Botak…tak perlu kata apa-apa….

Assalamua’laikum, Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

"punca rambut gugur botak"Lama sungguh rasa tak jentik-jentik keyboard ni…minggu lepas balik Terengganu…adik perempuan dahpun selamat jadi tunangan jejaka pilihan…selesai satu kerja. Maklumlah, cuti sekolah, semua pakat nak bertunang dan kahwin…hehe

Ok. Bila sebut botak, aku rasa manusia yang paling ngeri untuk perkataan keramat ni ialah wanita! Setuju?

Tapi, hari ni, topik botak khas untuk sang arjuna. Sebab pada aku, ada wanita yang rasa lelaki botak ni macho, cute, comel….tapi ramai juga yang rasa tak hensem langsung, geli, tak macho, macam tak baligh lagi…macam-macamlah..

Oleh kerana manusia yang bernama lelaki lagi tinggi risikonya untuk botak kekal, kita kenalah tahu serba sedikit pasal botak ni. Apa faktornya kita mulai hilang rambut? Apakah sebab kita banyak kelemumur? Banyak sangat fikir? Suka usap@diusap rambutnya? atau…..

7 punca gugurnya rambut (Alopesia Androgenetik) kita bak bunga sakura:

  1. Telegon effluvium – gugur yang sementara disebabkan oleh tekanan, trauma, pembedahan, rawatan tertentu.
  2. Areata alopesia – sistem imun badan kita sendiri yang menekan pertumbuhan akar rambut. Jadi, rambut mula gugur segumpal & boleh jejaskan seluruh tempat lain termasuk alat sulit!
  3. Keadaan kulit kepala – ada jangkitan kulat @ penyakit psoriasis.
  4. Masalah ubatan – salah makan ubat@alahan & penyakit seperti hipotiroidisme.
  5. Jantina – lelaki lebih tinggi risikonya sebab jumlah hormon testesteron yang berlebihan! subur sangat pulak
  6. Sejarah keluarga – cuba tengok pak sedara, ayah, datuk kita…kalau mereka juga sudah botak…besar kemungkinan kita juga akan B.O.T.A.K
  7. Usia – anggaran 30% lelaki berumur 30 tahun akan mula alami gugurnya rambut & 50% alaminya bila berumur 50 tahun.

Fakta: Kalau rambut kit gugur antara 50 – 100 helai sehari…itu normal, jangan risau…tapi kalau dah mula gugur segumpal dan lebih banyak dari biasa..cepat-cepatlah jumpa pakar rambut. sedunia

® hafizmd – potong rambut 2 bulan sekali, rimas panjang-panjang ni….hehehehe 😀