Kaedah ramal tanah runtuh?

Assalamua’laikum & Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Takziah dan al-Fatihah untuk saudara-saudara (mangsa tragedi tanah runtuh di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat). Al-Fatihah……

Hujan tak henti-henti dalam 3-4 hari lepas rupa-rupanya Allah selitkan peristiwa yang tak kita jangka. Bila dah berlaku, macam-macam soal yang keluar. Paling menarik, bila ada suara yang mula tanya mana perginya sistem canggih yang katanya boleh detect pergerakan tanah yang akhirnya menyebabkan tanah runtuh.

Aku ada juga dengar dalam berita malam bila entah, memang ada sistem amaran awal…macam juga alat untuk elak tsunami. Aku belek-belek arkib kat Google, saja nak faham lebih sikit…sistem apa ke benda yang pembaca berita tu bebelkan.

Akhirnya, aku jumpa satu artikel dalam akhbar Utusan bertarikh 24/06/2006:

Mengikut artikel ni, cara untuk ramal tanah runtuh ialah dengan menggunakan;

  • Alat ABEM SAS 4000
  • Pengukuran grativiti menggunakan alat LaCoste dan Romberg G542
  • GPS untuk mendapatkan maklumat hubung kait bagi menentukan kedudukan lubang terbenam

Menurut kajian, struktur tanah sesuatu tempat boleh diramalkan dalam tempoh sebulan dan satu peta zon berisiko tanah runtuh boleh dikeluarkan berserta risikonya kepada penduduk setempat.

Baiklah. Itu cerita 5 tahun lepas! Takdir dan perancangan Allah memang takde siapa boleh lawan, namun kita sebagai hambaNYA diberi daya dan usaha untuk merancang dan merawat sesuatu.

Agaknya, sebab tu setiap kali berlaku kejadian sebegini, pasti ada suara-suara bertanya mana pergi teknologi itu, sistem ini, penyelidikan itu dan ini. Apakah semuanya ‘dibakulsampah’kan? Aku sendiri takde jawapannya…

—> Untuk bacaan lengkap artikel yang berkenaan…terus ke SINI

® hafizmd – kajian ni ada tuliskan ‘sesuatu’ ramalan untuk penduduk Lembah Kinta dan Kampung Bharu Bukit Merah…