Ini betul-betul Monday Blues….

Amaran: Entri ini hanyalah bebelan aku semata-mata untuk mengisi masa “monday blues”. Sekian.

Memang tiada idea hari ini. Hari minggu juga berlalu tanpa sebarang entri terkini. Itu sudah pasti, memang jarang benar blog ini dikemaskini bila hari minggu tiba. Isteri tercinta, anak,perempuanku yang suka main kereta, anak dalam kandungan isteri, yang semakin membesar dan aktif, jemputan kenduri kawan lama, mesyuarat KRT….itulah yang menjadi keutamaan bila tiba hujung minggu.

Blogging? Lupakan sebentar kerna ada yang lebih utama menuntut perhatian.

Pagi tadi juga, dalam ketiadaan ‘mood’, sempat juga diterbitkan ringkasan pertama untuk projek 1Minggu, 1Ruang, 1Blogger di atas. Milik siapa entri pilihan kali ini?

(Sila jenguk bahagian atas dan andai berminat, jangan lupa untuk terus ke blog Encik K)

Ok. Aku pasti, apa yang aku rasa sekarang, teman blogger juga pernah merasainya. Rasa macam tiada ‘mood’. Nak kemaskini blog, idea pula yang malu-malu kucing saja nak keluar. Nak menaip, tangan rasa berat ibarat ada batu-bata digantung dijari, nak berblogwalking pun rasa malas bak kucing hilang misainya…oh! ini betul-betul Monday Blues!

Maka, apa yang tinggal hanyalah kerajinan untuk singgah sebentar di blog teman-teman blogger. Walau sebentar, aku gagahkan jua  ke blog teman-teman kerna tanpa teman, apalah ertinya blog inikan? Mungkin kosong bak rumah tak berpenghuni…oh! terima kasih semua!

Coretan, bebelan, cerita dan apa saja entri teman blogger, sedikit sebanyak mengisi ruang ke’monday blues‘an ini…itu yang seronoknya bila kita ada hobi berblogging…oh! aku masih punya teman sepadang!

Ini memang betul-betul Monday Blues….bukan cubaan….

® hafizmd – akan teruskan aktiviti berjalan-jalan sambil mencari entri yang berkenan di hati….