HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Kamu yang terbaik…

Alhamdulillah. Aci lagi ke? Bolehlah ya, walaupun lambat sikit, aku tetap nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi 2011. Apa yang penting, kita sedar yang umur kita sudahpun bertambah satu angka lagi walaupun kita makan kolagen tiap-tiap hari, kononnya tak nak bagi kulit kita berkedut. Umur, tetap juga meningkat! Mana boleh tipukan? Tahun 2010. Tahun inilah […]

Good Friends Are Always Close To The Hearts – Part 1

Fikir punya fikir, dapat juga aku selesaikan ‘hutang’ dengan dua orang teman maya aku ni. Mulanya, aku di’tanda’ oleh Puan Intan kita, lepas tu, Bro Anwar pula yang ‘tanda’. Aku dengan senang hatinya memberi sedikit pandangan tentang blog mereka berdua. Kiranya macam review ringkas. Terima kasih kepada kedua-duanya sebab sudi memberi kerja rumah dan idea […]

C.I.N.T.A.

Ada yang berkata, C.I.N.T.A. itu terlampau subjektif. Maksudnya, apa saja boleh ditafsirkan berdasarkan apa yang seseorang itu rasai dan fahami. C.I.N.T.A. itu dengar khabarnya sesuatu yang mampu membuat seseorang bertukar watak dan juga penampilan. Kalau dulu selekeh, sekarang sudah lebih memilih baju apa nak dipakai. Kalau dulu tiada tampalan warna di wajah, kini sudah berwarna-warni […]

10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia…

Aku rasa, tiada berita yang lebih seronok dan gembira untuk ditulis hari ini melainkan berita Malaysia tumbangkan keegoan Indonesia 3-0 malam tadi. Bersorak bertempik malam tadi, hinggakan si dia pun terkejut sama. Dah memang kaki layan bola, kalau bukan Malaysia lawanpun, nak juga tengok…inikan pula pasukan Malaysia yang bertarung…hehe Rupanya, disebalik perlawanan yang dihentikan lebih […]

Bola dan Azwan Ismail…

1. Cerita bola sepak Selagi tak habis Piala Suzuki AFF tahun ini, selagi itulah aku akan terus menulis pasal bola dan bola lagi. Blog ini memang blog carca-marba. Macam-macam aku cerita dalam blog serabai ini. Apa yang penting bagi aku ialah isinya. Baru kena dengan moto blog ini “menulis bukan untuk syok sendiri…”. Hari Ahad […]

Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

Akhirnya berjaya juga aku menyertai satu pertandingan anjuran Saudara Anwar Osman. Pertandingan “Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop” ini dah semakin hampir ketemu pemenangnya. Jadi, setelah hampir berhempas pulas aku berfikir, apakah gambar muka depan dekstop yang hendak dipaparkan…akhirnya aku gunakan saja satu gambar yang aku ambil masa percutian kami berdua ke Cameron […]

2 kali tapi tiada hasil…

Ok. Entri kali ni terus kepada isi penting. Tiada mukaddimah panjang-panjang ya. Ceritanya begini. Sebelum makan tengahari tadi, aku singgahlah satu kedai percetakan ni. Hajat di hati nak buat salinan satu brochure untuk program COMBI. Asalnya nak saja photostat di kedai lain (kedai bukan Melayu), tapi oleh kerana ada yang beri cadangan untuk photostat di […]

Malik Mirza tersenyum sambil…

Mesyuarat tergempar yang baru berlalu 30 minit terasa seperti sudah berjam-jam lamanya. Malik Mirza sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah. “Dahlah aku baru kahwin 2 minggu lepas, boss ni saja…kacau daun betullah…,” Malik Mirza melepaskan rasa tidak puas hati separa berbisik kepada rakan baiknya yang hanya mampu tersenyum nakal. Malik Mirza tahu, memang […]