Kemam adrenalin, jangan sampai jeluak…
Assalamua’laikum.
Apa nak kata, adrenalin dalam badan aku dah makin nak sampai ke kepala. Gol belum lagi dijelmakan oleh Malaysia.
Taktik melambatkan permainan oleh pemain Singapura buat adrenalin aku nak terjeluak walau aku kemam dalam-dalam!
Apa-apapun, inilah realiti bola sepak. Menang kalah itu adat. Yang penting ialah bagaimana kita laluinya. Betul tak?
Tahniah buat seluruh pemain Harimau Malaya yang bersungguh-sungguh malam ni. Tahniah juga kat peminat Malaysia yang penuhkan stadium, kedai mamak, waima depan tv tengok sorang-sorang! Kita memang terbaik!
Lupa, lagi satu, tahniah kat Singapura sebab dah layak ke pusingan ketiga. Pasukan anda memang layak tapi taktik licik jatuh-jatuh, sakit kepala sebab ada uban, memang aku benci habis! Tapi, itulah dunia bola sepak yang penuh lakonan!
hafizmd – okay, korang pulak yang cakap! adrenalin aku dah nak bertukar jadi hormon lain…terima kasih
penjaga gol singapura paling buat hal! sakit hati betul
Terima sahaja keputusan itu.. Masih belum ada rezeki lagi untuk ke pusingan seterusnya.
Harap dikelayakan Olimpik akan ada sedikit sinar.
kecewa!
malam ini mereka bermain di bawah kemampuan sebenar….
yg jelas kelihatan marah bebenar ialah Safee Sali.. uhuk!
Pemain singa tu memang pandai berlakon, mcm Kwan Yew dia gak, putar belit sana sini.. uhuk
Kesian Safee Sali sbb dia pun takleh wat apa…
harap dia sorang jer malam tu…kalau ada mat yo, oklah sikit…huhu
Kita tewas bermaruah. Cuma nasib tidak menyebelahi kita walaupun bermain ditempat sendiri. Kebuntuan menghasilkan jaringan pada separuh mata pertama berjaya diatasi pada sepaparuh mata kedua. Beberapa tonggak utama cedera dan ketiadaan pemain seperti Safiq Rahim dirasai. Pemain-pemain kita masih muda dan perlu masa untuk mata. Kita tewas kepada lawan yang diperkuatkan oleh pemain veteran yang berpengalaman. Jangan pandang kebelakang sebalik padang kehadapan
memang geram habis tengok td…aduh!!
haha
tapi mereka memang main bagus tadi
aku dah puas hati walau pun kalah
bkn rezeki mereka kowt.. btw, good work…
Saya pun menonton kat tv smlm. Tp sebb kita dah kekurangan gol buat sya rasa tak sedap hati. apa2 pun tahniah juga pd pasukan Malysia walau tak berjaya
hatiku jua
hehe…HM tetap dibanggai 😀
sy tidur msa pertandingan dijalankan..jd adrenaline is under control..hehe. btul2..mcm khidupan kita kt dunia ni…yg penting usaha semasa kita hidup di dunia ni.. 🙂
ooo..kalau camtuh, semuanya under control…oklah…hehe
betul2, dunia jambatan ke sana…
arrayah.info – Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola
bagi aku, singapura memang lebih layak dari 2 permainan tu. Tak boleh dinafikan taktik mereka lebih berkesan berbanding taktik kita..
pukul rata, mmg mereka nmpak lebih mtang dan permainan lebih menarik, tp tktik lambt2kan game agak menyakitkan mate…hehe
takpe. Malaysia tetap gagah dihatikuuu.. 🙂
yeah…tetap dihatiku jua…best!
Mungkin kita pandai menjadi pegomen tp tak dpt merasai perasaan pemain Harimau Malaya yg tlh cuba bersungguh2…. 😉
Setuju, kita mmg pandai komen itu ini, mereka yg tanggung semuanya…
Sebab tulah tetap bangga dengan HM! HM mesti mengaum kembali!
sabar ye.. dlm bola sepak, macam2 ada…
biasalah…adat dah tuh…hehe