Terengganu vs Johor DT & Kelantan vs Pahang!

Terengganu vs Johor DT. Perlawanan tumpuan aku Sabtu ni. Ini kali pertama Johor DT bertandang ke Terengganu selepas insiden “dalam terowong!”

terengganu vs johor dt
Perlawanan Terengganu vs Johor DT harapnya takde insiden panas!

Polis beri amaran jangan buat onar!

Insiden dalam terowong masa Johor DT vs T-Team mungkin masih berbekas dalam jiwa penyokong Terengganu. Polis sudah pun keluarkan amaran jangan buat onar malam Sabtu ni.

Aku melihat perlawanan ni tak lebih dari misi Terengganu untuk rampas balik takhta Liga Super yang sekarang ni dihuni oleh pasukan Kelantan diikuti Johor DT.

Aku harap sangat, penyokong setia Terengganu akan menunjukkan semangat kesukanan luar biasa Sabtu ni. Biar semua tahu, kita tidak terlampau ikut emosi dan bijak dalam buat keputusan! Ayuh penyokong Peteh Ganu Peteh!

Kelantan vs Pahang

‘Orang besi’ Dickson Nwakaeme kembali ke Kota Bharu. Menarik. Dia penjaring gol terbanyak musim lalu bersama Kelantan. Minggu lepas, menjadi gandingannya dengan Conti. Apakah Pahang mampu tewaskan Kelantan yang nampaknya semakin berbisa dengan Fakri Shaarani macam dah jumpa taringnya. Baguslah kalau dia dah kembali perform sebab dia salah sorang pemain skuad kebangsaan!

Orait. Jangan lupa, perlawanan Liga Super yang lain. Sokong pasukan pilihan anda!

  • PKNS vs T-Team. 14 Mac 2014. 8.45 malam.
  • Perak vs Sime Darby. 15 Mac 2014. 8.45 malam.

@hafizmd – Semangat bersukan, tapi jangan lupa musim jerebu ni untuk minum air masak banyak-banyak.