Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri & Pasangan
Assalamua’alaikum.
Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Mood yang positif penting untuk kita hasilkan impak yang super berkesan. Seorang tukang buat burger pasti membakar daging burger dengan lebih sedap. Seorang pekerja menyiapkan tugasan dengan lebih cekap. Seorang isteri mengurus rumahtangga dengan lebih super seronok. Bagaimana? Jom, baca 5 lagi petua untuk tingkatkan/kembalikan mood kita dan pasangan.
5 petua kembalikan/tingkatkan mood pasangan dan diri
1. Makan coklat. Iya. Ambe tahu, coklat dan wanita tak dapat dipisahkan. Bau dan tekstur coklat saja dah mampu membuatkan pasangan dan diri kita kembali senyum. Kalau isteri merajuk, boleh cuba berikan coklat dengan bentuk love. Tengoklah kesannya nanti! Kalau suami suka cendol, silalah beli cendol semangkuk untuk dia…hehe
2. Luahkan perasaan dengan seni. Ambil kertas dan pen. Lepas tu, silalah conteng. Tak reti melukis, contenglah apa saja yang mampu meredakan dan mengembalikan mood diri sendiri. Menulis dalam diari juga mungkin membantu. Menulis dalam blog, mungkin boleh mengundang bahaha di kemudian hari.
3. Bersenamlah. Cuba ambil masa lebih kurang 30 minit setiap hari untuk bersenam. Senaman yang ringkas-ringkas pun jadilah. Berjoging dan berjalan sekitar taman pun dah cukup. Tengok pokok yang menghijau dan berbunga mungkin membuatkan kita seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea. Jom pergi Korea! Tetiba! hahaha. Nak tahu cara bakar 300 kalori? Baca entri ini –> 5 Cara Bakar 300 Kalori di Rumah
4. Peluk seseorang. Ada kajian (oleh Universiti North California) menyebut, menyentuh seseorang meningkatkan endorphin seperti serotonin dan mampu mengurangkan tekanan darah. Jadi, carilah seseorang untuk dipeluk atau disentuh. Inilah antara hikmah sebuah perkahwinan. Ada isteri untuk dipeluk-dipeluk. Ada suami untuk dimanjai. Tak kahwin lagi? Peluklah kucing anda. Takde kucing? Bantal peluk pun jadilah! Ok. Bantal bukan manusia. Rugi hang..hehehe
5. Menyanyilah walau suara tak sedap. Rasa takde mood? Cuba menyanyi waktu memandu dalam perjalanan pergi kerja. Ada kajian lagi oleh Universiti Manchester (*tahniah Manu jadi juara BPL*) yang menyebut, ada satu bahagian dalam telinga dalam berhubung dengan bahagian otak yang mengawal rasa gembira. Ok. Nak lagi bagus, kita baca al-Quran. Tenang, mood diri pun jadi bagus, pahala pun dapat.
Itulah saja perkongsian tentang siri 2, 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Moga-moga dapat kita gunakan bila diri takde mood ataupun bila pasangan kita kurang gembira. Apa yang lebih seronok selain melihat pasangan kita ceria dan diri kita kelihatan berharga.
Baca Siri 1: 5 Petua Tingkatkan Mood
@hafizmd – 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Misi mengurangkan berat badan mula menunjukkan hasil. Jom joging petang ni, my sweetheart!
Luahkan perasaan dengan seni, bab conteng-conteng ni lama dah tak buat…heeee.
kiranya, dalam blog DH boleh dikira luahan jugaklah…hehe
nombor 1,4 dan 5.. hehehehe… tapi ada kajian kata coklat bagus.. hehehe
mmg coklat bagus bro..boleh bantu release hormon tenang..hehe
yes, sy paling suka petua nombor 1 walaupun m’gemukkan. haha! 😉
hahaa…kalau makan tiap2 hari, mungkinlah…haha
benda sedap woo..mana nak tolak
sekali sekala join jemaah tabligh… satu pengalaman yang tak dapat dilupai…
Itu juga terbaik!
Terima kasih bro hanif berkongsi idea yg amat bagus
Petua di bahagian no. 1 tu pernah dengar..
Tu petua glamer tu…hhee
Untuk kembalikan mood pasangan senang sahaja bro belikan gelang emas. 🙂
hahaha..lau camtu, buatnya tiap2 bulan, pengsan pasangan tu..haha
ada petua2 di atas yg sy dah cuba..menjadi juga utk dapatkan kembali mood yang dah ke laut..
Terbaik! Maksudnya, mmg benarlah kajian mereka ni..hehe
sekarang ini aku nak peluk sapa arr, hehehe
sape ade kat sebelah?
petua yang sangat berguna. boleh lah praktiskan lepas nih.
cantiklah..moga2 berguna time2 diperlukan
makan coklat itu yg dipercayai .. 🙂
hehe..mmg ramai yg suke coklat..hehe
Terimakasih atas perkongsianya,
terima kasih kembali singgah sini
errr.. bab bersenam tu semacam ada sengal2 sikitlah.. ahaks..
heheheh…;)
keh3…biasalah, bila tiba time bersenam, tiba2 sengal habis sendi2..hehe
Bab menyanyi maza kurang mahir, mungkin lagi beberapa tahun kalau praktis berterusan boleh menyertai pertandingan KILAUAN EMAS.. HEHEHE
hahaha..kalau bang maza masuk, ambe kenalah buat kain rentang khas utk undi bang maza..hhoho
petua yang berguna bro…:)
moga2 berguna utk kita =)
em..gua tengah takde mood nih..
ok, lu ada beberapa pilihan jer, p makan cendol atau peluk maikel =)
bab makan coklat tu saya setuju 😉
hehe..ni mesti pencinta coklat..betul tak?hehe
selalu pergi karoke je.. bayar rm10 untuk 1 jam.. hah puas… ilang tensyen.. tp selalu juga cerita masalah dengan mak.. mak je faham diri ini
Nak ken cuba jugak ni..heheh
Itu untungnya kalau rapat ngn parents kan?
thanks for the tips…bagus untuk dipraktikkan…
sama sama kita beramal…mood baik, kerjapun power!
tgk citer yg diri sendiri minat.. kalau suka kartun, layan lah kartun.. haha
tapibaca quran tu, mmg boleh buat tenang.. wpun kena buka tafsir utk maknanya..
hehe..citer korea ler tu…hihi
yg ni, mmg 110 percent psti…
No 4 dan 5 tu memang saya selalu buat..memang terbukti menjadi…hahaha
bgus bro pk…bru tmbh hensem!
petua yang berguna…thank bro…boleh saya praktikan petua nie…
Sama2 berkongsi petua, moga2 ada kebaikan