Akhir Piala Malaysia: Kelantan atau ATM?

live streaming kelantan vs ATM separuh akhir kedua piala malaysia

Assalamua’laikum.

keputusan terkini kelantan vs atm sarawak vs pahang

Kelantan atau ATM. Sekarang, ATM tengah leading 2 gol. Marlon yang sumbat tadi. Setakat ni, nampak masih seimbang. Piya ada peluang untuk score tapi kehebatan Farizal Harun setakat memang menjadi. Gol! Gol lagi! Marlon sekali lagi jadi during dalam daging buat Kelantan! Untuk perlawanan malam ni, ambe nak enjoy jer. Kalau boleh, nak tengok gol yang banyak…hehehe

Eh, awal-awal tadi nampak sangat Dickson guna tangan untuk score. Nasib baik tak masuk, sebab pengadil tak nampak apa dia buat. Oklah. Hanya kemaskini ringkas untuk perlawanan Kelantan vs ATM.

Keputusan terkini: Kelantan 0 vs ATM 2 (Agregat Kelantan 2:ATM 3)

Mampukah Kelantan cari gol dalam baki perlawanan malam ni?

Separuh masa kedua

1. Hujung perlawanan memang benar-benar mendebarkan. Jaringan sensasi Fakri mula menunjukkkan belang sebenar juara bertahan Piala Malaysia.

2. Selang beberapa minit, Piya membuktikan dia memang berbisa dengan jaringan kedua Kelantan untuk menjadikan agregat Kelantan 4, ATM 3.

3. Satu ketika, barisan pertahanan ATM nampak cukup kebal hinggakan trio Farhan-Piya-Indra cukup sukar tembus ke kotak penalti.

4. Sekarang, terbukti Kelantan masih antara pasukan terbaik dalam Malaysia. Dibarisi pemain yang cukup konsisten dan berdisiplin.

5. Tahniah Kelantan dan tahniah juga buat ATM! Memang puas hati dapat tengok 4 gol malam ni!

@hafizmd – Giliran Sarawak vs Pahang malam esok. Mampukah Ngap Sayot meng’ngap’ Tok Gajah di laman sendiri?