Menang Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Rezeki Allah pastinya ada di mana-mana. Tanpa diduga tanpa dijangka. Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 sungguh bermakna!

pemenang contest gaya hidup sihat bersama yeo's
Terima kasih Denaihati Network & Yeo’s. Tahniah semua pemenang!

Rezeki di SBB2014 bersama Yeo’s

Entri ini, “Yeo’s Lovemark!” telah dipilih oleh para juri untuk menjadi pemenang utama contest Gaya Hidup Sihat bersama Yeo’s anjuran Denaihati.com. Terima kasih!

denaihati network dan yeo's malaysia gaya hidup sihat
Entri diterbitkan di dalam buku Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 cukup menggembirakan!

Alhamdulillah. Ini adalah antara rezeki terbesar yang pernah saya menangi. Tak pernah mimpi boleh menang gajet hanya dengan menulis di blog. Memang tak pernah mimpi tapi yang pasti, saya ada misi dan impian tertentu setiap kali masuk apa-apa contest.

Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, saya kira ini bukan kemenangan saya seorang tetapi kemenangan/rezeki bersama keluarga dan rakan-rakan juga.

Isteri selalu sangat doakan saya untuk menang apa jua contest yang saya masuk. Saya ni memang jenis suka cerita, apa benda contest yang saya masuk, saya cerita pada isteri. Alhamdulillah, dia sentiasa menyokong aktiviti saya ni selagi tak menyimpang menyerong…hehehe

Pagi sebelum saya bertolak ke Saloma Bistro, anak sulung saya spontan berdoa untuk saya. Doa kakak pagi 8 Mac 2014, “Ya Allah, murahkanlah rezeki Abah dan Mama…ameen.” Doa yang pasti saya ingat sampai bila-bila.

Alhamdulillah. Pastinya kemurahan rezeki ini datangnya dari doa seorang manusia yang sangat saya sayang iaitu Ibu saya. Saya yakin dan pasti, dalam setiap doanya pasti ada bahagian untuk anak-anak. Terima kasih Ma!

Terima kasih untuk korang semua yang beri sokongan dan ucapan tahniah. Terima kasih banyak-banyak!

Akhirnya, terima kasih kepada penaja utama Yeo’s dan team Denaihati Network menghadiahkan kemenangan bermakna ni. Alhamdulillah. Jika korang belum lagi menyertai group DH yang mampu memberikan sesuatu impak positif, terus ke sini untuk turut serta —> FB Group Denaihati Network.

apps blog denaihati.com
Antara apps pertama yang dipasang iaitu Apps Denaihati.com!
menang contest gaya hidup sihat bersama yeo's anjuran denaihati.com
Alhamdulillah. Samsung Note 3.ย  Rezeki Allah =)

Doa untuk MH370

Ah..tiba-tiba entri jadi sayu pulak. Tetiba teringat pada nasib penumpang MH370 yang masih belum diketahui situasinya. Terbayang rengekan dan tangisan anak kecil dan ahli keluarga menanti penuh harapan kepulangan mereka. Oh! Sampai hati ada juga manusia yang bermulut durjana mempermainkan hati dan perasaan mereka! Sama-sama kita doakan keselamatan penumpang MH370 dan seluruh ahli keluarga yang terlibat.

@hafizmd – Teruskan berblogging dengan sebaiknya. InsyaAllah, moga-moga ada kebaikannya. Ameen.