Aug 24, 2011

Ucapan sms selamat hari raya yang menarik…

Assalamua’laikum.

Pejam celik pejam tak celik- celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lembam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.

Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan?

Itu baru mukaddimah….hehehe

Biasalah, dah hujung-hujung ni, bila ada masa lapang, sempat juga aku belek-belek sms ucapan selamat hari raya yang lama-lama dalam kotak sms ni. Nak tengok, mana yang boleh guna balik, kalau dulu-dulu….kad hari raya pasti berlambak. Sekarang? Korang jawablah bagi pihak masing-masing yer… :D

Dah belek-belek, adalah jumpa beberapa rangkap sms ucapan selamat hari raya yang agak menarik. Ini dia…

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa

Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata

Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya

Ya Allah

Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami

Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan

Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih

Ada awal  tiada penghujungnya

Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa

Diratib demi mencari redhaNYA

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ok, yang ni bukan dalam kotak sms aku yer…. :D

Din, kau tahu aku siapa

Sebatang kara tak punya sesiapa

Hanya kaulah sahabat setia

Maafkan aku andai terkasar bahasa

Tegurlah aku andai kurang budi bicara

Din, ayuh lupakan sengketa lama

Lagipun Juliana Eva sudahpun berbadan dua

Lambang cinta kami berdua

Din, ayuh lupakan sengketa lama

Selamat hari raya, maaf zahir batin dipinta

Mungkin ada yang tak kisah pasal ucapan-ucapan sebegini, dan ada yang lebih senang dengan hanya sekadar ucapan sms ringkas. Janji ada ucapan selamat dan minta maaf. Betul tak?

Pada aku, dengan adanya sms sebegini, ianya boleh memeriahkan suasana dan saling insaf-menginsafi sesama kita.

Maaf dipinta, tak banyak koleksi rupanya. Maklumlah, hidup semakin ringkas agaknya?

Kalau ada yang sudi tambah, silakanlah yer…

® hafizmd – esok dah mula cuti raya….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 komen setakat ini

  • aku lebih suka masa zaman kad raya dulu…, nampak lebih iklas.. dan lebih real :D

    Ps.. SMS last tu memang best
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Kurung kekasih Suami – Padah Bercinta dengan Suami Orang

  • selamat hari raya….yerh…
    Blogger hafizal Mohamad´s berkongsi entri terkininya ..Peluang Rebut Sejuta Kerja Kosong Di Agensi Kerajaan

    • selamat hari raya kembali :D

  • Kalau kreatif, macam-macam frasa indah dapat dibuat :D
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Version 2.0 – Wordless Wednesday #8

    • betul…mmg macam2 yg boleh muncul…hehe

  • Setiap tahun pasti ada ucapan popular. Tahun ini ucapa yang mana ya? Ternanti-nanti telefon bimbit berbunyi. :D
    Blogger Hadi Rofiee´s berkongsi entri terkininya ..#3 Rabu Kedu

    • memang menarik juga tuh…hehe

      nanti kalau ada yg menarik, boleh kongsi2 yer… :D

  • terima sms di malam raya
    baca sms di tepi jendela
    hati di dalam gundah gulana
    orang ditunggu tidak menjelma
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Kacak

    • hati di dalam gundah gulana
      orang ditunggu tidak menjelma
      usah diragu cinta si dia
      di hari raya pasti bersua

  • sy selalu terima sms mcm ni drpd org..tp sy tak pernah beri pada org..haha..punyalah malas..lg pun malam2 raya komfem line busy.. :D
    Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Blogger Kacak Contest Review 2011

  • Sekarang ini ucapana SMS boleh dikatakan kreatif. Kita pun kadangkala mengaru kepala dari mana mereka dapat ayat power ini :-)

    • @akubiomed, tahun ni, kurang sikit dapat sms camni…sebab aku sendiri tak sempat nak sms member2…hehe

      aku rasa datangnya dari kemeriahan hari raya..terus jadi lebih kreatif..hehe

  • kreatif juga sms raya yg dibuat tu.. apa2 pun, klau tak mampu nak hantar kad raya, sms pun blh.. :D
    Blogger MR.Z´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #2 : Attractive Discount!

    • @MR.Z, setuju, sms pun jadilah tanda ingatan…hehe

  • Huh.. simpan lg SMS raya yg tahun lepas, hebat…. aku dh xde da, terpaksa delete sbb memory kecik.. :)
    Blogger aktechpage.com´s berkongsi entri terkininya ..Hikmah Sujud

    • @aktechpage.com, hehe….simpan bro…nak guna time kecemasan…keh3 :D

      aku punye kecik jugak, tp sebab hp aku jarang guna, tu yg still boleh simpan benda2 camni ni..hehe

  • Hehehehe
    comel..
    Selamat Hari Raya :-)
    Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday ~ Part 3

  • yg las sekali tu sadis punya ucapan sms
    anyway Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Baju raya untuk blog

  • Zaman 5 tahun lepas…mase gune hp 3310….
    Ucapan selamat hari raya siap ada….aturan huruf menjadi gambar masjid….. lemang ketupat.., memang lawa laa…kreatif jugak…ditambah lagi boleh jadikan perjalanan cerita…bila next..next lagi….next lagi..(tengah tekan tuuu…excited nak tahu penghujung msg nyer ape…) rindu lakk cara msg zaman dolu-dolu…skrg susah dah nak jumpe…kalo ade pun pengguna 3310, hantar msg mcm tu…sampai kat tepon canggih zaman skrg dah tak nampak rupa bentuk dah…..dah jadi huru hara da……hehe..SELAMAT HARI RAYA!

    • @Diana, setuju sgt, ada jugak simpan 1-2 sms camtuh…

      mmg kreatif yg amat…siap ada percik2 bunga api lagi…

      tp tulah, hp sekrang tak support…jd tgk sorang2 jerlah..

      selamat hari raya juga Diana :D

  • Kawe punya ucapan sms standard jer tiap2 tahun = “selamat hari raya. maaf zahir batin. jemput dtg rumah open hse raya ke ….” :D

  • ramai yg ucap pakai FB skrg, rasa x best jer ucap mcm tu
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..My First Vlog – Book Preview

  • Assalamu`alaikum hafiz,
    di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Minta maaf banyak-banyak kalau ada di antara bahasa dan penulisan saya yang menyinggung perasaan Hafiz dan sekeluarga. Saya cuma insan biasa yang terkadang kasar bahasanya.
    Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..hentikan penghinaan ke atas kami!

    • @Mama Murai, Wa’laikumussalam Mama Murai,

      Selamat hari raya dan minta maaf juga andai ada tersalah kata dan tersilap bahasa.

      Biasalah, kita mesti buat silap, dan bagusnya kita saling bermaafan…

  • Pantun raya jawa :
    Ngodok kupat neng ngisor ondo,
    godonge nipah digawae atap,
    salah silapku jaluk ngapuro,
    ketemu meneh neng taun ngarep.. hehe

    selamat hari raya :)

    • @Izuddin, adui…

      mmg tak reti ambe nak balas ni… :D

      mmg unik pantun jawa camni…terbaik!

  • Btul-Btul-btul!!!!!saye sokong

  • saye ingin mengucapkan (SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR &BATIN)
    hati-hati semase pulang ke kampong .pkai tali pinggang keledar semase memandu kereta

  • :)

  • selamat hari raya..

    saya pun ade ucapan hari raya ikut SMS..

    muazfaris.com
    Blogger muazfaris´s berkongsi entri terkininya ..Ucapan SMS Selamat Hari Raya AidilFitri 2011

    • selamat hari raya muaz..

      akan terjah ke sana juga…hehe

  • alahai klu blh bt ucapan pjg2 kan best cam karagan heeee
    Blogger surihatiku´s berkongsi entri terkininya ..Yang Sedang-Sedang Sahaja – Iwan

    • hehe…kalau yg tukang baca suka…takpe suri..lehla panjang2…hehe

  • selamat hari raya maaf zahir dan batin bro..sllu klu ayat2 tu mmg akan ada org guna.tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas aka..jerebu heeee
    Blogger surihatiku´s berkongsi entri terkininya ..To Do

    • Selamat hari raya suri :D

      Setuju, tp ramai juga yg suka ringkas2, maklumlah…nk jimat masa dan juga kosnya…hehehe

      Maaf zahir batin juge

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri