Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?

Jom Aktifkan Maykad. Kenapa nak kena aktifkan Mykad? Kalau tak aktifkan tak boleh ke? Wajib ke MyKad kita yang ada macam-macam maklumat tu diaktifkan hari ni? Ok. Jom aku cerita dengan ringkas dan padat kenapa kita kena ambil cakna bab ni. Maklumlah, semua orang ada MyKad.

Ok. Sebelum aku cerita lebih panjang kenapa kita nak aktifkan Mykad ni, baik aku terus terang cakap, benda ni takde kaitan dengan MLM. Jadi jangan risau, anda tak perlu cari downline untuk menikmati kelebihan berbaloi-baloi bila dah aktifkan MyKad.

Kelebihan aktifkan Mykad. Jomlah!

Semua orang nak berjimat dalam urusan perbelanjaan harian waima seringgit sekalipun. Cuba bayangkan, setiap RM10 kita berbelanja, kita boleh berjimat sebanyak RM1. Contohnya, di Galaxy Futsal Bangi menawarkan diskaun sehingga 5% kalau kita tunjukkan dulu MyKad kita yang telah diaktifkan. Kalau dah main futsal setiap hari, banyak mana yang boleh kita jimat? Tapi dengan syarat utama, kenalah aktifkan dulu MyKad anda, kalau tak tak dapatlah kelebihan program Mykad Smart Shopper. Jomlah!

jom aktifkan mykad
Jom aktifkan MyKad! Banyak kelebihannya.

Outlet di atas antara 400 buah kedai yang menyertai program ini. Setiap kedai menawarkan diskaun yang berbeza tetapi semuanya menawarkan penjimatan yang berbaloi walaupun sedikit daripada langsung tiada diskauan. Betul tak? Antara kedai lain yang menyertai program ini ialah CATHAY CINEPLEXES, JAKEL (Melaka), OLDTOWN (Sg. Besi), PIZA AL-HAJ, MAK TEH MEE BANJIR UDANG, PAPARICH, BIZZY BODY, CLARA, BEAUTY CENTURY, D’AURA SPA, CALLYSTA BEAUTY & SWIMMING, KASYIFAH SPA, LUVEINA BOUTIQUE, FITNESS STUDIO & GYM dan banyak lagi. Anda boleh semak di sini, “Kedai Jom Aktifkan Mykad”.

Bila dah daftar secara percuma, Mykad kita yang telah diaktifkan, akan menjadi KAD DISKAUN. Semuanya dalam MyKad. Tak perlulah kita bawa banyak kad untuk menjadi pengguna yang lebih bijak. Selain menerima diskaun, setiap RM1 memberi kita 1 point. Point terkumpul boleh ditebus dengan hadiah yang memang menarik. Anda boleh semak bagaimana cara nak semak point, dan hadiah yang boleh ditebus di sini, “Tebus Point Mykad Aktif, Jom Daftar!”

Maka, jelas sekali Program Mykad Smart Shopper menawarkan diskaun setiap kali kita berbelanja dan point yang boleh ditebus dengan hadiah yang menarik!

jom aktifkan mykad
Jom aktifkan MyKad dan redem hadiah!

Belum aktifkan MyKad? Jom aktifkan MyKad masing-masing. Tak rugi malah berbaloi-baloi diskaun sehingga 20%!

Contest SEO jom aktifkan mykad
Contest SEO jom aktifkan mykad

“Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh¬†www.aktifmykad.com