Kisah Hakim dan iMeknya…
Perjalanan pulang Hakim ke rumahnya sedikit terganggu petang itu. Masakan tidak, hari ini sudah hampir 10 kali dia menahan seksa suatu jenis tekanan yang terpaksa dia bawa ke hulu dan ke hilir. Itu tidak lagi termasuk yang tidak sempat dikira, mungkin kerana medulla oblongatanya sudah sedikit terganggu dek tekanan yang luar biasa ini.
Hari ini, semuanya serba tidak menjadi buat dirinya yang memang terkenal sebagai jejaka idaman di seantero pejabatnya. Ke mana saja di pergi, pasti suatu tekanan yang sudah diluar kawalannya, akan berjaya membebaskan diri. Lantas menyebabkan serebrumnya teransang dan terus menghantar impuls ke ototnya yang pejal sebagai petanda supaya terus mengangkat kaki meninggalkan tempat kejadian.
Seharian Hakim kebingungan. Seksaan yang dialami Hakim saling tak tumpah ibarat “ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Tekanan yang dirasai semakin hebat bilamana malam sudah mula mencemburui siang.
Hakim masih terbayang betapa seksanya dia menahan asakan tekanan itu selama hampir 1 jam. Suatu tekanan yang berusaha gigih ingin meloloskan diri tapi banyak kali juga berjaya dikawal dengan begitu baik walaupun ada juga yang terlepas. Banyak kali juga Hakim menjuihkan mulutnya yang tidak seseksi mana seolah-olah apa yang sedang ‘dinikmati’ orang sekeliling bukan salahnya.
Memang Hakim hebat dalam bab-bab mimik muka. Maklumlah, dia sempat juga menuntut ilmu teater sewaktu dia di pusat pengajian tinggi suatu ketika dahulu.
Setibanya Hakim dirumah bujangnya, dia pantas melunaskan hutangnya yang tertangguh hampir 1 jam lamanya. Seusai itu, iMac yang sudah siap tersedia di atas meja coklatnya kelihatan memanggil-manggil minta ditekan-tekan.
“Oh! Rindu betul aku pada engkau ni iMek”….getus Hakim yang memberi nama iMek kepada laptop kesayangannya itu.
Tanpa berlengah, jari-jemari Hakim pantas membuka enjin carian tersohor abad ini, apa lagi kalau bukan Firefox. Padahal, itu saja yang si Hakim tahu dan ada. Bak tukang taip profesional, Hakim begitu bersungguh menaip di ruang carian untuk mencari penjelasan terhadap apa yang telah dia alami hari ini.
“Eh….mana aku nak pilih ni? Banyak pula resultnya…”
Berpinar mata Hakim melihat begitu banyak laman web yang terpampang di iMeknya.
“Takkan aku nak tengok semua? Pengsan kalau macam ni….macam mana nak buat ni?”
Hakim termenung sejenak memikirkan cara terbaik untuk dia mencari maklumat dengan lebih tepat dan efisien. Dia termenung dan terus termenung sehingga dia tertidur di sisi laptop iMeknya yang tersayang.
® hafizmd – eh…kena berhenti dulu daaa…dah sampai masa tutup laptop ini…hehe…ada sambungan ke?
hehe, kreatif cara olahan dan penulisan ni..aku suka bro 😀
.-= etomyam´s last blog ..Selawat Untuk Ketenangan Jiwa =-.
hihi…terima kasih atas sokongan bro jaz…:D
ada lagi sambungannya nih.. huhuu
.-= zik´s last blog ..Rumput dan penggunaannya hari ini =-.
mesti ada…tengah kumpul idea dalam kepala ni…hehe
nak start tulis cerpen la pulak bro. pastu upgrade jadik novel lak.
.-= Anwar Osman´s last blog ..Early November Kaspersky purchase order status =-.
@Anwar Osman, saja asah bakat…takda niat nak buat novel@cerpen…hehehe
Kesian sampai tertidur guna iMek. Alangkah seronok kalau ada satu
.-= akubiomed´s last blog ..Proton Exora Hibrid juarai Brighton to London Future Challenge =-.
@akubiomed, kesian dia…nak satu?hehe..kene kumpul duit ni bro..hehe
hehe…macam best cerita nie, kena follow nie…haha
@madlut, terima kasih madlut…mesti ada sambungan…tapi tak reti nak tulis sekaligus panjang2…hehe
wahhhh…. semakin menyerlah bakat si hafiz ni…heheheh
good work bro..
maza ternanti2 kesudahan cerita ini.. hhuhuhuu
@maza, biasa-biasa saja maza…hehe
terima kasih maza atas sokongan…
pssst…saye suke baca cara maza menulis…belajar dari situ jugak 😀
Jangan sampai terbuat peta atas Imek udah la… short circuit kang Imek kesayangan.
.-= Anwar Osman´s last blog ..CommentLuv not functioning on Anwar’s Blogshop =-.
@Anwar Osman, hoooo…jgn bro..mau meletup imek…hahaha
laptop pon ada nama…imek lak tu..pandai betul cari idea..
.-= intankuterpilih´s last blog ..Hubungan Tak Direstui Mengapa =-.
@intankuterpilih, mesti ada..hehe..baru serasi..hehe…
kesian imek tu, takda siapa nak tengok dah.. tuannya dah tidur.. hehe
.-= MR.Z´s last blog ..Jika Allah Itu Maha Penyayang- Kenapa Buat Neraka =-.
@MR.Z, kesian dia..tapi iMek dia sleep sendiri..hehe…ikut tuan dia tidur daa..
hahahah…
tahniah bro.. kerana berjaya membuatkan aku terus ingin membaca 😀
.-= dnoBiz´s last blog ..Wednesday Blues – Tiga sebab mengapa aku Terperangkap =-.
@dnoBiz, terima kasih bro atas sokongan…aku belajar dari entri bomoh bro lah ni…hehehe 😀
Aiseh, kena bagi priority kat perkara lain dulu. Notebook yang sedia ada masih baik dan boleh blog udah ler 🙂
.-= akubiomed´s last blog ..Album Michael Jackson “Breaking News” 2010 =-.
betul tu…mane yang utama dan masih ok..teruskan guna…:D
ingatkan kisah ttg sepasang kekasih heee rupanya si laptop lee..
besh gak baca..menarik..
kalau kisah kekasih…pasti lain sikit bunga2 ayatnya….hehe…
mungkin lain entri??
Owh…. Cerita pasal imek tu rupanya laptop, ingatkan awek dia.
Ni la kalau baca post terbalik punya pasal. Hehehehe….
.-= zezebel´s last blog ..How to differentiate male and female Tokek =-.
hehe..kalau baca terbalik…mmg keliru….kalau awek…takde i kat depan tuh…dia panggil mek saje..:D
@hafizmd, Owh…. Tu bahasa apa yek?
.-= zezebel´s last blog ..2010 UPSR exam result =-.
@zezebel, bahasa panggilan yg diguna untuk panggil gadis@perempuan di negeri sebelah pantai timur…contohnya….”mana mek zezebel ni”..:D
Nak baca sambungannya pula..
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Naik taraf blog wordpress ke versi 301 =-.
terima kasih bro atas sokongan 😀
@hafizmd,
Sama-sama. 😉
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Syukur perkataan & perbuatan =-.
Kawe takde iMek, kawe ada MekBut.. Hehe..
.-= Baloot´s last blog ..Download Wallpaper Apple Percuma =-.
@Baloot, hehe…mekbuk pun cun jugak tuh..hehe
layan internet la tu.
.-= Ali ridha´s last blog ..Komen terbanyak oktober 2010 =-.
@Ali ridha, hehe…biase bro….rumah no 2 tuh…hehe
sambungannye bila ye.
@Ali ridha, baru jer keluar jumaat lepas…hehe
nak buat cerpen ke ni? hihi.. projek baru ke? 😉
.-= fiezaradzi´s last blog ..Kek Pisang vs Kek Kurma =-.
mana ada….saja asah bakat…hehe