Kerana Roti Canai?

Assalamua’laikum.

Kerana sekeping roti canai? Entri hari ni serba ringkas. Ambe nak berkongsi satu cerita. Pagi tadi, kami macam biasa cari tau fu fah kat pasar pagi, Greenwood. Ada satu pakcik tu jual tau fu fah ni. Memang sedap dan cukup kena dengan anak tekak ambe. Beli 3 bekas, sebekas baru RM1.30. Nanti simpan dalam peti sejuk, barulah lebih power kesedapannya. Ok. Itu baru intro. Ini baru kisah sebenar di pagi hari Ahad.

Sambil tunggu sarapan pagi kami, tiba-tiba makcik kat meja belakang kami bising-bising.

“Mana roti telur banjir ni? Dari tadi order tak sampai-sampai!” Makcik semacam sengaja kuatkan suara.

Kami sebenarnya perasan, mereka dah dapat 2 keping roti canai terlebih dulu berbanding kami yang lebih awal buat order. 2 keping roti yang mereka dapat tadi pun, sebenarnya roti untuk meja kami. Tak kisahlah, bukan kami nak ke mana-mana pun. Tunggu jer roti lain sampai.

“Eh, mana roti ni. B*D*H betullah!” Makcik tu dengan selamba jer sound seorang makcik tukang hantar roti canai. Agaknya dah lama tak jumpa roti canai. Tu yang marah bebenor. Kesian makcik pekerja kedai. Ambe sempat tengok muka makcik pekerja kedai tu, berkerut dan terkejut.

Kami hanya pandang sama sendiri. Lebih menyedihkan keadaan, yang cakap kasar tadi seorang ibu dan isteri. Ada 2 orang anak kecil yang makan bersama dengan dia. Suami dia pun ada kat situ. Suami dia diam jer. Tak sampai 2 minit, menu mereka sampai. Ambe nampak suami makcik tadi cakap perlahan-lahan kat pekerja kedai tu. Mungkin minta maaf agaknya.

Moral cerita: Kalau kita nak anak kita cakap elok-elok, kita sebagai ibubapa, wajib tunjukkan contoh. Kalau bukan ibubapa yang jadi model, siapa lagi?

Benar kata orang tua-tua, “Kerana mulut badan boleh binasa”.

@hafizmd – Kerana Roti Canai? Ok. Sape suka makan tau fu fah?