Speechless Friday #10 Bulan Yang Satu….

Assalamua’laikum.

Entri santai takde konar-konar baring banyak sangat. Cukup satu gambar untuk pakat tengok sama-sama. Yang penting, tengok di gambar dan tengok dengan mata kepala sendiri tak sama ‘feel’nya. Kita tengok bulan yang sama, tapi mungkin yang dia tengok bulan malu-malu di sebalik awan. Kita pula, tengok bulan yang terang-benderang bersinar. Cantiknya bukan kepalang!

gambar bulan penuh mengambang cantik berseri
Sepuluh bintang, bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu.

Maksud peribahasa: Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun.

Dah. Korang boleh guna peribahasa ni. Hantar SMS pada yang tersayang. Ada berani?

@hafizmd – Selamat berhujung minggu. Masa untuk bersantai dengan anak-anak dan isteri =)