5 detik dambaan seorang lelaki…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Harapnya teman semua dalam keadaan ceria, bahagia dan sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. InsyaAllah.

Walaupun tajuknya tertumpu pada lelaki, perempuan tetap juga boleh baca, mana tahu, boleh digunakan dalam keadaan terdesak di kemudian hari atau mungkin juga perkara yang sama dilalui oleh seorang perempuan.

Ok. Dah namanya lelaki, pasti ada saat-saat atau ketika yang si lelaki ni tertunggu-tunggu. Samada tertunggu sebab seronok, mungkin teruja, dan mungkin juga tertunggu-tunggu sebab dah tak sabar nak habiskan bahagian yang menjadi dambaan.

Ayuh, sama-sama kita baca 5 detik dambaan seorang lelaki. Sabar-sabar, tarik nafas dulu..hehehe…

1. Waktu berkhatan

Tipulah kalau budak lelaki yang dah tahu nak kena bersunat esok, langsung tiada perasaan geru"bersunat@berkhatan cara moden"n mahupun sedikit risau. Dengan macam-macam cerita ngeri dari gunting sebesar gunting rumput, guna mesin tebang balaklah, terpotong sampai putuslah….mana tak ngeri! Itu dulu bang, sekarang semua senang. Agaknya budak-budakpun dah kurang ngeri. Mana ada lagi Tok Mudim bawa beg berisi gunting, jarum dan benang! Semuanya mudah. Kepit, biar, cabut. Selesai. Darah keluar sikit@langsung tak berdarah. Inilah SmartKlamp.

2. Tamat waktu sekolah

Inilah antara detik yang aku tunggu masa sekolah rendah dulu. Habis saja kelas terakhir, balik rumah, mandi-mandi,"ikan sekila@sepila@ikan laga" pergi mengaji dulu (kalau tak, tunggu ‘upah’ lah jawabnya…). Lepas tu, bermulalah pengembaraan ke dalam baroh. Tahan “tauk” (nak tangkap ikan haruan), tangkap ikan laga (isi dalam botol banyak, malam-malam tengok ikan ni kembang….memang cantik…), main perahu, tangkap belalang, korek tanah cari cacing, main baling selipar….fuuuh…padat jadual sampai ke petang. Budak-budak sekarang? Main facebook, chatting, PS3, main handphone kecuali anak Bro Jaz kita yang tiba-tiba minta belikan kura-kura…comel gitu.

3. Tamat peperiksaan

Yahoooo…aku sudah bebas! Inilah saat dan ketika yang paling ditunggu. Sejak kecil sampai dah masuk universiti, sambung lagi masa kerja, asal ada peperiksaan, mesti bila dah habis, itulah saat yang dirasakan paling bahagia. Habis saja kertas terkakhir, dah tak kisah dah, janji dah buat yang terbaik. Masa hantar kertas tu, macam-macam dah berlegar dalam kepala. Nak sambung main futsal, tulis blog yang dah lama tak kemaskini, nak blogwalking lagi (kan traffik jatuh pula…kehkehkeh..), nak tengok wayanglah, makan itu ini di situ dan di sini. Semuanya sebab dah habis peperiksaan!

4. Waktu akad nikah

Serius. Siapa-siapa yang dah pernah akad nikah (samada sekali atau lebih…kihkihkih..), pasti satu perasaan lain-lain yang lain akan datang bila saja Tok Kadi genggam tangan untuk lafaz akad nikah. Aku sendiripun rasa lain macam. Nak tulispun tak reti. Nantilah, teman akan rasa sendiri bila sampai masanya. Teruja, seronok, gembira, ketaq, nak ‘terkucil’, sakit perut, kelu lidah untuk berkata-kata (walaupun depan kita Tok Kadi, tapi keliling kita ramai tu…siap pakai mikrofon masjid lagi…). Bila saja dah saksi-saksi sebut…SAAHHH….fuuuu…lega tak terkata! Alhamdulillah. Hilang sudah semua rasa sakit perut..hehehe

5. Waktu tunggu isteri bersalin

Inilah bagi aku, antara detik yang aku rasa paling lama dalam hidup. Oleh sebab suami tak dibenarkan masuk dalam wad bersalin, aku yang kat luar ni hanya mampu berlegar-legar sekitar tempat menunggu,"gambar bayi kecil lepas lahir" berpusing-pusing, dan juga ke surau yang ada. Berdoa pada Ilahi agar semuanya selamat. Memang benar, penantian tanpa perkhabaran adalah suatu penyeksaan. Bila saja dah tahu isteri selamat bersalin (itupun sebab aku sendiri yang masuk bertanya berulang kali, nak harap wakil hospital bagitahu..huuuhhh…), perasaan gembira, seronok, teruja, hiba, semuanya ada. Perasaan yang lebih bercampur-baur lebih menyelinap dalam diri bila tengok isteri ditolak atas troli dengan bayi kecil di letakkan antara dua kaki isteri. Apa lagi, terus terkam. Alhamdulillah.

Itu saja 5 detik dambaan seorang lelaki yang sempat difikirkan. Mana-mana teman yang ada detik-detik lain, bolehlah berkongsi. Pasti ada yang lebih menarik dan seronok untuk dikongsi bersama…

Ā® hafizmd – sudah mempersiapkan diri fizikal dan mental untuk menemani isteri di wad bersalin Januari 2011…