Fikir dulu sebelum makan…

Semua orang tahu, kita kadang-kadang terlebih makan. Asal tension sikit, makan. Asal ada mesyuarat, makan. Asal ada duit lebih, makan. Asal ada makanan, kita makan. Asal ada makan-makan, kita makan lagi….

Kedai makan? Berceretek sini sana. Sebut saja nak makan apa. Roti canai, burger, nasi beryani, ais kacang, gulai kawah, gulai itik, rojak pasembor, teh tarik….macam-macam adakan? Sampaikan ada negeri yang digelar syurga makanan. Begitu bahagia dan senang hidup di bumi Malaysia.

Ironinya, statistik terkini yang mengatakan 60% rakyat Malaysia punya berat terlebih dan separuh daripada mereka obes cukup membimbangkan. Mungkin juga kita termasuk dalam statistik ni kot? Cuba pegang-pegang perut masing-masing. Macam mana? Sendiri jawablah yer…hehehe….

Maka, saya kongsikan 10 makanan ini yang bukan saja membekalkan tenaga malah mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

1. Tomato – Kaya dengan likopen, karotenoid, vitamin C & vitamin E. Amalkan minum 1/4 cawan jus tomato boleh kurangkan masalah hipertensi (tekanan darah tinggi) —-> tiba-tiba ingat cerita kartun Tomatoman!

2. Limau gedang – Kaya dengan anti oksida yang membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Amalkan makan diwaktu sarapan pagi —-> limau gedang = limau bali ke???

3. Susu – Sudah pasti kaya dengan kalsium! Bagus untuk tulang dan gigi. Kalau minum susu berprobiotik (yang ada bakteria hidup tu yer…) dipercayai boleh melegakan rasa tidak sedap perut dan mencegah jangkitan bakteria Staplhylococcuc yang sering menyerang hidung dan telinga —–> boleh juga diganti dengan yogurt

4. Kopi – Memang ada kafein dan jika kita minum sebelum bersenam, ia dianggap wake up call untuk otak kita. Dipercayai boleh kekalkan kecergasan kita 30 minit lebih lama berbanding mereka yang tak minum kopi. Lebih magik, ia membantu tubuh kita membakar lemak dahulu sebelum sumber karbohidrat ketika kita bersenam —–> ada yang minum kopi untuk tahan mengantuk…menjadi ke?

5. Halia – Banyak khasiat halia ni. Antaranya ialah menyembuhkan gejala kurang selera makan, pening kepala, sakit sendi, gatal di tubuh, masalah bengkak, panaskan badan dan membantu proses pencernaan —-> baik rebus dan minum air halia dari kita beli alat kesihatan yang entah apa-apa…

6. Tuna – Kaya protein dan rendah lemak. Makan ketika sarapan pagi dipercayai boleh meningkatkan tahap konsentrasi dan amat baik untuk otak dan jantung —–> patutlah Che Kembang Lenggang jual roti berisi tuna mahal….

7. Kacang – Amalkan makan segenggam kacang sehari dipercayai boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. Pilihlah kacang yang tidak ditambah garam atau bebas lemak trans —-> masih ada lagi yang takut kalau makan kacang, nanti cepat naik jerawat…

8. Epal – Baik untuk kesihatan paru-paru. Macam yang biasa kita dengarlah “Sebiji epal sehari, menjauhkan kita dari doktor” —-> suka epal hijau yang masam…mesti ada bekalan epal di rumah…

9. Makanan tambahan – Oleh kerana gaya hidup yang tak menentu, ramai juga yang perlukan suplemen. Contohnya, pengambilan vitamin B6 dipercayai membantu mengatasi gejala pra-menopaus —–> suplemen mahal? vitamin B6 juga ada dalam pisang, roti bijirin dan kekacang…

10. Pelbagaikan makanan – Asasnya ialah tingkatkan kandungan anti oksida dalam tubuh. Macam mana? Makan makanan yang kaya selenium seperti ayam, telur, kekacang bersama sayur terutamanya dari keluarga kubis —-> pelbagaikan menu kita, baru lebih bervariasi dan lebih banyak khasiatnya…

Teman-teman ada nak tambah lagi? Kalau ada, sila tambah yer, jangan malu-malu.

Glosari kata ; Berceretek = berselerak

® hafizmd – suka pada kurma dan madu…sunnah Rasullullah tu…jangan lupa, yang penting halalan toyyiban..