Akhirnya Lin Dan tersungkur di tangan Lee Chong Wei

Amaran Kerajaan: Ini hanyalah entri ringkas yer..hehe

Baru saja habis layan perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Jepun. Memang puas hati dapat tengok Dato’ Lee Chong Wei kita tewaskan seteru utamanya, Lin Dan. Dato’ menang selepas bermain 3 set, 22-20, 16-21 dan menang pada set penentuan 21-17.

Memang puas hati! Walaupun Dato’ baru saja pulih dari kecederaan..memang nampak kesungguhan beliau setiap kali menangkis serangan dan tipu helah Lin Dan.

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei yang merangkul Juara Terbuka Super Series Japan dengan permainan yang cukup bertenaga.

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei

p/s – satu lagi perlawanan akhir juga melibatkan beregu No 1 negara iaitu Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong vs Fu Hai Feng-Cai Yun akan berlangsung sebentar lagi!

® hafizmd – tahniah juga pada Dato’ Nicol David atas kejuaraan dunia yang kelimanya…tahniah!