Kontest Review Klinik Cinta

Assalamua’laikum.

Kontest Review Klinik Cinta. Klinik Cinta. Jujur-sejujurnya, jarang benar saya singgah di laman ini. Mungkin atas sebab rasa tiada masalah cinta yang melanda diri. Maka, secara logiknya hanya ‘pesakit cinta’ yang akan singgah di “Klinik Cinta”. Saya umpamakan sama seperti seorang yang demam, antara jalan usaha untuk sembuh pastinya ke klinik bertemu seseorang yang bernama Doktor. Setuju?

kontest review klinik cinta

Kontest Review Klinik Cinta

1. Kaunter Pertanyaan Klinik Cinta

Apa yang saya maksudkan ialah deretan cara untuk berhubung dengan admin. Tahniah. Semuanya nampak kontest review klinik cinta mudah di sudut paling atas. Memang menarik dan cukup tersusun. Mudah kira, bila dah sampai klinikcinta.com, senang nak berhubung. Takdelah terkial-kial nak cari butang mana yang perlu ‘ditekan’ untuk apa jua urusan.

2. Pilihan Kategori Klinik Cinta

Rasanya semua dah ngam, cukup perasinya. Kategori yang paling menarik perhatian ialah “Resepi” yang nampak semacam tak patut pun ada dalam senarai kategori blog Klinik Cinta. Saya fikir sebaliknya.

Kategori ni bagus sebab jika seseorang yang datang ke sini adalah seorang isteri yang ada masalah dengan suaminya, bila dah dapat pencerahan dalam entri berkaitan….alangkah indahnya bila admin blog di akhir entri mencadangkan beberapa ‘resepi cinta’ untuk si isteri hidangkan buat suami. Percayalah, benda-benda macam ni memang menjadi dalam hal pujuk memujuk.  Ada seseorang cakap (lupa namanya)…

Untuk gembirakan suami, antara perkara yang perlu dijaga ada dua. Pertama, perutnya (makan minumnya). Kedua, bahagian ‘di bawah’ perutnya. ~ wallahua’lam

3. Logo Blog Klinik Cinta

kontest review klinik cinta Pandangan pertama pastinya logo blog klinikcinta.com. Perlu tukar ke? Kalau saya, mungkin akan saya tukar kepada logo yang lebih bersifat positif. “Hati terbelah” cukup menyakitkan bagi seseorang yang ada masalah cinta. Pandangan pertama logo ni, bagi saya sudah mampu menambah rasa pedih kepada kontest review klinik cinta pengunjung yang singgah mencari penawar.

Nak ganti dengan logo apa? Mungkin boleh diganti dengan logo ‘Keluarga Bahagia’ atau logo seperti ini?  Lebih besar lebih bagus. Impak permulaan tu mungkin mampu memberi aura positif kepada pengunjung blog Klinik Cinta.

4. Themes Blog – Semuanya nampak kemas tersusun. Cukup senang dan tenang. Tahniah team Klinik Cinta! Web analytic belum dipasang. Itu aje yang tertinggal.

kontest review klinik cinta

5. Pengisian – Semuanya nampak mantap. Ahli pasukan Klinik Cinta bukan sebarang penulis. Teruskan menulis dengan niat untuk membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan. Yang penting, biarlah apa yang ditulis itu adalah ‘Patuh Syariah.’ Terbaik!

Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to Visit, KongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok Kecil, HasrulHassan, Aku Penghibur, Nurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia, Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com.

@hafizmd – Belum turut serta? Jom terjah Klinik Cinta sekarang =)