Perlawanan akhir Piala FA – 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan…
Asssalamua’laikum
Harapnya semua penyokong Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sihat dan sudah kebah dari ‘terdemam’ pusingan pertama separuh akhir Piala FA. Mana tak demam, bagi penyokong pasukan Terengganu (akulah tuh…), tengok gaya permainan separuh masa pertama, cukup buat aku rasa geram dan tertekan. Lagi-lagi bila kena 2-0.
Kagum aku bila pemain Terengganu makin bersemangat di 30 minit terakhir. Masa tuh, barulah aku yakin, Terengganu pasti boleh atasi defesit 2 gol Pahang….alhamdulillah…menang 3-2.
Lagi kagum, bila satu lagi perlawanan Kelantan lawan Selangor, sudahnya Gergasi Merah terkulai layu di kaki Pahlawan Merah! Bukan 1, bukan 2, bukan 3! Tapi 5 gol! Memang ganas dan rakus Pahlawan Merah kali ni….
Andai Terengganu berjaya kekalkan momentum dan Kelantan main macam biasa, pasti 2 pasukan Pantai Timur ini akan bertembung di peringkat akhir nanti.
Perlawanan akhir Piala FA & 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan.
Sebab aku nak tengok yang ni:
- Posisi penyerang : Kelantan ada Shahrul Idlan Talaha, Terengganu ada Ashaari Samsudin…dua-dua pernah mengisi slot penyerang skuad kebangsaan.
- Posisi penjaga gol: Kelantan ada Fahmi Che Mat, Terengganu ada Sarbini Alawee…dua-dua juga pernah menjadi penjaga gol skuad kebangsaan.
- Kedudukan semasa liga: Kelantan di tangga kedua, Terengganu di tangga ketiga…maksudnya dua-dua pasukan tunjukkan persembahan yang konsisten setakat ni.
- Peminat fanatik: Semua tahu, Kelantan punya peminat yang cukup hebat dan fanatik. Percayalah, kalau salah satu pasukan yang ke akhir adalah Kelantan, stadium mesti penuh…FAM mesti suka punya!
- Penjaring terbanyak: Setakat ni (Liga Super), top 3 ialah Shahrul Idlan Talaha (12 gol – Kelantan), Hadi Yahaya (10 gol – T’ganu), Badhri Radzi (7 gol – Kelantan)
Pasukan mana pilihan anda?
Mampukah Selangor dan Pahang bangkit menebus kecewa di gelanggang sendiri Sabtu lalu?
Malam ini, semuanya bakal terjawab!
® hafizmd – sebab akhir ialah kerana no kad pengenalan aku ada no 11….hehe
Nampaknya kedua-dua pasukan sangat konsisten tetapi yang terbaik harus menang 🙂
“hafizmd – sebab akhir ialah kerana no kad pengenalan aku ada no 11”
Nampaknya kedua-dua pasukan sangat konsisten tetapi yang terbaik harus menang 🙂
“sebab akhir ialah kerana no kad pengenalan aku ada no 11” <<- Hehe 🙂
mmg konsisten…top 3 yg ada kelebihan tersendiri… 😀
hehe..itu yg penting tuh…keh3
@hafizmd, nak sokong yang mana eh hee..hurm…
sokong terengganu ok juga tuh…hehhee
bro..soalan last tu..masalahnya selangor kena kat gelanggang sendiri! adoi..hanya keajaiban saja boleh membawa selangor ke final..
tapi bestla tengok suasana bola sekarang, terutama penyokong kelantan, penuh stadium warna merah!
bila warna merah ni..hm..apa lagi..teringat MU daa.. 😀
@tengkorak emas, mampu kah MU membelasah barca final champion cup ni … ?
@benjy, we always believe 🙂
cewah…macam tagline ape ek? hehee
oooo…nak belasah tuh…macam payah…setakat menang 3-0 cukuplah….hehehe
itulah…mmg masalah betul tuh…kenapa k devan turunkan keeper 2nd..tu yg aku tak faham…
merah mmg warna manu…tp aku tetap sokong ganu jugak…hahahhaha
@tengkorak emas,
aku setuju bab penyokong tu..
aku rasa kalau pnyokong pasukan lain pun macam RW memang Bola Malaysia akan lebih meriah dan pemain akan lebih bersungguh sungguh untuk beri persembahan terbaik
@dno, setuju! fan TRW perlu dicontohi…mmg rajin bebenor, semangat sokong pasukan negeri…terbaiklah!
Amboi tegarnya pada bola. Saya ni perhati dari jauh je la
Memang tegar kak…sampai org rumah bising2 juga…malam tadi dah tgk bola…malam ni bola lagi…keh3
@Norasikin, saya tukang meniup wieselnya heee..
kurg skit ambil port pasal bola malaysia pasal mu ada tahu sikit haaa..erk.gelak besau ar plk… adeh…
@suri…kira nak jadi pengadillah ni….hehe
pssst…fan manu jugak ni…keh3
uhh.. banyak nya sebab.. hehe.. semoga berjaya..
hehe…sebab yg utama ialah aku ni rakyat ganu…hahahhaa
meramalkan mungkin kelantan menang??? keh2..
saje jer zik….takpe2…aku tetap ramal ganu menang….hehe
b3njy pula ada no 12 … hehehehe…… berjiran nampaknya …
hehe…berjiran kita… 😀 terbaiklah benjy
b3njy memilih pasukan kelantan juara piala FA … kerana kijang boleh melompat tinggi berbanding penyu …. tetapi kalau lawan bola di dasar laut pastinya ia makanan penyu … hahaha
erm…kalau ikut camtuh…mmg payah penyu nak lipat kijang…tp kalau kasi telur penyu kat kijang..mmg tergolek kijang…hehe
kita tunggu 16 jun ni…yeahhh!
pssst…janji perlawanan menarik…menang kalah adatlah…
tak sokong mna2..x minat bola..nak kawin nnt pun cr bakal suami yg x minat bola 😀
hehe…biasanyalah…akan ditemukan dgn si dia yg minat bola…biasanyalah…hehehe
pssst…cari yg minat pingpong…lagi senang… 😀
@hafizmd, haaa..suri tak minat bola tapi dah sllu ajak terus minat..dia pelik tapi tak tahu ramai bloger llki dlm komenku mengatakan bola2..muju bola utk ngra..harap pani klu hamil dpt ank llki best gak blh beli bola byk2 eceh…
hehe…bila dah lama2…mmg layanlah… :p
psssst…ameen…dapatlah en abang teman baru nanti…hehe
aku sokong kelantan
gomo klate gomo
deme mmg sokong kelate…kawe tetap sokong ganu…
peteh ganu peteh
peteh kelate sapa reboh….yeahhh!
ok kasi Kelantan masuk final.. kawe pun suka Khairul Idlan tu.. Messi Malaysia ehhh..
hehe…ooo..messi malaysia ek..ok jugak tuh..sbb dia mmg ada gaye 😀
Aduh, terpaksa menelan kekalahan Selangor di tangan Kelantan walaupun pahit. Pertemuan Kelantan dan Terengganu sesuatu yang istimewa.
selangor tetap antara yg terbaik di Malaysia….itu sudah pasti..takde nasib yg baik tahun ni… 😀
pasti istimewa..hehe
mestilah Kelantan….MU Malaysia.. 🙂
oooo..salah tuh…kelate digelar man city malaysia…sbb beli player yg mahal2 😀
tahniah buat kelantan…moga maju bolasepak Malaysia!
tahniah…tahniah juga kat pasukan terengganu!
@TE & hafizmd : tahniah utk kedua2 pasukan 🙂
terima kasih…terima kasih…hehe
akhirnya kelantan berjaya mara ke peringkat akhir… hehehe
yeah….lawan pula terengganu…mesti menarik…hehe
aiseyy..selangor dengan pahang tak lepas plakk..
nak kena cuba lagi thun depan…takde tuah utk tahun ni 😀
bEe ni nak komen byk psl bola tak pandai 🙂
Cuma ucapan tahniah ajelah pd pemenang 😀
ucapanpun tanda sokongan juga tuh…terbaik! 😀
@hafizmd, semoga berjaya di final! ni penyokong selangor bg sokongan 😀
yeah!!! terima kasih TE…
pssssst….kita penyokong manu pe…hehe
Aku orang besut. Tak tahu nak pilih yang mana.
Tapi lebih sokong kelantan. Aku rasa geng besut ramai sokong kelantan sebab jiwa dan raga semua ada di kelantan
haaa…betullah…hehe…dah lama dengor pasal jiwa dan raga mereka ni…hehe…takpe2…janji kita masih lg bersaudara 😀
Tapi kelantan ke terengganu menang tak kisahlah. Dua-dua aku tetap sokong.
hehe..sbb shamizu kat sempadan antara dua negeri ek…terbaik!
ha.. sokong dua2 skli ok gak heee..tak pilih kasih 🙂
@suri,
Samala saya sekali !!!
@razlan…wah…ada geng nampak 😀
boleh juga…senang hati…hahaha
Ya. kedua-dua pasukan memang banyak penyokong fanatik. jangan bergaduh sampai ada yang masuk hospital sudah ler. May the best team win. 😉
betul3….harap penyokong tak fanatik dan waras nanti 😀
aisey..pahang tak lepas..
pahang tak cukup bertuah tahun ni…tp pemain muda pahang mmg berbakat besar…
Hehe..
kan betul aku cakap ari tu Kelantan akan Jumpa terengganu di Final..
Ps: Kita tengok siapa yang kena
hehe…nujum dah menjadi dah ni…keh3..
kita tgk sapa yg kena…
pssst…jgn ada yg kena baling botol sudahlah… 😀
kelantan mmg power.. tapi hatiku ttg terengganu..haha
hehe…power mmg power..tp samalah ngn aku…terengganu dihatiku!hehehe
Musim dulu2, rasanya pasukan kelantan dan terengganu ni tak de la hebat sangat. Sekarang dah meletop ya…
hehe….taklah tak meletup langsung..hehe…tp mmg tak semeletup sekarang 😀
Terengganu da best !!!! peteh Tranung Peteh …
yeah!!!! peteh ganu peteh!!!!!
masalah saya ialah, tiap2 malam de bola.. adoi. hahaa.. lau tganu lawan tu bagi can la kan.. ni sesape lawan tah.. hahaa..
** daku jeles sebenarnya, sebab pasukan pp tak de pun.. hahaa