3 Misi Penting Sebelum Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Assalamua’laikum.

Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. 27 jam. Lebih kurang macam countdown pulak. Inilah kali pertama ambe akan turun padang setelah hampir 3 tahun berblogging. Peluang bertemu ramai blogger hebat dan tersohor seperti Tuan Amir Hassan (denaihati.com) , Kak Jie, Bro Anarm, Bro Kid, Bro Azman Ishak, Bro Ariff Shah, Bro Eizil dan ramai lagi blogger membuatkan ambe berdebor duk dek duk dek. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah…hehee…Ambe ada beberapa misi untuk cuba dicapai sebelum bermulanya #SBB2013 petang esok. Antaranya ialah…

1. Blog walking ke 108 blog yang menyertai majlis #SBB2013 + Undian!

  • Ambe tersedar yang ambe masih lagi dalam ‘kepompong’. Ambe cuba untuk menjejaki semua blogger yang bakal hadir esok. Dengan harapan dapat saling berkenalan dan menambah kenalan blogger. Kena sangatlah dengan salah satu objektif penganjur. Harap ambe tak menjadi pemalu esok…hohohoho..kalau korang ternampak ambe esok berkemeja hitam…silalah tegur…hehe
  • Menyahut “cabaran” undian terbaru Tuan Amir kita. Boleh baca entri pasal undian terkini tu di sini –> Undian Sepetang Bersama Blogger 2013. Jika ambe berjaya sampai ke blog anda, inshaaAllah ambe undi blog anda. Ambepun tak tahu kenapa tiba-tiba ada undian ni…hohoho

2. Mengenali penaja Majlis Sepetang Bersama Blogger

  • Setakat hari ni, ada 25 penaja. Ada penaja yang datang ke majlis ni (jadi korang tak leh dapat hadiah cabutan bertuah sendiri kan?kan?hehehhe). Ambe cuba untuk menjejaki blog penaja untuk melihat dan belajar daripada blog mereka. Pasti ada sesuatu yang menarik tentang mereka. Ada antara mereka adalah 10 blogger terbaik Malaysia!
  • Ada blogger yang tak dapat hadir tapi mereka ambil inisiatif menjadi sebahagian daripada #SBB2013 dengan menjadi penaja! Sungguh komited dan perut terkedepan dalam menjenamakan blog masing-masing. Ini memang serius punya blogger!
  • Hadiah cabutan bertuah? Takyah cakaplah. Korang boleh tengok sendiri senarai hadiah cabutan bertuah. Macam-macam ada. Basikal pun ada tau!
  • Dah sampai sana nanti, boleh sambung sesi berkenalah dengan penaja yang baik hati ni…fuh!

3. Siapkan name card.

  • Semalam sempat baca timeline Denaihati Ilhamku di Fb tentang kad nama ni.
  • sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013
  • Nampak tak, kalau ada yang cepat ambil peluang beberapa hari lepas, pasti boleh paw mereka yang nak buat name card last minit…hehe
  • Penting ke blogger ada name card?  Terpulang pada blogger. Cuma ambe tertarik dengan konsep ‘peluang’ tu. Kalau bukan sekarang, bila lagikan?
  • Ambe ada juga siapkan sendiri name card yang amat ringkas hafizmohd.com. Bolehlah ‘pasarkan’ esok pada blogger yang sudi….hohoho

name card hafizmohd.com #SBB2013

Itulah saja antara misi yang ambe sempat ambe cuba jalankan bermula beberapa hari lepas. Moga-moga majlis Sepetang Bersama Blogger ini bakal memberi seribu erti dan makna yang positif kepada blogger Malaysia dan rakan-rakan blogger senusantara!

@hafizmd – 3 Misi Penting Sebelum Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Ambe akan tag dengan “Salam #SBB2013” di blog yang berjaya diterjah!