Luah rasa 8 gol:3 milik Malaysia, 2 mesti tebus kembali!

Assalamua’laikum.

Entri ni ditulis selepas beberapa jam skuad Harimau Malaysia tewas 5-3 di kaki ‘pemain import’ Singapura. Kalah malam tadi, memang buat aku rasa kecewa yang amat, lebih-lebih lagi untuk separuh masa pertama. Entah macam mana Harimau Malaya mudah longlai memberi 4 gol! Terutamanya barisan pertahanan. Apa yang aku nampak, marking longgar, masalah komunikasi, kurang fokus, clearing yang tak berapa nak clear.

Kata orang, cakap memang lebih senang dari nak main, tapi hakikatnya itulah. Kita sebagai peminat bukan nak tengok permainan sehebat Manu, jauh sekali segah Barcelona, cukuplah sekadar tahap disiplin pemain yang tinggi.

Lagipun, aku tengok, skuad Singapura….

…banyak bergantung kepada ‘pemain import’. Kalau takde dua orang tu, aku rasa memang payah mereka nak score. Pertahanan Singapura taklah sehebat manapun, macam yang jurulatih skuad Taiwan dakwa. Biasa-biasa saja.

Walaubagaimanapun, aku tetap bangga dengan kesungguhan pemain untuk mendapatkan gol. Cuma, lalainya pemain minit-minit akhir membuka ruang untuk Singapura menambah defisit gol. Itu saja.

Bagi aku, 2 gol defisit yang terpaksa Malaysia cari 28 Julai ni bukan satu perkara besar!

Asalkan pertahanan jangan lepaskan sebarang gol, masukkan pemain yang tepat (harap Mat Yo dah sembuh, Amirul Hadi & Hadi Yahya masuk awal-awal…contoh jer).

Cukuplah luah rasa peribadi aku yang tetap berbangga dengan Harimau Malaya, nanti sambung dalam ruang komen pula. Anda ada nak luah apa-apa tak?

® hafizmd – teingat benteng pertahanan skuad Pilihan Malaysia yang kental