Celoteh Kakak #6 Kahwin?

Assalamua’laikum.

Blog kembali bersiaran seperti biasa selepas demam kuih raya, ketupat rendang dan lagu raya. Kebetulan cuti raya kali ni, lebih lama dari biasa. Ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinan. Kat kampung ambe, sehari sampai ada sampai 5 kad jemputan. Kalau semua tempat ambe bedal nasi minyak, sahih ambe demam daging hari ni…hehe. Paling seronok (selain pengantin baru πŸ˜€ ) ialah kanak-kanak. Anak sulung ambe, Kakak antara yang cukup seronok bila ada kenduri kahwin. Kenapa yer?

Kakak: Abah…adik Hariz anak Abahkan?

Abah: Aaa…betul tu. Macam Kakak jugaklah. Jadi, adik ngan Kakak adik-beradiklah. Macam Abah ngan Pok Hanin.

Kakak: Oooo…adikpun keluar dari perut Mama jugak, kan?

Abah: Pandai. Betul. Sama macam Kakak.

Kakak: Mamapun adik Abah jugak, kan?

Abah: Eh, bukan. Mama isteri Abah. Mama anak Mak Tok. Mama kahwin ngan Abah.

Kakak: Oooo…Mama kahwin ngan Abah. Abah, kahwin tu apa?

Abah: Kahwin tu….erm…(fikir sat ayat paling senang nak kasi Kakak faham).

Belum sempat Abah habis berfikir, Kakak dah fikir jawapannya…

Kakak: Alaa Abah ni. Kahwin tu…dapat banyak gula-gulalah ngan coklat macam dalam beg ni….

@hafizmd – “Abah, Kakak makan lagi satu ek, nanti Kakak gosok gigi….boleh, kan?”

 

77 comments

  1. aii.dapat gula-gula dengan coklat aje kalau kahwin. tak best aa..mesti dapat cendol sekali. baru bestt..

  2. macam nak suruh abah tambah cawangan lagi jer.. huhu πŸ™‚ .. anak anak memang camtu .. mereka akan bertanya setiap perkara yang terlintas dalam fikiran. ini bermakna anak tu seorang yang cerdik.

      1. ada persamaan tu..memang terbaik..

        kalau selain dari telur rebus orang kawin memang susah nak buat layan makan dengan kicap..tak tau la apesal kalau telur rebus orang kawin ni terasa enak sangat makan dengan kicap begitu je..

  3. comelnya statement kakak…. πŸ™‚ suka sangat pandangan dia…. budak-budak memang seronok, lebih-lebih lagi kalau pemikiran mereka masih tidak tercemar. oh ye selamat menulis kembali hafiz.

  4. waaa tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan celoteh anak-anak ni..satu masa aku pula yang akan hadapinya..kalau budak tu tak tanya pelik2 ok jer..kan silap tanya pelik, naya kita nak menjawabnya..adoiii..mujur juga kakaknya menyampuk dan ayahnya sempat tukar tajuk..kalau tak makin panjang..hahaha

    1. nanti akan sampai masanya tu bro…ada saje nak tanya itu dan ini..

      sampaikan kalau dalam kereta, kena dgr celoteh dia saje..kami suami isteri kena jadi pendengar setia =)

      p/s-hahaha..abah dah hampir mati akal…hahaha

  5. kanak2 berfikir mengikut logik apa yang dilihatnya πŸ™‚
    mujur jugak, kalau tak jenuh nak cari ayat nak explain kat anak hehe

  6. welcome back broo..hehe.. kira happy lah kan.. saya belum coming back sepenuhnya dalam dunia blog …. coming soon, tahun depan lah kot..kui2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *