Kemaskini Senarai Blog & Harimau Muda Mengamuk!

Assalamua’laikum.

Lama dah tertangguh, rasanya sudah tiba saat untuk kemaskini senarai blog sahabat blogger semua. Ramai jugak blogger yang sudah menyepi. Ada yang menyepi sebentar untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dan utama. Memang terbaik! Blogging ni, kalau bukan perkara utama, silalah dahulukan perkara yang lain yang lebih berhak. Kalau hal camni kita payah nak berlaku adil, janganlah bermimpi nak pasang lebih dari 1. Ok? hehehe….

Antara blogger yang dah lama tak dengar khabar ialah Bro Etomyam. Beliau antara blogger yang banyak memberi motivasi dan tutorial yang pelbagai. Mana agaknya dia yer?

Korang boleh semak dulu senarai blog yang aku letak dalam ruang SAHABAT kat atas tu. Kalau takde, dan sudi nak letak blog korang kat sini, jangan memalu nak tinggalkan komen di entri ini atau di ruang Sahabat di atas tu. InsyaAllah, lepas ni senang sikit aku nak terjah blog korang dengan lebih konsisten. Paling penting, aku tak terlepas mana-mana blog yang patut aku lawat dan baca entri korang yang best tu.

Ok. Sekarang cerita bola sepak kelayakan Piala Asia B-22. Malaysia menang 7-0 petang tadi. Iyer! Malaysia 7, Filipina 0. Siapa yang score? Aku tak berapa nak ingat, tapi ada sorang tu sumbat 4 gol. Tak kisah, janji bola tu masuk gol lawan. Kira ok lah tu menang besar.

@ hafizmd- Sekadar entri ringkas. Nak p makan kerepok lekor + air kopi….