Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015

cara daftar anak Tahun 1 Selangor Gombak

 Assalamua’laikum.

Daftar Tahun 1 Sesi 2014-2015 Bagi Anak Lahir Tahun 2007 & 2008 di Selangor. Pejam celik pejam celik, si Kakak anak ambe yang sulung dahpun sekolah tadika tahun ni. Rutin harian berubah hampir 180 darjah. Semalam kami sudahpun selesai mendaftarkan kakak yang lahir pada tahun 2008 untuk sesi persekolahan tahun 1 tahun 2015. Iya, pendaftaran untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2007 (Tahun 1 pada 2014) dan yang lahir pada tahun 2008 (Tahun 1 pada 2015) sudah pun dibuka di Negeri Selangor. Anda dah daftar anak anda?

1. Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2014-2015 bermula 1 Mac – 30 April 2013. Bagaimana caranya?

Daftar secara atas talian (online) di sini –> Daftar Online Anak Tahun 1 untuk Sesi 2014-2015

2. Sila baca dengan teliti dan isi segala butiran dengan lengkap. Jangan risau. Hanya maklumat ringkas tentang anak-anak dan ibubapa yang perlu diisi.

3. Pastikan anda catit NO.PIN yang diberi semasa mengisi borang tersebut untuk memudahkan urusan nanti.

4. Bila dah siap isi, kita perlu cetak borang tadi untuk dikepilkan bersama dengan dokumen sokongan. Antara dokumen sokongan yang diperlukan ialah;

  • Sijil lahir anak (2 keping salinan & bawa yang asal)
  • Salinan kad pengenalan ibubapa atau penjaga (2)
  • Salinan sijil nikah (2 salinan & bawa yang asal)
  • Salinan bil elektik/air (2)
  • Sampul surat dan setem 60 sen.

5. Jangan risau, semua dokumen yang diperlukan ada dinyatakan dalam borang yang perlu kita cetak tadi.

6. Dah siap cetak borang tadi (2 keping), bawa borang ni bersama dengan dokumen sokongan ke sekolah yang kita pohon untuk anak kita tadi.

7. Serahkan pada kerani pejabat untuk urusan seterusnya. Selesai. Mudahkan?

8. Saya sarankan anda isi borang secara online di kafesiber untuk memudahkan urusan percetakan borang tadi.

9. Jika ada masalah, jangan segan silu untuk bertanya kepada pihak sekolah. InshaaAllah mereka akan membantu anda.

@hafizmd – Daftar Tahun 1 Sesi 2014-2015 Bagi Anak Lahir Tahun 2007 & 2008. Selamat mendaftarkan anak-anak anda ke Tahun 1. Jangan terlupa pula. Terima kasih Cik Laili berkongsi entri INI.