5 Cara Jadi Super Abah!
Assalamua’laikum.
5 Cara Jadi Super Abah! Perasan tak, corak kita mendidik anak-anak pasti ada persamaan dengan cara didikan abah kita sendiri. Sekarang, kita dah besar panjang, dah berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Pasti setiap kali melayan keletah anak-anak, terbayang saat abah sendiri menyantuni dan mendidik kita masa kecil-kecil dulu. Dulu-dulu, kita sedikit memberontak bila abah tetapkan peraturan itu dan ini. Ternyata, abah kita adalah Super Abah!
5 cara menjadi super abah!
1. Terapkan nilai Islam. Perkara seperti lafaz syahadah, solat, pengajaran al-Quran, cara menutup aurat yang betul, doa-doa harian dan sebagainya. Bagi ambe, contoh terdekat untuk anak-anak ialah kita sendiri, ibubapa. Seorang Abah kenalah bertegas terutamanya dalam soal pakaian waima anak perempuan baru berusia 4-5 tahun. Dengan isteri, apatah lagi! Sila baca entri ini untuk jadi super suami –> Menjadi Super Suami
2. Tetapkan peraturan. Antara peraturan yang masih ambe ingat dan takkan lupa ialah;
- Kami adik-beradik mesti ada dalam rumah sebelum waktu Maghrib. Kalau tak, siaplah terima ‘bonus’.
- Lagi satu, jangan tengok tv waktu Maghrib, kalau tengok juga, terimalah ‘bonus berganda’. Apakah kita ibubapa sekarang, mampu terapkan peraturan ini dalam keluarga kita?
3. Kenalkan dengan sanak-saudara. Memang menjadi amalan terutamanya kepada kami anak-anak lelaki untuk ikut arwah Abah ke kenduri dan majlis tahlil. Masa-masa beginilah, arwah Abah akan kenalkan kami pada semua saudara sepupu sepapat dan kawan-kawan Abah. Siap dengan pesanan lagi, “kalau nampak anak-anak ni buat tak tentu hal, pandai-pandailah tegur…’
4. Jadi fleksibel. Seorang suami memang perlu memaksa diri menjadi super Abah. Bukan setakat power bawak kereta, tukar tayar kereta, modified kereta, tapi perlu juga power bab-bab kerja rumah. Basuh baju pandai, basuh pinggan berkilat, basuh baju wangi, masak ikan siakap steam pun sedap. Pandai baiki basikal anak, petang-petang bawa anak isteri berjoging kat taman ataupun pergi mandi air terjun Serendah. Macam mana?
5. Prihatin dalam setiap perkataan & perbuatan. Anak-anak ni memang manusia yang power dalam aspek ‘copy and paste’. Apa yang kita cakap dan buat, itulah yang mereka akan buat. Tak lebih, tak kurang. Jadi, untuk menjadi seorang abah yang super, memang perlu didik diri sendiri mengawal perbuatan dan perkataan. Entri ini, “Kerana Roti Canai” cukup memberi sesuatu pada ambe.
Itulah 5 cara untuk seorang suami menjadi seorang super Abah. Entri ini khas ambe tujukan buat ingatan diri sendiri. Sesungguhnya, ambe amat terhutang budi dengan didikan arwah Abah dan Ma. Moga Allah jua yang mampu membalas setiap kebaikan kedua ibubapa kita. Ameen.
@hafizmd – 5 Cara Jadi Super Abah! Terharu bila arwah Abah cakap, “Abah bangga dengan anak-anak Abah”. Al-Fatihah untuk Abah.
menjadi super abah adalah idaman ku…. bonus untuk anak yang baik.. malam boleh tidoq celah ketiak abah….
hehe..kecik2, bolehla..dah besar, tidur sendiri..hehe
Peringatan untuk diri sendiri juga ni agar tidak tersasar!
betul tu..utk ambe jugak..
kena rajin gak belanja anak-anak cendol maa..
sesekali bolehlah..cendol tak bagus..manis…hehe
Di mata anak2,kitalah superhero.. 😀
itu yg kita nak..bukan org lain dalam tv
Yang nombor 3 tu memang ayah saya selalu buat, bawa pi kenduri sana-sini. Walaupun sampai pada saya taklah kuat ingatan ingat sepupu sepapat macam mak dan ayah saya. 🙂
hoho..itulah..besar2 ni lupa tapi sedara sepupu sepapat mesti ingat muka kita, sbb ada iras dgn makayah =)
Terimaksih atas nasehat yang diberikan
terima kasih kembali..moga2 ada kebaikan
abah ketua keluarga. perlu jadi contoh dan teladan yang baik buat anak-anak. anak aku suka cari aku bila time nak makan, agaknya dia tahu abah dia kuat makan kot.haha…mak dia, tak dicari lak
hahaha..anak2 bro dah tau dah tu..keh2
biasalah, ada peranan, anak2 suka ngn mak, anak2 ambe, asal nak main, mesti cari abahnya
jom jadi super abah, super ayah, super abi, super baba…peringatan untuk semua.
terbaik! apa juga panggilan, kena jadi super!
mujo anak-anak panggil ambe ‘abah’…
kalau tidak tak boleh jadi super abah…hehe
hahaha..tu ar..kita tubuh geng abah superlah..keh3
haha molek tu..I like…
sama2 kita jadi super papa terbaik
ikut panduan keluarga islam pasti tidak lari dr landasan yg betul 🙂
betul tu bang sop..cuma sayangnya, kdg2 sedih dan sentiasa ingatkan dalam hati bila tgk dr segi pakaian…sedih ngn anak2 muda sekarang
Adalah menjadi 1 cabaran memebesarkan anak2 dizaman serba iT ni…kita yg perlu memantau…
Nak.membentuk sifat seseorang pun penuh cabaran dan dugaan…..belum lagi campur tangan pihak ketiga….
Betul kak sumi.
Kita dah ajar itu ini, kat sekolah bercampur ngn kawan2, balik rumah nak kena perbetul…antara cabaran ibubapa =)
pihak ketiga..hooo
Ada andaikan abah menjadi sahabat kepada anak. 🙂
Bila tiba masanya, mesti jadi macam sahabat =)
inilah impian ku… amin 🙂
tambahan satu lagi bro.. izinkan…
jangan lupa juga tanggungjawab kita sebagai bapa dan suami… =)
Silakan bro MB
Tu sudah pasti. Tanggungjawab perlu menjadi no 1
bukan senang jadi ketua keluarga ,,
apa pun, kalau dpat jadikan anak-anak kita
ke arah golongan yg soleh dan solehah itu
sudah suatu kejayaan kpd kita 🙂
Betul tu bro.
Kejayaan paling besar seorang abah ialah anak2nya soleh dan solehah…ameen
Para suami patut baca en3 ni, kalau boleh amik nota skit … heheh baru confirm super
hehe..harapan ambe camtulah…moga2 ambe jugak take note
DT masih mendapat super bapak.. sebab kalau keluar lebih dari waktu Maghrib, bapak tak marah.. tp dia risau.. bila dia risau, darah tinggi dia naik, nanti jejas jantung dia… kawan-kawan selalu perli “tak sporting la mak ayah”.. peduli kata-kata mereka, kerana nak jadi anak yang solehah..
Ambe respek ngn DT. Biorlah kawan2 nak cakap ape, janji kita patuh dan taat dengan ibubapa. InshaaAllah, hidup pun penuh barakah nanti…
Betul dah tu apa deme katakan..saya pun didik ank berpandukan kepada didikan ayah satu masa dulu..hehe