Entri 2 – DiGi iPhone 4 Play

Masih ingat lagi dengan entri DiGi iPhone 4 Me? Kalau tak baca lagi, aku cadangkan bolehlah klik dan baca apa-apa yang patut. Mana tahu, ada juga yang memang teringin nak iPhone tapi tak cukup duit dan suka benda-benda percuma! Macam akulah tuh..hehe..

Demi menyahut cabaran Nuffnang dan DiGi iPhone 4 ni serta mencabar diri sendiri dengan perlunya aku siapkan 4 entri dalam masa yang aku rasa teramatlah singkat. Mana tak singkatnya, minggu ni…tup-tup boss aku mintak pergi bengkel 4 hari pulak. Nak tak nak, kena jugak pergi…kang bad record pulak..hohoho

Dengan masa yang amat terhad ni, aku siapkan baki 3 lagi entri tapi untuk hari ni…aku keluarkan dulu entri untuk hari kedua. Entri untuk hari ketiga dan keempat akan menyusul kemudian..lagipun aku tak tulis apa-apa lagipun untuk 2 entri tu..macam mana nak publish?hehehehe…

Kalau dah biasa dengan iPhone (atau baru belajar nak suka-suka..), mesti bila dah tengok beberapa Apps ni…pasti rasa nak rembat jer satu. Dalam banyak-banyak Apps yang ada, ada beberapa yang memang cukup aku suka. Jadi, aku kongsi kat sini yer…

1. Apps for Work – Bento

"Bento Apps for Iphone 4"

Bagi aku yang memang agak sibuk dengan segala macam aktiviti dan kerja, dengan adanya Bento ni..aku dapat rasakan yang segalanya lebih mudah dihujung jari. Tak perlu lagi, nak usung diari yang besar gedabak tu..kang senang…tekan jer..semua aktiviti dan semua perancangan kini kat hujung jari..mudahkan?

2. Apps for Fun and Games

Biasalahkan…dah penat kerja, nak juga berhibur. Jadi, aku rasa dengan adanya Apps hiburan dan permainan ni, cukup untuk menghilangkan segala tekanan dan mungkin juga kepenatan sebab tunggu train yang tak kunjung tiba. Takdalah lagi aku geram dengan si dia yang asyik dengan iPhonenya..hehe

3. Apps for Cooks

Tak perlu lagi aku pening-pening kepala nak masak apa hari ni (padahal isteri aku yang selalu masak…hehe). Sebenarnya, senang bagi aku dan isteri buat plan, baru resepi kami sekeluarga lebih bervariasi dan mungkin juga kami akan masak masakan Itali nanti. Tekan saja, nah! Resepi dari Jimie Oliver dah terpampang depan mata. Mudah bukan?

Nak tahu Apps apa lagi yang ada? Tekan saja sini yer >>>> Klik Sini

Pasti terbeliak biji mata anda….hehe

® hafizmd – teknologi makin maju…harapnya modal insan kita makin meningkat seiring dengan kemajuan..