Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil

Assalamua’laikum.

iphone 5 gadget impian

Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil. Demi meraikan dan memeriahkan GA pertama rakan blogger Bro Hafizul, ambe gagahkan diri juga untuk tulis sepatah dua kata. Walaupun masa tak begitu mencemburui ambe, tapi 100% ambe yakin ramai peserta kontest iPhone 5 Gadget Impian semakin tertekan selepas membaca hadiah terkini kontest. Siap ada pakej melancong lagi! Siapa yang berusaha sungguh-sungguh, inshaaAllah rezki iPhone 5 menjadi miliknya. Macam biasalah, kerja meng’review’ ni bukan kerja mudah. Jadi, ambe tulis sekadar kemampuan diri… Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil

  1. Tukar baju blog@Theme. Sekarang ni Bro Hafizul menggunakan themes Thesis. Memandangkan blog ni ambe rasa memang ada potensi untuk pergi jauh, mungkin Bro Hafizul boleh upah designer fesyen untuk blog Pondok Kecil ni. Pasti lebih menawan dan menarik minat pembaca untuk lebih lama melekat di blog ni. Kalau Bro Hafizul mencari themes wordpress percuma, ambe sarankan untuk baca entri ni dulu, “Why You Should Never Search For Free WordPress Themes”.
  2. Penjenamaan blog. Mungkin juga Bro Hafizul boleh mencari niche yang sesuai dan khusus untuk blog Pondok Kecil. InshaaAllah blog Pondok Kecil akan lebih dikenali dan mungkin mampu menarik perhatian pengiklan besar. Ambe tertarik dengan tips Tuan Denaihati pasal penjenamaan blog “Ambiga Style” di entri ini, ‘Penjenamaan Blog Agresif Kaedah Ambiga’.
  3. Promosi blog. Ambe baru perasan ada ruangan ‘Penulis Jemputan’. Satu teknik yang ambe rasa bagus. Ramai blogger yang buat, contohnya karya Puan Bee di blog denaihati.com. Lepas ni, Bro Hafizul bolehlah buat lagi beberapa siri GA mahupun kontest yang lebih besar sebagai langkah promosi blog.
  4. Lain-lain isu. Ambe memang kagum dengan usaha Bro Hafizul dalam setiap kontest yang disertai. Sampai nak demam kawan kita ni. Bolehlah Bro Hafizul kongsikan apa teknik yang dia gunakan dalam setiap kontest yang disertai. Mana tau ada otai-otai yang sudi berkongsi dan perkemas teknik yang dibuat.

Itu saja yang ambe mampu beri pandangan dan cadangan. Kedudukan Alexa makin cantik dan langsing. Tahniah Bro Hafizul! Ambe dah klik semua butang yang diminta. Harap-harap entri ni sikit sebanyak memberi kelebihan untuk bro dalam kontest iPhone 5 Gadget Impian.

Giveaway untuk semua by pondok kecil dibawakan khas oleh blog popular penaja bersama Jurugambar Perkahwinan, Cik Tom, iPhone 5 gadget impian dan dirialisasikan dalam tahun 2012 tahunku yang kacak.”

@hafizmd – Musim tengkujuh ni…moga semuanya selamat dan sejahtera…

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.