Siri Kesihatan 2: 5 Cara Tingkatkan Kolesterol ‘Baik’ HDL

apa itu kolesterol baik dan kolesterol jahat

Assalamua’laikum.

Cara tingkatkan kolesterol ‘baik’ HDL. Di dalam Siri 1 (Baca di sini: Oh! Kolesterol) sebelum ni, saya kongsikan kolesterol ada 2 jenis iaitu HDL (kolesterol baik) dan LDL (kolestrol ‘jahat’). HDL kalau kurang dan LDL makin tinggi, maksudnya risiko untuk kita dapat penyakit jantung dan strok makin tinggi. Jadi, macam mana caranya nak naikkan amaun HDL dalam badan kita?

5 Cara Tingkatkan Kolesterol ‘Baik’ HDL

1. Tingkatkan aktiviti fizikal – Paling mudah ialah dengan aktiviti ‘Brisk Walking‘. Senang untuk diamal. Berjalan tapi ada caranya. Berjalan selama 150 minit pusing taman atau 75 minit berjoging atau berlari atau kombinasi dua aktiviti ni setiap minggu. Boleh tengok video di bawah, cara untuk ‘brisk walking’ yang betul.

2. Kurangkan makan lemak-trans – Lemak trans? Ya. Senang saje. Periksa maklumat khasiat makanan yang biasanyacara turunkan kolesterol jahat ada kat belakang pembungkus makanan. Contohnya roti krim cap Gardenia ni. Jadi, pepandailah pilih makanan yang takde asid lemak-trans!

3. Kawal tabiat makan – Maksudnya makan makanan seimbang dan berkhasiat. Ikut saja piramid makanan yang dah lama kita tahu tapi tak pernah nak beramal.

4. Berhenti merokok – Merokok memang banyak mudarat. Cubalah untuk berhenti demi kesihatan diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling. Tak rugi berhenti buat benda yang takde faedah ni. Rokok ‘halal’ atau seludup, dua-dua tak bagus. Noktah.

5. Bantuan pakar – Jika perlu (malah digalakkan) boleh dapatkan bantuan pakar pemakanan untuk memberi khidmat nasihat. Adakalanya, ubatan tertentu diberi untuk bantu tingkatkan kadar HDL dalam badan.

Macam mana? Masih tak nak cuba untuk paling kurang berjalan sekitar taman perumahan dan cuba kawal tabiat makan kita? Sama-sama tepuk dada, tengok perut masing-masing =)

@hafizmd – Ambe tahu, bukan senang nak konsisten, tapi nak kena paksa juga diri masing-masing yer. (Jika ada kesalahan fakta, mohon ditegur)