Kolaborasi Hakim dan iMeknya makin serasi…

Suara azan Subuh yang sayup di kejauhan mengejutkan Hakim dari tidurnya yang tidak disengajakan.

“Eh, bila masa pula aku naik atas katil? Rasanya aku….arghh…tak kisahlah, janji iMek aku tak kena lebihan lelehan malam tadi..” Bebel Hakim dalam hati sambil menjeling manja iMeknya yang sudah sleep secara automatik.

Fikir Hakim, ini semua fitrah manusia, bila mengantuk, mata menuntut rehat dan tiada ubat mujarab, mantera jampi serapah  mahupun gelang magnet selain tidur yang sempurna.

Badan dan minda Hakim sungguh terasa segar seusainya solat Subuh. Hakim tiada lagi rasa tekanan yang bergelodak di ususnya sejak dari semalam. Terus Hakim teringat kata-kata Abahnya pasal keistimewaan solat. Kata Abahnya “Hakim, ingat, solat bukan saja dekatkan kita pada Allah, tapi otot-otot kita juga bergerak secara isotonik dan isometrik masa kita solat. Jadi, kalau kita jaga solat kita, insyaAllah badan dan minda kita sentiasa segar…” Hakim senyum sendirian teringat kata-kata Abahnya setiap kali dia culas bangun pagi.

Masa yang ada sebelum ke pejabat Hakim gunakan untuk mencari penjelasan disebalik tekanan yang dia alami semalam. Kenapa tekanan yang dilepaskannya begitu menusuk sanubari hingga ramai rakan sepejabatnya memandang sinis semalam. iMeknya sekali lagi dibuka. Enjin carian Firefox tetap juga menjadi pilihan walaupun rakan serumahnya pernah berkata “Hakim woooi…gunalah Internet Explorer…”

Diransang kesegaran minda yang cerdas, Hakim terus menaip kata kunci ‘sakit perut’ dan hasilnya cukup banyak hingga sukar dipilih. Hakim taip lagi, tapi kali ini Hakim panjangkan kata kuncinya kepada ‘sakit perut dan gas busuk’.

“Haaa…macam baru baru senang aku nak pilih yang mana satu, lebih sikit resultnya, lebih tepat dan kena dengan apa yang aku nak…” Ulas Hakim persis seorang pemain keyword yang pakar.

“Ooo..patutlah aku sakit perut…”

® hafizmd – ini baru nak masuk isi penting daa…esok baru tamat cerita ini…hehehehe…

61 comments

      1. @hafizmd, Kena minum air banyak sebab kekerapan membuang air besar menyebaban badan kekurangan air. Tanda-tanda kulit menjadi kering
        .-= akubiomed´s last blog ..Album Michael Jackson “Breaking News” 2010 =-.

          1. @hafizmd, citer punyalah panjang,nak citer sakit peru jer,hahaha.Apa pun memang best citer ni.
            .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.

  1. “Kalau macam tu aku report pada tok penghulu..”

    “Tok Penghulu takde..”

    “Mana dia pergi?”

    “Semalam dia makan julap.. Harini berak-berak..”

        1. kalau sudah selalu sakit..nanti orang kampung marah…kang kena buat pilihan raya kecil lagi…eh…lantik penghulu pun ade prk ke?hehehe

          pendekar mustaq…hahaha

  2. Gas beracun paling bahaya kalau tak keluar sound effect tetiba keluar bau semacam jer 🙂
    .-= akubiomed´s last blog ..Album Michael Jackson “Breaking News” 2010 =-.

    1. @akubiomed,
      belum yang jenis kemut baik nye…
      boleh jadi hari ini dalam sejarah tu
      .-= dnoBiz´s last blog ..Jom Hilangkan Tenshion – Lirik Lagu Senyum Malique ft Najwa =-.

  3. Pastikan anda tidak melepaskan gas secara senyap. Kerana pepatah org putih ada berkata “Silent but deadly” is ninja. Konklusinya, Anda mungkin seorang ninja termakan julap.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Who wants to read a very lengthy spam =-.

  4. salah makan ke?tak per tandas ada di mana2 heeee..

    sah pasni nak cari penawar atau petua..kt pak gooogle kan ada heee..

    teruskan bro hafiz..jln cerita yang menarik!!

    1. @zik, tadak dengar pun pasal gelang magnet. ke sebab aku nie mcm katak bawah tempurung x tgk tv? heeheee
      .-= Anwar Osman´s last blog ..No more CommentLuv error on Anwar’s BlogShop =-.

    1. @maza, tersampuk nk menulis takpa maza..itu ok…jgn tersampuk lain sudah…hehe

      mencari sedikit kelainan dgn memasukkan istilah saintifik utk memberi rencah tambahan…masih baru belajar dan terus belajar..

      terima kasih maza atas sokongan..

  5. hehe, pergerakan otot secara isometrik dan isotonic.. haha, medical term habes!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Blogresipi Versus PascaSPM =-.

  6. cerita kau ni membuatkan aku teringat kat kawan aku,
    masa kat kl dia on way balik kerja dengan awek dia, kebetulan masa tu awek dia megalami sakit perut yang agak kronik (nak melepas) dan terperangkap pulak dalam jem, nak keluar takda tandas berhampiran,
    last last awek dia terbuang dalam kereta…. tapi nasib baik masa tu tengah sayang gila, jadi busuk pun tahan je lah, yg awek dia dah nagis sebab malu :D, dia cakap seminggu bucket seet tu berjemur tapi nbau tak ilang ilang gak last last tukar baru,

    Ps: sekarang ni mereka dah anak 2 hehe, dan aku sampai sekarang tak leh pandang muka bini dia 😀
    .-= dnoBiz´s last blog ..Jom Hilangkan Tenshion – Lirik Lagu Senyum Malique ft Najwa =-.

    1. @dnoBiz, hoooooo…ini cerita terbaik pernah aku bace ni bro..aduilah…sayang punye pasal..takpalah…

      tapi kalau sakit perut yg ditahan2…mmg seksa tu bro…

      pssst…mesti bro terkenang peristiwa tu ek..apatah lagi kawan bro tu…:D

  7. badan manusia memerlukan rehat.jadi tido la
    bila mata dah ngantuk………
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  8. zaman sekarang saya perhatikan banyak yang mengamalkan gaya makan malam.. buka tidak boleh, tapi banyak kemudaratannya. sebab malam itu waktu badan untuk rehat. dan makan ini memerlukan badan untuk bekerja menukarkan bahan makanan yang di makan kepada tenaga.. lagi2 lepas makan tido.. maka, ramaila di lewat akhir ini orang lelaki yang mengangdung tak lahir2 anaknya. bukan sahaja di peringkat bapa2 tapi juga orang muda, tidak terkecuali kaum wanita. sebab makanan/lemak yang cerna itu tidak sampai ke bahagian lain tubuh. itu yang berkumpul di perut. 😀

  9. ya.. sunnah makan sebalum magrib. malam jika nak makan pun makan le ringan2. ada juga kalau tak kenyang tak boleh tido. Tips lain nak hilang lapar? Minum sahaja air mineral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *