Sejauh mana kita khusyuk dalam solat?

Assalamua’laikum.

Penghulu segala hari datang lagi. Moga barakah dan rahmat Allah sentiasa ada untuk kita yang serba lemah dan daif ini. InsyaAllah.

Khusyuk dalam solat. Khusyukkah kita? Di mana kita kalau kita tanya diri sendiri. Jujur berbicara, khusyuk bukanlah sesuatu yang senang dicapai jika minda dan hati kita sentiasa bercelaru dan sibuk memikirkan hal-hal keduniaan semata.

Dengan pelbagai masalah & tekanan, ingat itu, lupa ini…semuanya terbawa saat kita mula angkat takbir. Dr. Yusof al-Qaradawi menjelaskan, ada 2 jenis khusyuk iaitu;

1. Khusyuk hati

  • Kita dapat rasakan yang Allah itu sedang mengawasi kita.
  • Kita teliti dan faham makna ayat-ayat yang kita baca sepanjang solat.
  • Hati dan fikiran kita! Buang jauh-jauh hal-hal duniawi.
  • Tapi, jika minda kita disibukkan dengan urusan akhirat & Islam, ia tidaklah ditegah (contoh: Takkala Rasulullah SAW menghantar seorang Parsi untuk mengintip musuh, lalu Baginda berdiri tunaikan solat, bagaimanapun Baginda berpaling ke jalan laluan pengintip tadi).

2. Khusyuk anggota

  • Pelengkap dan lambang khusyuknya hati.
  • Khusyuk anggota bermaksud anggota kita turut khusyuk dalam rukun perbuatan dalam solat. Contoh: Bergerak-gerak yang terlampau, ada bunyi-bunyian yang melampau. Senang cerita, kita dapat bezakan manusia yang sedang bersolat dengan yang diluar solat (kalau tangan asyik keruk sana, keruk sini, kepala gerak kiri kanan, macam mana?).

Maka, untuk soalan tajuk entri ni, kita sendiri yang jawab. Moga kita sama-sama perbaiki dan tingkatkan mutu solat kita.

Ya Allah…memang masih banyak kurangnya mutu solat aku, sedangkan solat itu perkara pertama  yang akan disoal di akhirat nanti.

Ya Allah…sesungguhnya aku ini lalai dan lemah, selalu lalai dan leka dengan urusan dunia. Ampunkanlah aku ni Ya Allah…

® hafizmd – Ya Allah…berilah kami hidayah dan petunjukMU…ameen Ya Rabbal ‘alamin

Sumber rujukan: Formula Solat Sempurna (Ust. Zaharuddin Abd. Rahman)