Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman
Assalamua’laikum.
Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman. Teknik kuruskan badan yang jarang disedari dan dihujung entri nanti teknik kuruskan jari yang mungkin pernah dan sedang anda lakukan. Teknik kuruskan badan yang nak dikongsikan ni percuma, mudah dan ada yang berisiko tinggi dan ada yang tak boleh dilakukan tanpa pengawasan penjaga!
Cara nak kuruskan badan berkesan mudah tanpa ubat
Memang tak perlu pakai ubat apa-apapun. Tak perlu susu (tapi kalau nak minum, bagus juga). Caranya mudah saja iaitu dengan buatkan korang rasa berdebar-debar!
Betul ke ni? Betul. Cuba tengok perangai manusia di bawah untuk faham teknik ni;
- Manusia yang sodang dilamun cinta! Makan tak konyang, tidur tak berapo nak basoh. Lagu mano nak gemuk? Dilamun cinto, eleh…takkan korang tak tahu. Tipulah Haaa…tengok, ambe baru cakap sikit, dah mulo senyum sorang-sorang. Dalam hati ado tamanlah tu! Berdebor hati tiap kali bermesej. Padahal mesej tanya pasal dah makan ke belum jer pun….kan? Itu pun dah angau 4 malam! Maunya tak kurus? Makan meggi pun raso pizza!
- Manusia yang sedang resah jiwanya. Ini serius. Ada yang jadi murung atas sebab tertentu. Bila murung, apa pun tak lalu nak buat. Betul tak? Berapa ramai yang kita tengok susut/kurang berat badannya sebab murung. Yang ni, ambe memang tak rekomen.
- Manusia yang mudah ‘terpesona’ dengan awek-awek bertudung yang comel. Iya. Bila mato sudah memandang mahupun terpandang, dado jadi sebak, jadi lomah! Jantung berdegup kencang macam baru lepas lari pecut 100 meter lawan Usain Bolt. Yang ni pun ambe tak rekomen demi menjaga iman masing-masing 😛
- Manusia yang sudah beristeri. Ambe tahu, pasti ada yang cakap ia berlawanan dengan situasi sebonar. Memanglah jang. Sebelum kahwin, perut rata jer. Lepas kahwin, perut dah ada ‘airbag’. Tapi, itu luaran jer tuh. Setiap kali suami tengok isterinya dengan penuh kasih sayang, jantung suami mesti berdegup lebih kencang dari biasa. Mata mengecil mengembang tak tentu hala. Nafas lebih kencang macam jugak baru lepas baru regangan nak main bola. Eh, malas nak sambung ayat berikutnya…wohaaa!
Itu barulah teknik kuruskan badan sepanjang zaman yang pastinya pernah korang buat masa muda-muda dulu. Mana-mana yang masih muda, korang mesti tengah senyum sorang-sorang. Ingat,ada teknik yang patut kita halang, sebab kuruskan iman dengan sengaja memang dilarang!
Kalau nak tahu lagi cara senaman kardiovaskular (lajukan detak jantung dan tingkatkan metabolisma badan), boleh rujuk panduan di bawah;
Akhir sekali, inilah teknik kuruskan jari jemari. Bukan setakat jari, malah boleh jugak bakar kalori tanpa kita sedari. Inilah dia…..
@hafizmd – Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman. Gian woo nak main ping pong. Dapat pegang bat ping pong yang ni pun jadilah.
Makan hati baca entri ini. 🙂
setuju, bro
selalu ‘makan hati’ juga boleh jadikan badan lebih kurus
hahahah….macam ni pun boleh..
@Bukhari, boleh..tp kena pilih2 jugak..jgn kuruskan apa yg tak patut =)
@cikgu, “makan hati” ni bahaya 😛
@AB,adeh… =)
Kah3.. patut la tgk jari ni kurus semacam jeeee.. main game ni rupanya! :p
-Saya nak jemput tuan rumah join contest saya. Ada 5 hadiah bernilai RM390 setiap satu. Jom. 😀
hahahaa…tulah pasalnya…
inshaAllah bakal terjah entri tuan..terima kasih
haha
santai punya entri info dan affiliate gitu
hahaha..saje selit, kot2 mengena…keh3
hahaha…. adeeh. macam nih ka? ^_^
macam2 akan berlaku selepas kawin sebelum kawin haas
ade ade…hehehe
yeah tetiba pun gua rasa nak main juga lah
kalau rumah ada benda alah ini tarak hal..kalau tak der kena beli ar heee.
silakan..baru kurus jari…hahaha
wow, blog keyword kuruskan badan memang power lah, hehhee
mananye bro…main hentam jer
dah lama kami tak main ping pong last tahun lepas nghee… suami kerja jer huaaa
wah…suri main kat sport center ke?
kuruskan jari ingat tadi letup2kan jari jemari
Bkan2…main game…hehe
main ninja fruit pon bole kurus.. hahhaha.. kena beli kinect la gini.. baru best
hahaha…kurus jari jer nanti…
entry nih untuk den ke bro…hehe
hohoho…utk ambe sebenornya..haha
gua tengok gadis bertudung comel pun jantung dah berdegub laju dari biasa..kira dah wat kardio tahap tinggi dah tu kan..kan? hahah..
hahahhaa…kardio tanpa sedar tu…hahhaa
kira kalau dapat kuruskan jari pun memang terbaiklah sekarang ni…heee
hehe..paling tak, ada jugak yg kurus
hehehe..baca tajuk tadi..terfikir, owh ada juga ek teknik kuruskan jari..hehe..rupanya main game..haha
hahahaha…bukan setakat jari bro..kalau kena game yg betul2 buat kita berdebor dan resah, boleh bakar lebih kalori =)
kuruskan jari tu ingatkan dengan kaedah menaip entri blog 😛
Emm menarik artikel ni..buat saya senyum sorang2..haha..emm mujur lah saya lepas kawin maintain jer..pandai isteri jaga makan minum..hahaha..
Kuruskan badan tanpa ubat.. Lazimkan puasa sunat.
Insyaallah senang je nak kawal selera dan nafsu makan