Good Friends Are Always Close To The Hearts – Bro Anwar’s BlogShop

Alhamdulillah.

Dapat juga aku melunaskan satu ‘hutang’ hari ni. Lama dah tertangguh entri ulasan untuk Saudara Anwar Osman kita. Harap maaflah sebab dah terlambat. Kekangan masa yang mencemburui aku saling tak tumpah ibarat awek Maghiribi yang tergilakan lelaki Melayu terakhir….heheheh

Lagipun, blog yang aku nak komen ini bukannya blog orang biasa, itu yang buat aku mati akal dan berfikir-fikir tak tidur malam apakah lagi yang nak diulaskan.

Buat Bro Anwar, aku harap, apa yang bakal aku tuliskan ini, sememangnya mungkin tidak memberi apa-apa kesan, tapi harapnya ada sejemput input berguna untuk Bro Anwar dan teman semua. Inilah dia, Good Friends Are Always Close To The Hearts – Bro Anwar’s BlogShop…

1. Blog AnwarOsman.com?

Cantik. Nama pena dan nama domain sama. Senang nak ingat dan kena pada tempatnya. Melainkan Bro Anwar berniat untuk mengasingkan servis yang dia sediakan. Barulah perlu tukar kepada yang lebih spesifik.

2. Perubahan yang perlu dibuat untuk AnwarOsman.com?

Serius aku mati akal. Hampir apa yang aku tahu, dahpun di’bogel’kan oleh blogger yang lain. Contohnya yang dibuat oleh Bro Akubiomed. Untuk tidak menghampakan tuan punya badan, aku sertakan juga beberapa keping snapshot yang sempat dibuat tadi.

a) Add-ons SEO Doctor di Mozilla Firefox.

"cara nak guna plugin seo doctor"Hasil dari ujian oleh add-ons SEO Doctor. 81%. Cukup bagus bagi aku. Biasanya lebih dari ini. Mungkin juga faktor sambungan internet hari ini kurang memuaskan. Maka, pada akulah, markah ini sebenarnya tidaklah begitu tepat.

b) Masalah ALT sudahpun dijelaskan oleh Bro Akubiomed dalam entrinya di sini. Lain-lain, semuanya cukup cemerlang!

"cara turunkan ranking alexa"

c) Alexa

Apa yang menariknya ialah dalam masa lebih kurang 11 hari, Alexa traffik rank untuk blog ini terus menurun dengan baik sekali berbanding ulasan oleh Bro Akubiomed pada 1 Januari 2011 (227,754). Bagaimana Bro Anwar terus kekalkan momentum ini? Sepanjang yang aku perhatikan, bila blog kita dah tiba di angka sebegini, agak sukar untuk gerakkannya. Mungkin Bro Anwar dan teman blogger lain ada panduan?

d) Ruang iklan

"cara nak letak kod nuffnang"

Akhirnya, sedikit kekeliruan bagi aku bila adanya ayat “125×125 ads spot”. Mungkinkah ada satu lagi iklan? hehehe…

e) Katakunci berimpak tinggi

"cara nak check keyword untuk blog sendiri"

Akhirnya, aku dapati ada beberapa katakunci yang Bro Anwar mungkin boleh terjah supaya pengunjung yang mencari katakunci berkenaan tidaklah pulang dengan kehampaan. Mungkin juga, kata kunci ini sudahpun dioptimasikan oleh Bro Anwar.

f) Plugin WPtouch.

Aku tak pasti samada Bro Anwar dah pasang atau belum. Plugin ini adalah amat berguna jika pelawat yang mengunjungi blog kita menggunakan ‘telefon bijak’. Aku belum mampu untuk mengulas lebih lanjut (tunggu aku beli iPhone dulu…keh3). Boleh ke entri Bro Mijie di sini untuk keterangan lebih lanjut.

3. Apakah komen anda terhadap AnwarOsman.com?

Bagi aku yang masih amatur ini, memang blog ini adalah satu blog yang cukup lengkap. Walaupun ianya ialah sebuah blog bermediumkan Bahasa Inggeris, tapi aku dapati blog ini masih mampu menarik pelawat dan pengunjung yang cukup konsisten. Mungkin juga, Bro Anwar sudah terfikir untuk memulakan satu blog khas untuk servis yang beliau sediakan? Sama-sama kita tunggu!

Moga, pemilik blog ini akan terus sukses dan aktif menyumbang serta memeriahkan arena blogging Malaysia dan antarabangsa. Masih banyak lagi yang aku nak belajar dari seorang blogger yang bernama Anwar Osman…

® hafizmd – ulasan dari seorang blogger amatur….kalau tak faham, tulis saja dalam ruang komen daa…