Benarkah cinta itu buta?

Assalamua’laikum.

Jemaah rata-rata nampak khusyuk mendengar khutbah Jumaat tengahari tadi. Walau jemaahnya bercampur bangsa dan warna kulitnya, khutbah Tuan Khatib dalam bahasa Melayu memang mudah untuk difahami. Bangla, Nepal, India, Cina, semuanya aku rasa faham dengan jelas apa yang disampaikan Tuan Khatib.

Tajuknya memang nice. Benarkah cinta itu buta?

Sekali dengar tajuk memang kena sangat dengan bulannya. Bulan Februari. Bulan yang ada orang kita tertunggu-tunggu nak sambut Hari Valentine@Hari Kekasih. Tiap-tiap tahun benda yang sama akan diulang, tapi orang kita tetap jugak sambut.

Alasannya tetap juga sama. Tak tahu tak boleh sambut! Hadoilah. Takkan Solat Jumaat pun tak pergi kot? Berbuih ustaz ustazah dok cerita yang asal usulnya sambutan ni untuk meraikan kejatuhan Empayar Islam di Cordoba, Sepanyol. Hukumnya adalah HARAM. Tak boleh kita main sedap jer ikut cara hidup orang lain (Kristian) tanpa kita tau apa objektif sebenar.

Takkan tergamak kita nak sambut lagi? Nama dah Islam, kat IC pun Islam. Takkan benda yang macam ni, kita nak pandang sebelah mata jer?

Tuan Khatib diakhir khutbah dengan suara yang cukup lantang membaca statistik anak luar nikah yang didaftarkan di JPN. Puratanya ialah seorang setiap 17.17 minit! Kita tak malu ke kalau kita yang menjadi penyumbang pada angka statistik ni? Wanau’zubillah.

Tuan Khatib mudah menyimpulkan khutbah dengan satu ayat iaitu “CINTA kalau kita tak ikut acuan Allah dan Rasul, memang akan buat kita jadi B.U.T.A.”

@hafizmd: faham dan reti, berbezakan? “….jika benar cinta itu buta….butakah mataku?….

50 comments

  1. cinta tak buta, tapi dek kerana cinta, manusia boleh jadi buta, lupa dan lalai..

    bercinta keranaNya, insyaallah, tak jadi buta, lau buta pun, yang fizikal.. bukan rohani..

    tapi takut juga bila tgk statistik anak yang tak sepatutnya tu.. itu yg dilaporkan, yg tak lapor? harap2 generasi kita nanti terjaga akhlaknya

  2. Cinta tak buta lah.. Yang buta itu manusia. Manusia buta dalam meletakkan cinta. Bercinta pada yang tak sepatutnya.

  3. semua khutbah tajuk yang sama ke dekat Malaysia semalam 🙂

    “CINTA kalau kita tak ikut acuan Allah dan Rasul, memang akan buat kita jadi B.U.T.A.”

    memang ringkas dan padat

  4. Assalaamu`alaikum Hafiz,
    saya rasa perkataan cinta itu buta sebenarnya hanya untuk memujuk mereka yang telah membuat kesilapan. Hehe… bukankah time bercinta tu, masing-masing sedar apa yang berlaku, malahan semua kegiatan yang dilakukan pada masa itu juga semasa mereka tengah waras. Jadi pada saya bukan cinta itu yang buta, tapi nafsu yang membuta mata hati orang.

    Sekadar pendapat, betulkan mana yang silap.

    1. @Wa’alaikumussalam Mama Murai,
      Jadinya, kewarasan mereka dahpun kureng sbb nafsu mengatasi segalanya.

      Akhirnya, keindahan sesuatu yg bernama CINTA jugak yg dipersalahkan.

      Terima kasih MM =)

  5. Tak tahu lah orang lain , tapi bab valentine ni dedulu zaman saya sekolah pun dah ada ustaz cerira ingat sampai sekarang .. kalau org yg tk tahu tu .. pelik juga ..

  6. aku rasa..orang lelaki memang tak gemar sambut valentine ni..orang perempuan biasanya yang ketara nak sambut..masa sekolah dulu..selalu aku dapat surat wish benda ni masa hari valentine tu..aku sendiri pun tak tahu apa benda valentine tu..siap dapat coklat lagi..dapat coklat, aku makan la..haha..kekadang, aku memang tak faham orang perempuan ni..semua tarikh pelik-pelik macam ni, diorang mesti ingat..tak faham aku..

    1. hahaha….ko ni titan…nanti sampai masanya aku rase ko akan faham sbb apa tarikh2 yg ko rase pelik ni mereka ingat sangat2
      (kecualikan saje 14 feb ni).

      syok bace komen ko panjang2 camni…hehehhe

      p/s-tp ko mesti syokkan dpat coklat byk2??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *