Kalau sayang, tinggal-tinggalkan…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Kalau berjauhan dengan orang tersayang, memang rindunya bukan kepalang. Betul tak? Itu insan tersayang. Bagaimana pulak kalau berjauhan dengan hobi mahupun haiwan kesayangan? Apakah perasaannya sama? Aku dah hampir seminggu tinggalkan salah satu hobi kesayangan iaitu berblogging. 

Aku berhenti sementara aktiviti ni sejak 28 April. Hari yang semua tahu, hari berlakunya demo yang ‘BERSIH’.

Aku pergi Dataran Merdeka?Ke aku tukang gendangnya? Ke aku yang tukang buat kelakuan ganas tu? Ooooh! Tidak dan tidak sama sekali.

Aku dengan bangganya bercuti sekeluarga ke Cameron Highland. 3 hari 2 malam. Bertolak dalam pukul 11 pagi, dan sampai di tempat penginapan budget, Hotel Remix. Aku ingat, taklah ramai orang, maklumlah….aku dengar citer, demo Bersih kat KL cecah ribuan manusia.

Akhirnya, pukul 6 petang baru aku check in hotel. Campur masalah parking penuh. Kereta aku park depan kereta orang. Biasalah, letak no handphone atas dashboard. Jangan kasi susah sama orang lain kalau kita nak senang. Betul tak? Kami rehat sampailah ke malam. Malam baru rajin menapak ke pasar. Memang dekat sangat dengan hotel. Pilih punya pilih, kami hanya beli jagung mutiara bakar. Sedap! Tu saja perkataan yang aku boleh cakap. Nak rasa, kena datang sinilah…hehe

Hari kedua, biasalah…merayap ke tempat-tempat menarik. Ladang teh boh atas bukit. Memang  cukup indah. Lagi syok bila pekena teh panas Bukit Ceding. Fuh! Sebelum tu, singgah di ladang strawberi. Aiskrim strawberi bercoklat. Ni menu wajib kalau datang sini. Memang meruntun jiwa.

Takkan tulis jer? Mana gambarnya? Maaflah yer, gambar tak sempat nak tempel lagi. Nanti dah balik rumah, aku rasa isteri aku akan tampal kat blog dia. 

Akhir kata, kalau nak tahu kita sayang atau tak blog kita, cuba tinggal-tinggalkan seketika. Cuma jangan lama-lama macam aku ni. Rugi juga dengan ranking Alexa. Eh,kata tak kisah…hahaha

p.s-Aku masih dalam mode cuti. Terima kasih singgah sini. Korang memang terbaik!