Apr 1, 2011

Info asas solat: Tempat larangan bersolat

Alhamdulillah.

Selawat dan as salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Molek juga kalau entri kali ini saya berkongsi maklumat asas pasal solat. Maklumlah, tanpa solat, siapalah kita pada sisiNYA. Tanpa solat, apa beza kita dengan manusia lain disisiNYA.

Maklumat ini hanyalah berniatkan membetulkan diri sendiri. Andai dapat membantu sahabat semua, Alhamdulillah.

Ok. Dengan kesibukkan kita berkejar ke hulu dan ke hilir, ada baiknya kita teliti asas solat tentang tempat-tempat yang tidak digalakkan untuk kita mendirikan solat.

Kita teliti dulu hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim;

“Aku diberi 5  perkara yang tidak diberi kepada Nabi sebelumku…(salah satu antara lima itu)… dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di mana saja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya”

Walaupun begitu, ulama ada sebut beberapa tempat yang dilarang atau tak digalakkan untuk bersolat iaitu;

1. Tempat pembuangan najis atau tempat najis

2. Tempat sembelih binatang —> nak elak najis binatang

3. Kawasan kubur —> nak elak mengadap kubur dan juga najis

4. Tengah-tengah jalan raya —> pasti nak elak dari kena langgar dan elak hati kita hilang khusyuk dek kesibukkan jalan raya

5. Bilik air —> ini tempat syaitan berlindung yer…

6. Tempat binatang berteduh —> ditakuti bau binatang, najisnya atau bau binatang tu sendiri akan ganggu khusyuk

7. Atas Kaabah

Ada antara tempat-tempat larangan ini datangnya dari hadith yang lemah dan ada yang sahih seperti riwayat Imam Muslim yang melarang untuk bersolat di tempat unta berteduh. Lihatlah, betapa unta mendapat tempat istimewa!

Kesimpulan: Hadith yang melarang akan membawa hukum makruh saja dan tidak sampai haram, manakala hadith dalam bentuk umum (semua tempat dibumi adalah suci) adalah terpakai di semua tempat melainkan jika sudah jelas ada najis, haruslah kita ikhtiar cari tempat lain.

p.s – andai ada yang tersalah, harap diperbetulkan…terima kasih :D

® hafizmd – bersama kita tingkatkan mutu solat kita…moga diterima olehNYA…ameen

Sumber rujukan: Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

46 komen setakat ini

  • terima kasih utk info ni bro..
    wlaupun hadis lemah, boleh diambil kebaikan darinya..
    kalau tmpt buang najis, takkanlah sanggup nak tunaikan solat situ kan..huu
    Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Mencari Biasiswa Menyambung Pengajian Senarai Biasiswa Di Malaysia

    • sama2..berkongsi mana yg termampu utk diri sendiri juga… :D

      betul tu, sama2 kita beringat

  • mmg kena tmp yg sesuai untuk solat tapi bkn itu jadi alasan utk tidak solat.
    Blogger Ladfe Amir´s berkongsi entri terkininya ..Berani Tak Beli Google Nexus Samsung S

    • setuju….moga kita sentiasa menjaga solat kita….ameen

  • bila dah angkat wuduk pastikan tmpat yg kita dirikan solat tu bersih..klu tak nk solat pun tak kusyuk..

    • betul3….sebab tu ada tempat2 yg tak digalakkan…takut kurang khusyuk

  • Kalau tak bersih macam mana nak solat ye tak? Allah memang tak akan membebankan umatnya. kat mana-mana pun boleh sembahyang
    Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

    • Betul2….janji suci dan bersih….islam itu mudah…kita yg payahkan

  • sembahyang atas kaabah, hmm nak hala ke mana kiblat tu ek?
    Blogger etomyam´s berkongsi entri terkininya ..Dalam Botol- 1 Juta Atau RM300K

    • haaa…agaknya…sebab tulah tak boleh…hehe

  • Yup, tak boleh sebarangan bila sembahyang dan di zaman ni tak der alasan utk tak sembahyang di tempat yang sesuai. surau pun berlambak di sana-sini. Tunggu pakai aje.
    Blogger Ismail N´s berkongsi entri terkininya ..Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam Bahagian 1

  • kalau kat negara kita ni
    memang banyak tempat disediakan untuk solat
    asal mahu je
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Pantun Negeri Sarawak

    • betul tu bro tehr….penuh masjid….alhamdulillah

  • tempat yang paling afdal bersembahyang adalah di masjid sbb boleh berjemaah…
    Blogger Nadri´s berkongsi entri terkininya ..Maharaja Lawak Memang Terbaik

    • Terbaik…insyaAllah dan mudah2 mudahan kita makin dekat dan dibuka hati utk sentiasa berjemaah…ameen

  • Saya ada perhatikan ada jemaah putus saf dan sembahyang atas rumput tanpa apa hamparan ketika bersolat jemaah Jumaat.

    Saya sikap ambil mudah solat Jumaat dengan tidak mahu datang awal tapi mahu bergegas selepas solat bukanlah amalan yang baik
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Kuasa minda mengatasi segala-galanya

    • erm….kalau bersih dan diyakini bebas najis…kira oklah….

      tp bab yg putus saf tu mmg tak patutlah…salah satu punca keretakan silaturrahim sesama kita

  • Erk atas Kaabah..???
    mana nak ngadap tu…???
    Ps: terima asih sebab kongsi maklumat
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Gantung Sampia mati – Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers

    • itulah…sebab tu tak boleh… :D

  • good info bro… hehehe

    yg paling penting dimana kita berada, kita perlu solat! tak gitew…hehehe
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Penerbitan buku foto oleh Maza &amp company

    • Terima kasih saudara Maza atas sokongan :D

      betul…walau di mana kita, solat tetap kena jaga…ameen

  • Tapi pandangan saya di zaman ini khususnya di Malaysia,terlalu banyak tempat-tempa selesa untuk muslimin mendirikan solat.Yang menjadi masalahnya ialah masih ramai yang tidak mahu menunaikan solat.
    Blogger PakarBuahPinggang´s berkongsi entri terkininya ..Awas serangan Kanser Prostat

    • @PakarBuahPinggang, tul tu.. kalau on d way balik kg, de je masjid atau surau, senang nak jumpa. lebih2 lagi siap ada signboard..
      Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Pentingkah Susu Ibu

      • Betul3…singgah saja mana…mmg senang dan selesa…alhamdulillah

  • dsalam sahabat bro hafiz apa khbar?
    hey anak2 sht ker? si dia dah mula bekerja?

    dulu saya keje kt ampang..org semua cina. mujr mrka sediakan tmpt solat khas..walau tngkat atas opus kosong..blik kecil sy ttp bersyukur sb dpt tunaikan solat d sana :)

  • Islam itu mudah dan indah, sah solat kita bila rukun dan syarat sah solat itu terlaksana, pernah seorang rakan bila di tanya, knp x solat berjemaah sekali? dia jawab saya lebih senang solat dirumah.x apa solat rakan tadi sah juga, cuma tak dapat gandaan dalam pahalanya lah.yang jadi masalah sekarang nih,masjid cantik2 tapi orang tak ada nak solat…lagi baik surau usang, tapi penuh makmum..dek keberkatannya.

  • Solat tiang agama.Tanpa bersolat,maka gugurlah amalan yang lain.
    Blogger saiful´s berkongsi entri terkininya ..Berkelah Di Sg Inki- Kalumpang

  • cakap pasal tempat solat igt lagi, dulu masa mula kerja pas grad, keje kat kilang orng I, tapi tak de tmpat solat.. kena kuar g masjid yg agak jauh.. nsib baik gak masa rehat sempat waktu solat, tpi bila dh tukar waktu rehat (xsempat nk kuar masjid), terus kuar dr kilang tu.. haha..
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Pentingkah Susu Ibu

  • Banyak tempat utk bersolat yg disediakan utk kemudahan kita skrg ni. Kat pusat beli-belah ada, stesyen minyak ada, perhentian RnR ada. Pendek kata disetiap ceruk ada kemudahan ini. Kenapa susah2 nak bersolat kat tempat yg tidak bersih?
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Kolestrol oh Kolestrol

    • Itulah…byk tempat yg disediakan…

      Jadi, itulah antara apa yg saya cuba sampaikan :D

  • dah elak tempat yang dikhuatiri banyak najis..
    Blogger syahrilhafiz´s berkongsi entri terkininya ..Apa itu Kod QR

    • betul…elakkan kalau dah nampak jelas ada najis…

  • ada lagi…Dari Barra ‘ bin Azib, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang solat di kandang unta, maka beliau bersabda, “Janganlah kalian solat di kandang unta, kerana sesungguhnnya itu di antara tempat syaitan.’ Dan beliau ditanya tentang solat di kandang kambing, maka beliau bersabda, ‘Solatlah kalian di sana kerana ia merupakan tempat yang mengandungi berkat.’.” (Hadits shahih, riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)
    Blogger zik´s berkongsi entri terkininya ..Petua merahkan bibir yang hitam-

    • Terima kasih Zik.

      Alhamdulillah, dapat lagi satu ilmu…

  • ada nabi yg kalau x silap saya sembahyang di kawasan gereja…
    betulkan saya kalau saya salah :)

    • Nak kena rujuk kitab juga ni.. :D

  • Betuk dah kot tu,rasionalnye tak kan nak solat tempat yang tak bersih .
    Blogger Razlan´s berkongsi entri terkininya ..Contoh Resume

    • Betul, cuma kena pastikan dan untuk kita lebih faham sesuatu itu, baik kita faham asasnya juga…terima kasih bro

  • thanks atas info ni bro.. secara logik akal takkan la kita nak ngadap pencipta kita dalam keadaan kotor

  • Kalau difikir2kan, semua itu tempat yang tidak sesuai dan boleh menghilangkan kusyuk untuk solat, kan.
    Blogger Pemerhati Dunia´s berkongsi entri terkininya ..Untukmu Wanita – Pengajaran Dari Semalu

    • Tepat sekali…semuanya mampu hilangkan atau kurangkan khusyuk kita…jadi elakkanlah… :D

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri