Live Streaming Sarawak vs JDT & Selangor vs PKNS Juara Liga Super 2014?

Assalamua’laikum. Live Streaming Sarawak vs JDT & Selangor vs PKNS Juara Liga Super 2014? Selangor atau JDT juara Liga Super 2014? Perlawanan terakhir malam ni menentukan Juara Liga Super. Hanya 1 mata membezakan antara JDT dan Selangor! Cukup menarik.

KEPUTUSAN TERKINi:

  • Selangor 1 vs PKNS 0
  • Sarawak 0 vs JDT 0
  • Kelantan 2 vs Terengganu 0
live streaming sarawak vs jdt selangor vs pkns selangor
Selangor atau JDT juara Liga Super 2014?

Live streaming Liga Super 25 Jun

1. Sila layan live streaming di bawah kalau tak sempat layan di Astro Arena!

Live streaming Sarawak vs JDT & Selangor vs PKNS

2. Mungkin ramai yang jangka Selangor akan dapat “laluan mudah” untuk menang malam ni sebab lawan pasukan ‘adik’ sendiri untuk membolehkan Selangor mencabar kejuaraan Liga Super 2014!

3. Apapun boleh berlaku malam ni. Beza 1 mata antara JDT dan Selangor memang cukup menarik dan mendebarkan! Ambe memang seronok cuma tak sempat nak tulis banyak macam biasa…hohohoho

4. JDT kalau jadi juara Liga Super 2014, akan jadi wakil Malaysia dalam Piala AFC musim depan. Tak mustahil kalau menjadi kenyataan, kita mungkin dapat melihat kelibat Didier Drogba musim depan!

Terengganu perlu diubah!

5. Ada sikit kecewa dengan prestasi yo-yo pasukan Terengganu. Pusingan pertama pertahanan cukup bagus, sayangnya pusingan kedua bahagian semuanya nampak tak menjadi. Paling kecewa tengok barisan penyerang import yang ambe kira, memang wajar dicari lain musim depan!!! Bikana sila stay di Terengganu yer.

6. Akhirnya, teruskan menyokong pasukan masing-masing sampai ke penghabisan. Kalah menang adatlah, tapi jangan kita sokong masa menang jer, masa kalah kutuk kaw-kaw! Itu bukan penyokong sejati.

Bertemu lagi musim depan. Moga-moga ambe lebih rajin untuk update blog yang dah mula kurang kasih sayang ni…hahahhaa

Terengganu Menang 3-0!

Assalamua’laikum.

jadual piala fa 2014 Puas hati. Pasukan kesayangan ambe, Terengganu menang 3-0 lawan ATM tadi. Baru perasan ada siaran langsung di saluran Astro 180. Yeah! Terengganu kekal di takhta Liga Super!

Keputusan perlawanan Liga Super 25 Mac 2014

1. Menarik. 5 pasukan tuan rumah kalah malam ni termasuk Kelantan!

Kelantan 1-2 Johor Darul Ta’zim
17′ Mohammed Ghaddar (KEL)
33′ Amri Yahyah (JDT)
88′ Fazly Mazlan (JDT)

PKNS 1-3 Pahang
43′ Dickson Nwakaeme (PAH)
60′ Dickson Nwakaeme (PAH)
63′ Fauzi Roslan (PAH)
72′ Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)

T-Team 2-0 Sime Darby
26′ Evaldo Goncalves
72′ Mazuki Yusof

ATM 0-3 Terengganu
24′ Abdul Manaf Mamat
78′ Nor Farhan Muhammad
90’+4′ Faiz Subri

Sarawak 0-2 Selangor
25′ Andik Vermanysah
53′ A. Thamil Arasu

Perak 0-1 LionsXII
90’+4′ Safuwan Baharudin

2. Carta Liga Super masih lagi didahului oleh Terengganu. Tahniah Terengganu! Moga-moga jadi juara Liga Super tahun ni! Yeahhhh!

3. Kelantan seperti masih kurang berbisa. Macam ada sesuatu yang tak kena, tapi masih banyak game lagi. ‘Malam masih muda’ kata orang-orang berjiwa remaja…hohoho

4. Lions XII nampak macam dah dapat rentak. 2 kali menang berturut-turut. Hati-hati pasukan lain!

5. Selangor kembali mengaum dengan ‘Messi Indonesia’ Andik turut mencetak nama sebagai penjaring.

@hafizmd – Terengganu makin nelang!