Sep 15, 2011

Kronologi & simptom blog nak kena godam…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Sempat juga blog ni pulih dengan pantas lepas kena goda godam dengan hackers yang katanya dari Arab Saudi. Entah betul atau tak, Wallahua’lam.

Nak dijadikan cerita, memang ada 1, 2 tanda sebelum muka depan blog ni benar-benar kena godam. Ingatkan benda-benda biasa saja, jadi aku buat macam biasa dan taklah bising kat mana-mana.

Sekali pagi tu, bila buka blog terpampang wajah seorang kanak-kanak yang memegang kitab suci Al-Quran, berlatar belakang warna hitam. Cuak! Terpampang jelas gambar ni…..

"senarai blog kena hack hackers"

 Ok. Kronologi simptomnya ialah;

  1. Aku tak dapat login wordpress dengan username & password yang biasa digunapakai (blog masih ok).
  2. Aku dapatkan balik password – dalam kepala, ingat salah masuk passwod & password baru terus dihantar ke email (blog masih lagi ok).
  3. Dapat email yang ada password baru berserta satu USERNAME lain (maksudnya lain dengan yang biasa kita guna untuk login) – aku ingat automatik username tu diberi, jadi aku relaks jer.
  4. Aku cuba login guna username asal, password baru —> GAGAL!
  5. Aku cuba login guna username baru, password baru —> BERJAYA! (Blog masih lagi ok).
  6. Aku terus tukar password (yang diberi dalam email) ke password aku sendiri.
  7. Ok. Semuanya kelihatan baik dalam masa kurang dari 24 jam.

Ingatkan semuanya ok, tapi tidak! Sekali lagi aku gagal nak login wordpress. Jadi, aku hanya ulang benda-benda kat atas dan berjaya login. Sehinggalah pagi tu, muka depan blog aku digodam. Terus aku email pihak Jom Hosting untuk pengesahan dan terbukti ada juga blog lain yang berkongsi server yang sama turut digodam.

Muka-muka lain dan dashboard wordpress masih lagi boleh diakses tapi masih lagi perlu login dengan username yang pelik!

Akhirnya, kurang 48 jam blog kembali pulih dan pihak Jom Hosting nasihatkan aku untuk buat 2 benda ni;

  1. Padam mana-mana username yang pelik-pelik dalam bahagian user.
  2. Padamkan komen-komen yang pelik (kalau ada, mungkin komen yang datang dari luar negara agaknya).
  3. Off kan fungsi anyone can subscribe.

Alhamdulillah, database masih selamat. Walaupun themes blog asal dah diubah, aku tetap bersyukur sebab ‘harta’ yang satu ni masih lagi boleh berfungsi seperti asal.

Terima kasih juga pada teman-teman blogger yang memberi nasihat dan motivasi. Memang terbaik!

Alamak, dah panjang entri ni, macam mak nenek membebel pulak….keh keh keh

Kesimpulan:

  1. Kalau blog anda ada tanda-tanda seperti di atas, cepat-cepat hubungi pihak hosting dan tanya apa masalah sebenarnya. Kadang-kadang mereka terlepas pandang untuk bagitau kita.
  2. Buatlah backup paling cikai seminggu sekali. Kalau tak….bila dah kena no. 3…
  3. Kena hacked memang sedih, tapi lagi sedih kalau kita tak buat langkah no. 2 kat atas ni…

® hafizmd – nasib baik ada blogspot untuk bermanja-manja…hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

62 komen setakat ini

  • thank bro…
    maknanya dia mula menyerang melalui user..,
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Backham Malaysia – Safee Sali mula tunjuk belang di Cardiff City

  • :) Hosting company patut lebih peka dan pastikan keselamatan server sentiasa pada tahap terbaik..
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Umpama Patah Sebelah Kaki

    • ini mmg diluar kawalan…tp kita boleh pilih mereka yg terbukti pada tahap terbaik…

      hehe

  • baru-baru blog niche blog WR pun kena godam..lagi pedih kene delete semua data ….:(
    Blogger W.R´s berkongsi entri terkininya ..Facebook perkenalkan “Subscribe Button”

    • aduh….mmg pedih yg amat tuh kalau sampai kene delete..

  • selamat kembali berblog bro.kena hacked ni macam perkara biasa pulak sekarang.nak kena berhati2 ni.apapun terima kasih dengan info simpton2 tu.buat panduan aku untuk lebih berhati2 :D
    Blogger Pacifista´s berkongsi entri terkininya ..Highlight Bonus Pacifista

    • terima kasih bro

      pening jugak…maklumlah buta it…hehe

  • bila baca entry ni terus aku buat backup, hehe
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Software Al-Quran

  • wah, page fb sya pun baru je kena hacker.. memang jadi musim ke sekarang ni??
    Blogger muazfaris´s berkongsi entri terkininya ..Maaf terpaksa menyepi!

  • Huh, bahayanya, semoga blog ku di jauhkan dr hacked.. dah la aku skrg ni kurang aktif blogging da… kat ofis plak hari2 sakit kepala pasal sistem, x nak la balik rumah pening lg dgn blog plak…

    mitak2 blog AkTechPage.Com di jauhkan drpd hacked… a’min …
    Blogger aktechpage.com´s berkongsi entri terkininya ..Perjasa.org.my: Portal Rasmi Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam

    • Bahaya Bro..

      Uiih…kalau tak, mau pusing satu kepala

      ameen…mintak2 penyedia hosting ada pasang alat kebal

  • emm..biasanya pihak hosting leh hack balik kalau ada orang hack blog korang ni. jangan gelabah aje sudahlah. :)
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Aku sudah pulang.

    • @titan,
      betul tu, cuma apa yang menakutkan bila si pengodam berniat merosakkan keseluruhan entri dalamnya. Kalau tak sempat recover, memang rugilah. Cuba bayangkan macam mana nak cari artikel-artikel lama yang sudah diindeks oleh enjin carian! Tak ke membazir namanya tu.
      Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..Asam laksa penang

      • tu yg takut tu MM…

        Kalau ada, kalau tak…mmg melopong akhirnya

        Maka, backup lah selagi terdaya

    • pihak hosting takkan buat kerja takde pekdah nikan? :D

  • uii bahaya ni , saya sebelum ni pun adsa org lain login , komen pelik2 banyak sgt .semua delete aje terus .. takut ..
    Blogger puanbee´s berkongsi entri terkininya ..ISA di mansuhkan (video)

  • aderkkk..

    maza tak ambil pusing tentang back-up, sudah sampai masanya kena bikin ni.. huhuhu

    hasil karya kita maa.. uhuk!

    • Memang nak kena En Maza…

      Syang tu

  • Letih kalau blog kena godam sudahlah ilmu tidak seberapa hendak bersihkan bebas godam pun belum tentu boleh lagi :-(
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Proton Saga R3 “My PROTON Makeover” pertama

    • Mmg tak reti nak lawan mereka ni…

      Cuma mengharap pada penyedia hosting utk berlawan

  • alhamdulillah
    sihat dengan kadar segera

    banyak ilmu nak guna uruskan blog ni
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Bila Wanita Turun Padang

  • pengajaran jugak ni kpd siapa yang tak penah kena lagi, kena berhati2 kalau ada simptom camtu ye, emel pun kdg2 org buleh masuk..emm bahaya2..
    Blogger nuriz´s berkongsi entri terkininya ..Gambar Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin

    • mmg nak kena berhati2…kalau boleh, mana2 komen yg pelik2…delete saja

  • sejak bulan puasa lepas.one bytes malaysia
    ada hantar emel.depa nasihatkan aku tentang
    keselamatan wordpress.sayang juga kat
    pelanggan baru seperti aku.
    Blogger Ali ridha´s berkongsi entri terkininya ..kursus godam komputer

    • bagus juga kalau ada amaran2 camni..

  • tq bro atas tips tersebut.
    lepas nie kena rajin buat backup database. Lebih2 lagi lepas buat artikel baru…..

    memang benar bro.. blog inilah benda yg sangat berharga….
    Blogger Hairul Hissam´s berkongsi entri terkininya ..Tips menulis artikel yang menarik untuk blog atau apa sahaja.

    • terima kasih kembali..

      mmg penting yg amat utk backup

  • Kawe dulu kena hacker Indon (katanya). Silap2 semuanya hackers Malaysia. Mmg sakit hati ehhh dgn perangai diaorg semua. Nasib baik bro punya bllog dah pulih.. Boleh ler dtg selalu mcm dulu-dulu… :D
    Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s berkongsi entri terkininya ..Floyd Mayweather v Victor Ortiz – Satu Pengajaran Dalam Tinju

    • entahlah….mungkin samaran jer ni…sapa2 pun boleh letak nama yg mereka suka..

      terima kasih dlsl… :D

  • hu mujur dpt d selamatkan klu tak mgis bro…kena backup klu tak jenuh nak tapai2 semula..huhu..

    selamat kembali bro:)
    Blogger surihatiku´s berkongsi entri terkininya ..Cây Hướng Dương

    • mmg jenuh jugaklah…

      backup jgn tak backup…

  • btw apa blogspot bro? hee nak jeguk gak haa..mana tahu bosan2 blh den belasah komen kat sana smoi lebam :) wewe..lega bla blog dah ok..nampk gayanya blogspot bro tu d tanggalkan ar..
    Blogger surihatiku´s berkongsi entri terkininya ..Kerana Cinta Akukah Yang Terluka

    • haaa…blogspot tu dah lama tak usik…kadang2 jer…hehe…malu kucinglah pulak nak kasi…

      —-> kutulisdisini.blogspot.com

  • Nmpk mcm dah okey ni kan bro????
    Selamat kembali :-)

    • alhamdulillah..dak ok…

      terima kasih

  • Thanks for the info bro.,…

  • kena jadikan teladan ni.,thanks for sharing tuan.

    • terima kasih kembali BG

  • tak faham apa motif mereka nak hack blog ni. menyusahkan orang lain adalah.. mujurlah blog ini dah ok :D
    Blogger MR.Z´s berkongsi entri terkininya ..Persepsi Terhadap Pengguna Smartphone

    • entahlah…nak kata pemilik hosting ada buat onar, jauh sekali…

      mmg tak faham

      alhamdulillah..dapt juga bersiaran

  • boleh buat auto backup utk wordpress
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Cara tidur yang baik dalam Islam

    • nampaknya, nak kne buat jadual betul2 ni CS…terima kasih ingatkan

  • seb baik die letak gambar budak pegang kitab suci Al-Quran (^_~)
    Blogger EzBeb´s berkongsi entri terkininya ..Former Baltimore Ravens tackle Orlando Brown dead at 40 – ESPN

    • tp itulah, macam tak kena dgn kerja yg mereka buat

  • Salam.
    Selamat kembali hafizmohd.com

    Hari tu blog sya jadi jem sekejap pun dah buat sya mggelabah. Ini pula diserang hackers. Tak tahu la bagaimana perasaan org2 yg mhadapinya.
    Blogger Mekar´s berkongsi entri terkininya ..Ku Ke Udara Lagi …..

    • Salam.

      Terima kasih. Memang pening dan resah juga bila blog ada masalah.

      Nampaknye, nak kena fikir betul2 pasal pindah ‘rumah’

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri