3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com!

Assalamua’laikum.

3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com! Maksudnya, 3 ciri tak terkalah blog ahmadfaizal. com dan pemilik blognya sekali, Ahmad Faizal Abi Setama aka Titan. Oleh kerana tuan punya kontest inginkan review yang amat jujur, ambe bakal panaskan Kontest Review Tak Terkalah ni dengan beberapa super ciri dan super sisi blog ahmadfaizal.com. Hanya untuk blog ini saja ambe berani keluarkan entri ‘5 sisi tak terkalah blog.com.’ Ambe siapkan sekali dengan karektor kartun/animasi yang sesuai untuk menggambarkan ke’takterkalahan’nya! 

1. Sisi Tak Terkalah #1- Mahir buat duit online

gambar ismail bin mail Ambe pasti semua orang pakat setuju, malah jika dibuat undian sekalipun di seluruh Malaysia termasuk semua pekerja Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekalipun, semua akan undi Titan bersama blognya ahmadfaizal.com sebagai antara pemenang utama dalam bab buat duit secara online (#1 blog earncent lah…hahaha). Ambe tak nak cerita mana lubang yang dia buat duit, tu kena pergi korek hidung blog ahmadfaizal.com sendiri.

  • Karektor pilihan: Ismail bin Mail (Upin & Ipin) <– Teknik pasang umpan jual ayam goreng tak terkalah!

2. Sisi Tak Terkalah #2 – Super Teknik Menakluki Enjin Carian

gambar roronoa zoro

Bukti? Boleh baca entri ini –> Alexa rank yang tak terkalah. Ada teknik yang dia cerita, ada yang dia simpan kemas. Yang pasti, cara dia tulis dan karang entrinya membuatkan ramai yang ketagih nak singgah di blog ahmadfaizal.com. Dia ni bijak memasarkan taglinenya. Sampaikan tengok jer nama Titan kat lori treler, terus ingat Bro Titan dan blog-blognya. Apa yang korang pandang ek kat blog dia ni? Jangan cerita kat sini, masuk kontest ni, dah tulis kat blog masing-masing…hehehe

  • Karektor pilihan: Roronoa Zoro (Anime One Piece) <– Teknik pedang tak terkalah!

3. Sisi Tak Terkalah #3 – Tajuk entri dan ‘permainan’ gambar yang superb!

sanji one piece

Wooooha! Betul tak? Perhatikan saja entri ini –> Gadis bertudung hijau tak terkalah. Dalam banyak-banyak blog yang sembang isu politik (contohnya), antara blog yang paling sempoi pastinya blog ini. Tajuknya memang sempoi dan mampu memaksa enjin carian masuk ke entri ini. Inilah kelebihan yang ada pada blog ini dan juga tuan tanahnya. Setiap tajuknya memang tersendiri dan ada tarikan luar biasa.  Sama macam karektor pilihan di bawah? “pencinta gadis bertudung” (themes ada salji turun tu beb!)
  • Karektor pilihan: Sanji (One Piece) <– Teknik memikat hati gadis tak terkalah!

Cukuplah 3 sisi tak terkalah blog ahmadfaizal.com. Untuk terus melekat pada sesebuah blog, tak perlu banyak sebab. 1 pun dah cukup. Ada yang setia berkunjung ke blog tertentu hanya kerana tuan blognya cun, comel dan cute. Terpulanglah.

Bagi ambe, 3 ciri tak terkalah yang ambe tulis di atas, itu antara sebab utama kenapa ambe selalu ke blog ahmadfaizal.com. Ia memang bukan sekadar blog biasa. Tulis panjang-panjang, takut tuan tanah tak muat kerusi nak duduk nanti! hahahaha….

Ada hadiah tak? Mestilah ada. Main guli pun ada hadiah. Inilah Contest Review Tak Terkalah yang dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir,RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa.

@hafizmd – 3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com! Kalau korang rasa blog ahmadfaizal.com ni dah cukup super, ada lagi blog dia yang digelar “superblog!”

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.