Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!

bakar kalori main tali skipping

Assalamua’laikum.

Aktiviti waktu malam yang membakar kalori dan lemak degil! Main lompat tali atau main tali skipping. Lama dah tak main lompat tali ni. Dulu, sebelum zaman mumayyiz, selalu jugaklah tumpang bebudak perempuan sekelas yang ajak main lompat tali tu. Dah diorang ajak, kami gentleboy bantai main jerlah lompat tali pun! Tak sangka, rupanya main tali skipping pun boleh bakar lemak dan boleh kuruskan badan jika kena caranya! Jom baca senaman bakar kalori dengan pantas!

Teknik main lompat tali dengan betul

Nota: Main lompat tali selama 30 minit boleh membakar 300 kalori.

kuruskan badan tanpa senaman berat bakar lemak degil di paha

Setiap perkara ada SOPnya. Macam nak makan jugaklah, kena basuh tangan elok-elok, baca doa makan, barulah serang hendap makanan tu. Begitu juga kalau kita nak main lompat tali@skipping ni. Jangan main redah jer, takut nanti tali ke mana, kita ke mana. Jom saya kongsikan teknik praktikal lompat tali yang betul hasil pembacaan di laman Persatuan Lompat Tali Malaysia;

Rujukan Tambahan: Petua & Tips Kuruskan Badan Kempiskan Perut Cepat & Berkesan

  1. Buat senaman regangan dulu. Bermula dari kepala sampailah kaki.
  2. Ukur sukatan tali skipping. Caranya ialah dengan pegang kedua-dua hujung tali dan pijak tali tu. Hujung tali yang kita pegang tadi mesti berada antara paras ketiak dan bahu kita. Barulah sesuai dengan ketinggian kita masa nak main tali skipping nanti.
  3. Cara pegang tali skipping. Letak batang pemegang tali skipping tu tengah-tengah tapak tangan kita dan genggam. Siku kena rapat dengan badan. Jarak pergelangan tangan dari badan kita lebih kurang 20cm – 35cm dan perlu berada sikit di bawah paras pinggang kita.
  4. Permulaan nak lompat tali skipping;
  • Hayunkan tali dan pusing tali di sisi dulu.
  • Bila dah selesa, boleh mulakan melompat tali skipping tiap kali tali cecah lantai. Untuk permulaan, disarankan untuk tidak lompat lebih dari 30cm dan lompat secara “bounce” untuk elak sebarang kecederaan.
  • Dah selesai main lompat tali, jangan lupa untuk buat “cooling down”.

Ingat, main lompat tali ni kena ada ilmu juga. Boleh beli pelbagai jenis tali skipping yang ada di pasaran. Ada yang jenis takde tali, ada yang siap ada calori counter lagi. Ini memang tali skipping yang versi moden punya. Demi senaman bakar kalori, anda boleh beli. Senang nak track berapa banyak kalori yang dah dibakar!

Kenapa saya sebut malam? Maklumlah, siang ramai yang sibuk dengan urusan kerja seharian. Malam mungkin waktu yang sesuai untuk lakukan senaman ringan seperti ini. Paling busuk, dapat jugak bakar 100 kalori selama 10 minit.

PERHATIAN: FORMULA DI BAWAH HANYA UNTUK YANG SERIUS NAK KURUSKAN BADAN SAHAJA!!!

 

Lagi teknik bakar lemak dengan membaca entri berikut;

Boleh layan video pertandingan lompat tali sempena Hari Belia 2010 di bawah untuk motivasikan diri kita!

 

 

@hafizmd – Senaman Membakar 300 Kalori Untuk Kuruskan Badan Pada Waktu Malam! Tak nak main tali? Pandai-pandailah =)