Piala Malaysia: Kelantan vs Terengganu – Mampukah Terengganu bertahan & Kelantan bangkit?

Assalamua’laikum

Keputusan terkini: Kelantan 2 vs Terengganu 2 (2 gol Ashaari)

  • Terengganu layak ke separuh akhir dengan agregat 5-3 dan akan menentang juara 32 kali Selangor
  • T-Team juga layak ke separuh akhir

Bola dan bola lagi. Blog ni memang akan bercerita pasal bola. Maka, sudah tentunya topik yang hangat sekarang ialah bola sepak Piala Malaysia bukannya pusingan kelayakan Euro 2012!

Pasti juga, perlawanan yang hangat lagi membara ialah antara pasukan Terengganu dan Kelantan. Mana taknya, perlawanan suku akhir pertama yang dimenangi Terengganu terpaksa dibayar dengan harga yang begitu mahal bila 2 pemainnya kena kad merah. Kelantan pula bertambah parah bila 3 pemainnya menerima kad merah. Jumlah? 5 kad merah! Isk isk isk…..

Memang dalam sejarah perlawanan malam tuh. Deretan kad kuning (kalau tak silap, 11 keping!). Aku memang dah jangka perlawanan malam tu pasti akan sengit tapi tidaklah se’berdarah’ ini. Nak kata salah pengadil pun ada juga, nak salahkan penyokong yang emosional ada juga, tapi aku tetap nak letak kesalahan yang lebih pada pemain yang gagal kawal emosi.  Malam ‘berdarah’ dah berlalu. Malam esok agaknya apa macam?

Pada pandangan aku, Terengganu sudah pasti akan bertahan dengan lebih baik dan tak mustahil mereka akan membuat serangan seperti biasa. Ketiadaan Zubir Azmi pasti akan diisi oleh hero Piala FA yakni Nordin Alias.

Skuad Pahlawan Merah pula akan menyerang habis-habisan untuk mendapatkan gol awal sebagai suntikan semangat untuk memadam defisit 2 gol milik Terengganu. Gandingan mantap di setiap posisi harus memberi mimpi ngeri buat pasukan Terengganu. Namun, mereka harus bertahan dengan pantas dan mengelakkan serangan balas pasukan Terengganu terutamanya larian deras Joseph Kalang.

Aku harap sangat, perlawanan malam esok (saksikan siaran langsung di Astro Arena 801) akan berlangsung aman. Bukan setakat pemain, lebih-lebih lagi penyokong kedua-dua pasukan. Mana yang menang, kita ucap tahniah. Mana yang tak berjaya, kita tetap ucap tahniah sebab dah jadi 8 pasukan terbaik Malaysia! Jangan ada yang cuba buat onar malam esok.

Jangan pula kita hanya menang sorak, kampung pula yang tergadai.

® hafizmd – selamat berjuang kepada wira-wira Sang Penyu, moga ke akhir dan Piala Malaysia ke Terengganu tahun ni….yeahhhhhhh!