Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Ambe baru saja sampai rumah selepas ‘tertidur’ terus di Hotel Singgahsana sambil ‘melayan’ alunanan nasyid Rabbani dan Dato Syarifah Aini. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 memang meriah, kacak, hensem, cun, anggun, canggih dan yang sewaktu dengannya! Serius, memang tak rugi ambe memberanikan diri tampil ke sana. Kenapa? Kenalah baca sampai habis…hehehe

1. Majlis ni memang dibuat khas untuk blogger. Serius ambe cakap, highlight utama ialah blogger. Memang tak ditampilkan sangat Denaihati Network. Ambe sempat bersembang dengan Tuan Amir, Denaihati.com. Beliau cakap, yang majlis ini khas untuk blogger. InshaaAllah, katanya ada lagi 2-3 majlis yang akan berlangsung nanti! Tunggu…

2. Hampir 40 cabutan bertuah telah dibuat! Serius, deretan hadiahnya memang cukup menggiurkan. Ada yang menang iPad mini, basikal, bar emas, pakej istimewa percutian 6H5M ke Kemboja, power bank dan banyak lagi yang ambe tak mampu nak hafal. Semuanya untuk blogger yang hadir semalam!

3. Mini forum. Ini part paling menarik. Forum pertama menampilkan Kak Jie, Ustaz Power (Noehas.com) dan Bang Nara. Banyak yang dikongsikan oleh ahli panel dan tambah menarik ianya dihoskan oleh Abang Ensem. Apa yang dikongsikan oleh mereka? InshaaAllah, akan dikongsi bersama ilmu yang ambe sempat catit di satu entri lain.

4. Pemenang kontest iPhone 5 Gadget Impian. Memang mengujakan walaupun bukan ambe yang menang. Sape yang dapat iPhone 5? Mereka ialah AkmaOmar, Kak Maz, Cikgu Naman (ada 2 lagi hadiah utama yang dia menang…memang terbaik!, Kak Sharidawati, dan Bro Eyriqazz. Memang bertuah sungguh! Tahniah pada mereka.

5. Pemenang SEO untuk katakunci “iPhone 5 Gadget Impian” ialah Cikgu Naman, Akma Omar dan Bro Eyriqazz.

6. Pemenang kutipan tertinggi Google Plus ialah Akma Omar, Pn. Gojes dan Kak Maz, Cheezemaz. Pemenang undian terbanyak ialah Blog Education (ambe kena double check), Kak Maz Cheezemaz dan Pn. Gojes.

7. Peluang duduk semeja dan bersembang bersama blogger hebat seperti Bro AriffShah, Bro Zulkbo, Bro Zul, Prof Hariz, Bro Izzudin, Bro Azmanisma yang menang gold bar 10gram dan Bro Sohoque. Ada beberapa perkara menarik yang sempat ambe dapat daripada mereka!

8. Dah namanya majlis berjumpa blogger, pastilah ada sesi suai kenal dan sesi bergambar. Ambe sempatlah bergambar sekeping dua bersama blogger yang sempat diterjah. Nak terjah semua, ambe pemalu orangnye…hehehe. Antaranya ialah Kak Jie, Kak SweetKurma, Puan Bee, Tuan Amir, Abg Ensem, Bro Zulkbo, AkuBiomed, 3 Blogger Indonesia, Karl Shafik(pengerusi majlis), Bro Titan pun ada dan dot dot dot…Nanti ambe kongsikan di entri lain juga. Excited!

9. Produk terbaru Denaihati Network. Apa tu? Yang pasti, ia memang satu langkah yang cukup besar dan impaknya pasti lebih ummmph! Rasanya, Tuan Amir akan umumkan di blognya nanti.

10. Ambe ada berniat, 3 blogger pertama yang ambe nampak di majlis #SBB2013 akan diberi review blog secara sukerala. Blog dan blogger mana?

@hafizmd – Sepetang Bersama Blogger 2013 memang terbaik! Serius terbaik! Gambar? Kena tunggu entri lain. Terima kasih Denaihati Network!