HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Kari kepala ikan Malik Mirza…

Alkisah tersebutlah kisah seorang lelaki, Malik Mirza (bukan nama sebenar) yang baru saja beristerikan seorang gadis rupawan lagi jelitawan, berkulit putih melepak bak cendawan butang yang baru dibasahi hujan. Jodohnya dengan si gadis ini sungguh tidak disangka berakhir dengan sekali lafaz akad sahaja. Seperti pasangan yang lain juga, hari minggu pertama mereka begitu santai dan […]

3 cara Malaysia boleh menang lawan Vietnam…

Assalamua’laikum dan Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Lambat pula kali ini proses kemaskini blog dengan entri terkini. Bukan sengaja menyepi diri, tapi agak sibuk menguruskan aktiviti luar yang memerlukan keutamaan. Berbanyak terima kasih kepada teman blogger dan semua yang sudi singgah di blog ini. Tanpa kamu semua, memang kosong dan sunyi sekali. Dalam ramai yang mengutuk […]

Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan, Altimet vs Hijjaz

Kalau ditanya muda-mudi sekarang, apa lagu yang paling menarik untuk dinyanyikan? Saya pasti, salah satunya ialah lagu nyanyian Kalau Berpacaran, gabungan Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan dan Altimet. Gabungan lagu yang cukup santai dan ditambah lirik yang luar dari kebiasaan, rasanya inilah kekuatan karya ini. Gamaknya, sesuai sangat dialunkan berkali-kali oleh manusia yang sedang dilamun […]

5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram…

Salam Tahun Baru Hijriah 1432. Memang cepat benar masa berlalu. Awal Muharram yang baru saja tiba semalam memberi petanda yang umur kita semakin bertambah, dan perjalanan hidup kita juga semakin menghampiri titik noktahnya. Dikesempatan yang ada, mengisi ruang dan waktu yang terbatas, mengambil peluang yang terhidang…hidup sebagai seorang blogger pada pandangan saya seharusnya diisi dengan […]

Akhirnya si suami tidur lena…

Salam Hari Jumaat, penghulu segala hari. Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW; Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat. Entri santai di hari pagi Jumaat kali ni berkisar perihal apa sebenarnya yang isteri mahukan. Adakah mereka mahukan […]

Siapa 3 blogger pilihan bulan November…

Alhamdulillah. Bulan November dahpun berlalu dan Disember pula muncul. Fitrah putaran yang tidak pernah gagal mengikut aturan dan perintah Yang Esa. Untuk kesekian kalinya, saya persembahkan review ringkas prestasi blog ini sepanjang November dan yang paling ditunggu sudah pasti siapakah 3 blogger pilihan setiap bulanan. Jumlah komen di blog ini, alhamdulillah semakin meningkat dan itupun […]

6 lelaki lawan 1 perempuan…

Adil ke macam ni? 6 lelaki lawan 1 perempuan. Takut sangatlah para arjuna ni sampai bawa geng ramai macam tu sekali? Apa sangat yang dilawankan? Sampai sanggup lawan si dia tu beramai-ramai? Bersungguh betul tengok sampai nampak macam tiada siapa yang nak mengalah! Cuba teman semua jawab, adil ke tak adil?

Fikir dulu sebelum makan…

Semua orang tahu, kita kadang-kadang terlebih makan. Asal tension sikit, makan. Asal ada mesyuarat, makan. Asal ada duit lebih, makan. Asal ada makanan, kita makan. Asal ada makan-makan, kita makan lagi…. Kedai makan? Berceretek sini sana. Sebut saja nak makan apa. Roti canai, burger, nasi beryani, ais kacang, gulai kawah, gulai itik, rojak pasembor, teh […]

5 detik dambaan seorang lelaki…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Harapnya teman semua dalam keadaan ceria, bahagia dan sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. InsyaAllah. Walaupun tajuknya tertumpu pada lelaki, perempuan tetap juga boleh baca, mana tahu, boleh digunakan dalam keadaan terdesak di kemudian hari atau mungkin juga perkara yang sama dilalui oleh […]

Ayuh letak iklan dalam tandas…

Alhamdulillah dan Assalamua’laikum. Isu tandas kotor. Seolah isu basi dan begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Sampaikan ada juga Sambutan Hari Tandas Sedunia yang baru saja dilancarkan beberapa hari yang lepas oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung. Satu soalan saya di hari Rabu. Kalau saya minta teman semua menyatakan tahap kepuasan […]