HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Bagaimana Menjadi Suami Idaman?

Assalamua’laikum. Suami Idaman. Payah ke nak jadi suami idaman seorang isteri? Perlukah seorang suami berbadan berketak-ketak 6 petak untuk menjadi suami yang dibanggai oleh isteri? Atau seorang suami perlu pandai memasak 100 jenis lauk pauk untuk menawan kalbu seorang isteri? Atau si suami wajib sediakan sebuah kereta Proton Suprima S Premium dan sebuah rumah teres […]

Celoteh Kakak #10 Mengantuk

Assalamua’laikum. Celoteh Kakak #10 Mengantuk. Kakak memang rajin. Balik saja dari Tadika, terus buka buku petak-petak kecil yang Mama beli. Menulis, melukis, mewarna, menconteng dan menghabiskan pen cair dakwat hitam Abah yang Mama hadiahkan. Janji Kakak seronok dan berkreatif, sudah cukup menyenangkan hati Abah dan Mama. Antara rutin kami 4 beranak sebelum tidur ialah membaca […]

5 Cara Jadi Super Abah!

Assalamua’laikum. 5 Cara Jadi Super Abah! Perasan tak, corak kita mendidik anak-anak pasti ada persamaan dengan cara didikan abah kita sendiri. Sekarang, kita dah besar panjang, dah berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Pasti setiap kali melayan keletah anak-anak, terbayang saat abah sendiri menyantuni dan mendidik kita masa kecil-kecil dulu. Dulu-dulu, kita sedikit memberontak bila abah […]

Super Suami?

Assalamua’laikum. Aisyah Humaira Seorang Suri Rumah. Sayidatina Aisyah. Puteri Saidina Abu Bakar. Isteri Baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan Sayidatina Aisyah memulakan kehidupan suami isteri selepas peristiwa hijrah ke Madinah. Panggilan mesra Rasulullah kepada Sayidatina Aisyah ialah Humaira (kemerah-merahan). Banyak yang ceritakan oleh Sayidatina Aisyah tentang bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan contoh tauladan menzahirkan ciri-ciri suami […]

Celoteh Kakak #8 Ayam?

Assalamua’laikum. Pagi yang indah dan sungguh nyaman. Abah memandu seperti biasa. Tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Sedang-sedang saja. Kakak nampak ceria. Seminggu di pra-sekolah barunya, berlalu aman dan ceria tanpa sebarang penolakan. “Abah, sekolah baru ni bestlah…” Kakak tiba-tiba bersuara, memecah alunan nasyid Fitri UNIC. “Sekolah Kakak yang lama tak best ke?” Abah saja […]

Celoteh Kakak #6 Kahwin?

Assalamua’laikum. Blog kembali bersiaran seperti biasa selepas demam kuih raya, ketupat rendang dan lagu raya. Kebetulan cuti raya kali ni, lebih lama dari biasa. Ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinan. Kat kampung ambe, sehari sampai ada sampai 5 kad jemputan. Kalau semua tempat ambe bedal nasi minyak, sahih ambe demam daging hari ni…hehe. Paling seronok […]

Coleteh Kakak #3 Antonim?

Assalamua’laikum. Di suatu petang yang damai, sambil kami anak beranak mendengar alunan Alif Baa Taa, si Abah saja mengusik Kakak. “Kakak, yang kat atas tiang lampu tu ape ek?” “Yang besar tu ke?” Abah angguk tanda mengia. “Ala Abah ni, Abah memang tak taukan?”

Coleteh Kakak #2 Tak kenal

Assalamua’laikum. Sambil tangan mencari baju untuk Kakak pakai ke sekolah, Abah macam biasa mengajak Kakak berceloteh di pagi hari. “Kakak, tau tak bunyi burung?” “Burung bunyi camni, chuik chuik chuikkk..” Jawab Kakak sambil buat gaya burung terbang. “Pandai Kakak. Kalau lebah bunyi macam mana?”