entri…hohoho