6 rahsia aktiviti online ibu-ibu di Malaysia terbongkar…

Rahsia apa pula ini? Adakah rahsia kerajaan? Oh! tidak mungkin sama sekali. Lagipun saya bukannya seorang penjawat awam, jauh sekali pegawai yang menggadai maruah di mana-mana pintu masuk ke Malaysia tercinta ini.

Jadi, rahsia apakah ini? Jangan terkejut pula, walaupun tak ramai blogger dari kalangan ibu (yang saya tahu tak ramai, antaranya Kak Jie, isteri saya, Suri, Mrs Azmi) tapi kuasa ibu-ibu dalam aktiviti online mereka jangan diperkecilkan.

Satu soalan, sempat ke ibu-ibu ni beronline segala bagai? Mesti mereka teramatlah sibuk dengan urusan harian. Kalau yang bekerja, sudah sibuk dengan urusan pejabatnya. Kalau yang suri rumah tangga, sibuk juga dengan urusan rumahtangganya, mengurus anak-anak dan segala bagai urusan yang saya sendiri mungkin tak mampu menguruskannya.

Betullah kata-kata yang saya dengar masa menghadiri seminar Business Presentation Skills dua minggu lepas

Perempuan adalah makhluk Allah yang paling multitasking

Oklah. Apa yang saya bakal kongsikan ialah adalah hasil kajian yang dibuat oleh Microsoft Advertising and StarcomMediaVest Group (SMG) ke atas 2,859 ibu-ibu di lapan pasaran Asia termasuk Malaysia.

Oleh sebab kemampuan ibu-ibu ini yang sungguh luar biasa…saya kongsikan 6 fakta perihal ibu-ibu di Malaysia yang cukup menarik.

Fakta 1: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan secara puratanya 42.4 jam seminggu di saluran media – 53% daripadanya dihabiskan untuk melayari internet!

Fakta 2: 91% berkata internet adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan 65% merancang untuk lebih kerap menggunakannya!

Fakta 3: 90% berkata internet mampu menjadikan hidup mereka lebih ringkas, 85% berkata internet membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, dan 62% menggunakannya untuk sentiasa up to date.

Fakta 4: Ibu-ibu di Malaysia menggunakan internet untuk ‘memanjakan’ diri mereka dengan aktiviti seperti;

  • 93% untuk berhubung dengan ahli keluarga dan teman-teman
  • 83% untuk aktiviti diri sendiri (aktiviti apakah ini? mungkin bersosial di facebook?)
  • 81% untuk merehatkan diri sendiri (layan video Teacher Shida kah?hohoho)

Fakta 5: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan 16 aktiviti online dalam seminggu! 6 aktiviti kegemaran mereka ialah;

  • Email – 97%
  • Enjin carian – 87%
  • Carian informasi tentang produk dan perkidmatan – 83%
  • Baca suratkhabar dan majalah – 80%
  • Instant messenger76%
  • Melawat laman social – 76%

Fakta 6: Ibu-ibu Malaysia merupakan pengguna tertinggi dalam komuniti sosial online yang mencari informasi di Asia!

Berdasarkan 6 fakta di atas, saya cukup yakin untuk mengatakan yang ibu-ibu Malaysia adalah ibu-ibu yang bijak merancang masa mereka dengan cukup efisien. Anda setuju tak?

Jadi sekarang, siapa sanggup kata yang ibu-ibu hanya layak duduk di ceruk dapur sahaja?

® hafizmd – cukup kagum dengan semua ibu…mereka cukup multitasking!

Sumber: Advertising Marketing